Sunday, 14 July 2013

puasa mai lagiii

assalamualaikum wbt

menjelma 10.7.13, seluruh rakyat islam malaysia memulakan puasa pertamanya dalam bulan ramadhan. pelbagai reaksi yang menjenak fikiran. ada yang ;

1. gembira dan bersyukur sebab dapat bertemu dan beribadah dlm bulan yang mulia ni lagi dan berharap agar ramdhan kali ni dilakukan sebaik mungkin
2. rasa seronok puasa sebab ada bazar ramadhan, ada solat terawih dan ada morih (eh :p )
3. feeling neutral. tak rasa sedih mahupun gembira.
4. rasa tak suka sebab kena bangun pagi awal2, tahan lapar dan dahaga, lepastu tak boleh buat aktiviti riadah. tapi tak sabar pulak nak tunggu raya ek

kalau ditafsirkan daripada shortlist ni, agak2 kita yang mana?aku doakan kita semua dikategorikan pada nombor yang pertama dan dijauhkan daripada nombor yang lain. sebab kalau kita observe, yang first tulah nampak yang paling ikhlas menerima ramadhan. manakala yang lain tu, tak berapa nampak eksaitednya kat situ. especially nombor empat, nampak macam musuh ramadhan pulak. nauzubillah...

ayuh kita memperbaiki dan menambah amalan yang berikut ;-
 
                       solat awal lima waktu (kalau boleh jemaah)
                       tadarus al quran
                       bangun malam (kalau baru cuba2, buatlah dua rakaat pun sudah memadai, asalkan istiqamah)
                       iktikaf di masjid ( especially 10 malam terakhir)
                       bersedeqah
                       jaga mata, mulut, dan hati

pada pandangan aku, amalan laaaaast tu paling susah sekali nak jaga. sebab benda tu berkaitan dengan diri kita 24/7  x(

jom fight for this ramadhan! semoga kita sama2 istiqamah! let us cleanse our heart!

last but not least, jangan lupa doakan saudara kita di seluruh dunia terutama yang sedang bergelojak spt syria, palestin, rohingya dan terbaru mesir.
wasalam! :)

No comments:

Post a Comment