Sunday, 24 May 2015

#Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.

Mcm mana utk jd org yg sentiasa positif? Mustahil utk setiap masa positif tp biarlah kebanyakan masa positif.

1. Pilih utk sangka baik dgn Allah. Semua perkara adalah dgn izin Allah. Bermakna Allah jua lah yg mengetahui apa hikmah dan kebaikannya utk kita.

Bila kita tak redha, bila kita tak puas hati,  berhati2 takut yg kita tak puas hati tu tuju pada Allah. Yg kita tak redha tu adalah ketentuan Allah.fuh... Sebab tu bila pulangkan semua pd Allah kita jd bersemangat kembali. Takkanlah Allah zalim, takkanlah Allah tak kasihan pada kita, takkanlah Allah tak dengar langsung pd kita?. Positif dgn Allah bkn bermakna berserah tanpa usaha. Itu bkn positif. Itu malas... #FadzliAziz (unic)

#copypaste

Friday, 15 May 2015

konsep rezeki #copypaste

   KONSEP REZEKI
.
  Konsep Rezeki Pertama
.
Kita usaha dan kita dapat. .Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji..Itulah bentuk rezeki pertama..Kita selalu nampak rezeki yang ni.
.
  Konsep Rezeki Kedua
.
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
.
Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang..Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.
.
Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
.
Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni..Sedangkan ini adalah rezeki juga..Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya..Kan?
.
Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita..Tujuannya nak mengampunkan dosa kita..Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.
.
  Konsep Rezeki Ketiga
.
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat..Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni..Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.
.
Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.
.
Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah..Kemudahan dalam berurusan tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana..Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya..Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita..Seronok kan?
.
Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur..Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan.
.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
.
Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur..Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas..Malu rasanya dengan Allah..Sebab kita hanya banyak complain dari bersyukur..kan?
.
Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU.. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar..Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.
.
Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu..Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain..Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.
.
Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah..Kita geram kat Allah dan complain.. Betul tak?
.
  Konsep Rezeki Keempat
.
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah..Orang yang berusaha, maka dia dapat..Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.
.
Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
.
Rezeki bukan duit semata..Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta..Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.
.
   Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?
.
Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni.. Alhamdulillah.

#credittoowner

Sunday, 10 May 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.457) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Jumaat, 19 Rejab 1436H. MATI SYAHID KERANA MYVI?

Hati yang berhati-hati,
Hati yang teguh pada tauhid
Mati yang disisi Allah tidak mati,
Adalah orang yang mati Syahid.

Tentunya kita semua sudah tahu bahawa mati syahid itu terbahagi kepada tiga :
1. Syahid Dunia dan Akhirat, iaitu orang yang meninggal dunia dalam peperangan membela agama Allah SWT.
2. Syahid Dunia, Iaitu orang yang berperang melawan musuh Islam kerana mengharap sesuatu seperti harta rampasan perang.
3. Syahid Akhirat, iaitu orang yang meninggal dunia bukan dalam peperangan, namun mereka mendapatkan pahala syahid disisi Allah. Orang yang dapat Syahid Akhirat tetap dimandi dan dikafankan seperti orang lain.

CERAH-CERAHKAN :
Syahid Akhirat berdasarkan hadis sahih Baginda Rasulullah SAW :
“Apa yg anggap sebagai syahid?” Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah orang yang mati dijalan Allah adalah syahid." Nabi membalas : "Kalau begitu tentulah sedikit syahid dikalangan umatku.” Para sahabat berkata : "Siapa lagi Ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab : “Orang yang mati dijalan Allah adalah syahid, orang yang mati dijalan Allah adalah syahid, orang yg mati kerana Taun adalah syahid, orang yang mati kerana sakit perut adalah syahid dan orang yang tenggelam adalah syahid.” (HR : Muslim)

Jenis-jenis syahid akhirat antaranya adalah :
1. Orang yang menuntut mati syahid

قال رسول الله (ص) : من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه

“Siapa yang meminta kepada Allah SWT dengan ikhlas Allah akan meletakkannya di kedudukan orang yang syahid sekalipun dia mati atas katilnya.” (HR : Muslim)

2. Sesiapa yang mati kerana penyakit Taun.
“ Penyakit taun adalah syahid bagi setiap muslim." (HR : Bukhari)

3. Mati kerana sakit perut.
“Sesiapa yang mati kerana perutnya sakit, maka dia syahid.” (HR : Muslim)

4. Mati kerana tenggelam @ lemas.
5. Mati kerana kebakaran.
6. Wanita mati melahirkan anak.
7. Mati mempertahankan hartanya dari dirampas.
8. Mati mempertahankan diri dari kezaliman.
9. Mati kerana runtuhan.
10. Mati kerana ketumbuhan atau kanser.
11. Mati kerana penyakit Tibi.
12. Mati mempertahankan diri.
13. Mati mempertahankan ahli keluarga.
14. Mati kerana dibunuh oleh pemimpin zalim.
15. Mati kemalangan kenderaan.

روى الطبراني من حديث عقبة بن عامر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من صرع من دابته فهو شهيد

“ Sesiapa yang jatuh dari binatang yang ditunggangnya adalah syahid.” (HR : Tabrani)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Jelaslah, orang yang mati akibat kemalangan jalanraya boleh mendapat mati Syahid Akhirat. Tetapi antara syaratnya ialah perjalanan tersebut adalah perjalanan yang syari'e (bukan ke tempat maksiat), dipandu dengan hati-hati dan seumpamanya.
Wallahu a'lam - Apatah lagi kalau dilanggar orang. Contoh, kena langgar dengan kereta 'Myvi'... (Ukay's 0192319872)

Sunday, 3 May 2015

Kisah dari seorang sahabat di Uni Madinah. Yang u lain pun terasa panas dan pedasnya. Jazakallah sheikh. T.T

--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"

Pelajar-pelajar terpinga.

"Hari ini kita ada ujian."

"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian." Beberapa pelajar mengangkat suara.

"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian." Balas syeikh selamba dan yakin.

Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.

"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan." Kami diam dan menumpukan perhatian.

"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."

MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!

Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.

"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."

"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"

Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.

"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.

Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.

Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar. Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan ini.
Wajah syeikh berubah.

"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.

"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"

"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"

"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah. Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."

"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"

Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna