Sunday, 19 May 2013

kenapa perlu buruk sangka?

assalamualaikum wbt.
(google images)

as stated on the title,WHY?
mengapa mesti kita berburuk sangka??
apatah lagi sesama saudara seIslam???
apatah lagi sesama kawan?????



setiap kali aku terburuk sangka, aku mesti akan malu sendiri. sebab apa?
sebab sangkaan aku SALAH.
rasa bersalah, benci, hina and so on semua ada. and in the end, aku kutuk diri sendiri sebab berani berburuk sangka kat dia tu. malu nak menghadap muka, malu nak bertentang mata.

aku benci diri aku. kadang2, aku rasa aku tak layak ada seorang kawan or seorang insan yang mendampingi aku. aku ni terlampau.... tidak layak ;( aku rasa kalaulah aku ni orang lain, aku sendiri pun takkan nak rapat dengan diri aku ni.

http://addienblog.blogspot.com/2012/03/larangan-buruk-sangka-dan-mencari-cari.html


blog ini ada sebut tentang perihal buruk sangka. bacalah kalau ingin pencerahan. baca komen dia jugak sebab terselit ilmu2 di situ. memang sentap jugak lah baca ni.


btw, me iz currently searching for any 'bulatan gembira' available in putrajaya. ada sesiapa tahu?



assalamualaikum wbt.


post signature

Sunday, 12 May 2013

assalamualaikum wbt.


سُوۡرَةُ الفَتْح
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحً۬ا مُّبِينً۬ا (١) لِّيَغۡفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكَ وَيَہۡدِيَكَ صِرَٲطً۬ا مُّسۡتَقِيمً۬ا (٢) وَيَنصُرَكَ ٱللَّهُ نَصۡرًا عَزِيزًا (٣)
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, (1) Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). (2) Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan 
(yang tidak ada bandingannya). (3)

:Bagus diamalkan untuk 

Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
 Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
 Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
 Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
 Hati yang tertutup utk berkahwin...


-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhar
i)



for those who have trouble, may Allah ease you InsyaAllah :)

assalamualaikum wbt
post signature

Sunday, 5 May 2013

pemimpin

assalamualaikum wbt


sekarang ni pukul 5.19. masa mengundi officially tamat.

dup dap dup dap ba dummm tssssss bunyi jantungku. siapakah yang bakal memimpin negara kita selepas ini?


sementara menunggu keputusan ni, aku nak kongsikan ciri2 pemimpin yang berwibawa (pada perspektifku).


pentingkan agama
inilah ciri2 pertama yang perlu kita selidiki dalam diri seorang pemimpin, kerana sesungguhnya orang yang mendahulukan agama dalam setiap pekara hidupnya, dia ialah orang yang berjaya. orang yang kuat agamanya, pasti akan memateri prinsip 'mengajak ke arah kebaikan, menghindar keburukan' dalam setiap tindak tanduk hidupnya. memperjuangkan agama Allah adalah misinya. mengikut akhlak Rasulullah saw adalah bimbingannya.Islam sentiasa mendahulukan kebaikan dalam setiap perkara dalam hidup. jadi, apabila dia dahulukan islam, dia dahulukan kebaikan!  pemimpin yang mencontohi kepimipinan khulafa' ar rasyidin, itulah yang kita mahukan!


sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap tindakan
everytime dia buat sesuatu, dia akan fikir dahulu rakyatnya. adakah apa yang dia buat akan memberi kesan yang baik kepada rakyat atau sebaliknya, adakah apa yang dia lakukan bermanfaat demi kemaslahatan rakyat atau bermanfaat utuk dia je ke etc.
 dia berjuang sehabis baik! ikhlas demi  berkhidmat kepada rakyatnya.


pemimpin yang jujur, berani kerana benar, diplomasi, adil, amanah

sifat2 ni penting untuk seorang pemimpin. apabila berlaku penyelewengan/penyalahgunaan kuasa, dia lantang bersuara! walaupun perbuatan tu hanya akan merugikan dia, tapi dia berani kerana benar! dia takut menipu kerana Allah! sentiasa jujur dalam tutur bicaranya, lunak telinga mendengarnya serta mengamalkan sikap diplomasi setiap masa. bila menang, dia perhebatkan kepimpinannya. bila kalah, dia redha dan rilek aja.
sebab dia tahu, pasti ada sebab kenapa Allah merancang sebegitu rupa.




•             Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. (Shahih Muslim No.3428)

sabda nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sohihnya :
قال الرسول : خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم  وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم …….
Maksudnya : Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu cinta dan mereka mencintaimu, mereka sentiasa menghubungi kamu dan kamu sentiasa menghubungi mereka. Dan sejahat-jahat pemimpin kamu ialah mereka yang kamu benci dan mereka pula membencimu, mereka yang kamu kutuk dan mereka pula mengutuk kamu…


haruslah diingatkan, bukan ni je ciri2 pemimpin berwibawa. aku cuma higlightkan aspek utama :)

kalau aku ditanya, siapa pemimpin yang paling kau sanjungi? aku akan jawab;
Tuan Guru Nik Aziz, without any doubt.
bagi aku, dia menepati semua ciri2 yang aku listkan kat atas  :)
semoga beliau dipanjangkan umur dan terus diberi rahmat dan redha Ilahi.
dan semoga orang yang menghina dia mendapat hidayah, ataupun mendapat laknat Allah nak senang cerita.

assalamualaikum wbt.




post signature