Sunday, 27 April 2014

#repost

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (Ahad, 27 Jdl. Akhir 1435H)
Benci, benci, benci !

Benci atau kebencian adalah merupakan sebuah emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidaksukaan, enmiti, atau antipati untuk seseorang, sebuah hal, barang, atau fenomena. Hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk menghindari, menghancur atau menghilangkannya.

Kadangkala kebencian diadaptasi sebagai lawan kepada cinta atau kasih sayang, tetapi ramai orang yang menganggap bahawa lawan kepada cinta adalah pengabaian. Jika Tazkirah semalam kita bicara soal indahnya cinta, hari ini Ust Kay nak bicara pula tentang tercelanya sifat benci.

PENCERAHAN :
Rasulullah S.A.W bersabda: "Janganlah kamu benci-membenci, dengki-mendengki dan bermasam-masam muka. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara.Tidak boleh sama sekali bagi seorang Islam meninggalkan saudaranya (kerana marah) lebih daripada tiga hari." (HR, Bukhari dan Muslim)

Benci-membenci adalah salah satu sifat tercela yang perlu dijauhi oleh orang Islam. Dengan membenci antara satu sama lain boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan di dalam masyarakat. Islam melarang hidup seperti itu, sebaliknya Islam menuntut supaya kita hidup berbaik-baik dan berkasih sayang satu sama lain.

Bolehkah kita membenci seseorang atau sekumpulan orang hanya kerana dia atau mereka berlainan wadah politik mereka? Berlainan fikrah dan firqah dengan kita? Bolehkah kita membenci seseorang kerana kejahilannya? Atau kerana kezalimannya? Bukankah Islam tersebar dengan kasih sayang (Rahmat) dan bukan dengan kebenciaan. Bolehkan dakwah berjalan sekiranya dai'e membenci mad'unya?, Rasul membenci umatnya?

Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu kebencian boleh mengundang kesengsaraan? Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu ianya akan menghuru-harakan keadaan? Tiada masalah yang boleh diselesaikan dengan kebencian yang melulu.

Sebagai contoh, jika ada segolongan manusia yang sesat dari ajaran Islam yang sebenar.
Biasanya kita akan marah-marah golongan tersebut dan menyimpan perasaan benci kepada mereka. Sehingga kita lupa apa yang sepatutnya kita benci. Benci kepada perbuatannya, bukan kepada orangnya. Maksudnya, kita lah yang perlu membimbingnya, bukan terus membenci,memulaukannya dan berlebih-lebihan (Ghuluw) dalam beragama. Kita lah yang sepatutnya memberi panduan, memberi hujah-hujah kepadanya sehingga dia kembali ke pangkal jalan.

Cuba persoalkan pada diri kita. Apakah nikmatnya kebencian ? Apa manfaatnya kebencian untuk kita ? Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan? Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memuaskan nafsu. Adakalanya kita yang merasa ikut membenci seseorang itu kerana sahabat kita membenci orang itu. Padahal kebencian sahabat kita itu tiada kaitan dengan kita. Tiada manfaatnya pun untuk kita.

Jika kita merasakan perkara ini adalah sia-sia, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu benar. Allah berfirman dalam Al-Quran ;

ِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

”…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An-Nur :22)

KESIMPULAN :
Umat Islam adalah bersaudara. Oleh itu mestilah ada sifat ingin hidup berbaik-baik dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sebarang perselisihan dan persengketaan mestilah diselesaikan dengan baik kerana sebarang permusuhan tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak pun. Bahkan bertambahlah benci-membenci antara satu sama lain.
Wallahu a'lam - Cuit-cuit Ust Kay.

Sunday, 20 April 2014

"Ukhwah fillah"
Tentang ukhuwah yang tak mati.

Walau jasad sang sahabat telah pergi.

Tentang setia si pemuda sufi.
Walau kadang jiwanya juga tersungkur ke bumi.

Sebab kisah kehidupan tak pernah berhenti.
Hujungnya cuma dua.
Syurga atau neraka.

Maka di dunia inilah tempat menyemai baja.
Agar hasilnya boleh dituai di akhirat sana.
Jadi petani yang boleh tersenyum gembira.
Akibat usaha titik peluhnya di sebelum terpisah jasad dan nyawa.

Chad tutup buku Obstetrics and Gynaecology yang dibacanya dari lepas subuh tadi.

Tengok jam. Baru pukul 10 pagi.

"Baru empat jam. Rasa macam dah empat hari aku study."

Suasana rumah sepi. Huzai dan Zariq tidur semula lepas subuh tadi. Foo keluar study dekat park depan Uni dengan Aran.

Chad bangun kerusi. Meja belajarnya menghadap tingkap. Dari tingkat rumahnya, tambah pula dengan letak tingkap biliknya nampak jelas bangunan utama University of Edinburgh.

Universiti idamannya sejak berada di grade tiga, atau lebih tepat, darjah dua kalau diikutkan sistem Malaysia. Chad tak belajar di Malaysia. Dia membesar di luar negara.

"Esok raya..." Jeling sekilas katil Qiden.

Senyum.

Katil yang tak berusik. Sejak dia kembali semula ke Edinburgh selepas dua bulan di Malaysia.

Chad dah tak skate. Semua tu Chad buang. Hapuskan terus dari ingatan. Hari terakhir Chad skate, sebulan lepas. Sampai patah deck. Pukul dua pagi. Di skatepark kegemaran Qiden.

Setahun yang lepas. Dia dan Qiden macam biasa, lepas skate, sambil minum air mineral yang dibawa dari rumah, berbual macam biasa.

"Chad, apa yang kau faham tentang Aidil Adha?"

"Err.. Kalau di Malaysia dan mana-mana negara lain, maksudnya korban lah. Sembelih haiwan yang halal di makan."

Chad garu kepala. Menggoyak sengih.

Qiden tepuk peha Chad.

"Yes. Itu satu point."

"Apa point lain?"

Qiden jeling Chad.

"Kura-kura dalam perahu. Pura-pura tak tahu."

"Aku suka tazkirah kau, nak buat macam mana."

Muka tak bersalah. Konon-konon comel.

"Macam mana apa?"

Qiden paut bahu Chad. Erat. Hangatnya ukhuwah. Terasa bahangnya, walau dalam suasana yang baru nak masuk musim winter.

"Kura-kura betul. Maksudnya kau teruskanlah tazkirah kau. Aku nak dengar."

"Eh suka hati panggil aku kura-kura."

"Kura-kura comel kau tahu?"

"Tahu. Sebab tu bantal busuk kau pun bentuk kura-kura."

Chad tolak kaki Qiden guna kakinya perlahan.

"Itu... rahsia."

Pecah tawa mereka berdua.
Sejuk mana pun cuaca tak mampu atasi bahang ukhuwah mereka.

"Okay back to the main topic." Qiden mula serius.

Chad putarkan wheels. Sambil matanya pandang kasut sahabatnya. Vans.

Kasut mereka berdua sama. Malah saiz juga sama. Langsung, tak ada beza.

"Pada aku, pengorbanan yang dimaksudkan bukan hanya dengan sembelih lembu, kambing, unta atau apa-apa haiwan yang halal dimakan dengan cara yang halal. Tapi juga pengorbanan dalam diri. Pengorbanan duniawi. Korbankan kehendak nafsu demi kecintaan pad Allah."

Chad angguk perlahan.

"Macam orang yang kerjakan haji, mereka juga berkorban. Berkorban dari segi desires. Korbankan dunia, tinggalkan keluarga untuk tunaikan rukun Islam yang kelima."

Qiden diam sekejap. Tarik nafas.

"Qid, kau dah makan ubat ke belum?"

Muka Chad risau.

Qiden senyum.

Pautan pada bahu Chad semakin erat.

"Uhibbukafillah."

"Aku pun... Sayang kau. Fillah. Lillah."

Chad senyum pandang Qiden. Jelas risau pada air mukanya.

"Okay aku sambung. Macam tu juga kita. Pengorbanan apa yang kita buat? Kita belajar jauh dari keluarga, itu pun pengorbanan juga. Kita pilih untuk jaga cinta buat isteri kita one day, itu juga pengorbanan. Kalau nak tengok rata-rata manusia, mana ada yang tak couple. Susah nak cari yang tak couple. Tak kisahlah sama ada setia atau tidak, couple tu dah macam satu kewajipan dalam dunia sekarang."

"Dan itulah tugas kita. Untuk bawa semula Islam sebagai pegangan utama. Ambil Islam tak boleh ambil juzuk-juzuk. Kena ambil semua."

Sambung Chad.

Qiden angguk.

"Akhir kata, aidil adha bukan semata-mata sembelih dan makan daging-daging tersebut. Tapi juga hayati kisah di sebalik Nabi Ibrahim dan anaknya. Ambil ibrah dari pengorbanan demi pengorbanan yang dilakukan. Biar semuanya lillah."

Qiden habiskan tazkirah ringkasnya malam tu.

"Suka dengar tazkirah kau."

"Kau tak bosan ke?"

"Bosan apa?"

"Iyalah, kadang tu aku bagi tazkirah sama, aku ulang cerita sama, dan reaksi kau tetap sama, macam baru pertama kali dengar. Teruja."

"Sebab ulang pesan tu penting. Barulah iman kita jadi alert."

"Terima kasih, Irsyad."

"Sama-sama."

Maka ini, Aidil Adha pertama di Scotland, tanpa Naqiuddin.

Chad masih terus senyum.

Jasad kau mungkin dah terus dalam bumi. Namun setiap tazkirah kau, masih terus aku semat dalam hati. Kenangan dengan kau, aku ukir, dan jaga sampai mati.

Kullu am wa antum bi khair.

#budaktomato [Laugh]
#repost

I wish i experienced this..

Sunday, 13 April 2014

Jaga hati ibu bapa,
Jaga hati sahabat,
Jaga hati jiran tetangga,
Jaga hati masyarakat setempat,
Jaga hati orang sekeliling.

Banyaknya hati yg perlu dijaga.

Tetiba persoalan ni duk main congkak dalam kepala

"Habis tu, hati kita sapa nak jaga? "

Ahahh!!
Soalan ni simple mimple je,,hihi
Jawapan pun bole tahan simple,
Tak percaya?
Tepuk dada tanya iman..

Sebab tak mau bertekak tekuk,
Ana kasi je jawapan, free je,,

"Allah swt lah yg jaga hati kita,"

Sesungguhnya Allah swt merupakan sebaik2 Penjaga.

La tahzan,
Innallaha maana

#repost

Sunday, 6 April 2014

Hijrah

#repost

Berhijrah itu manis. Ia akan menjadi lebih manis apabila kita niat kerana Allah. Tapi... Seringkali orang sekeliling memandang pelik ke atas penghijrahan kita, kan? Dari bidang 45 kita improve bidang 60. Dari nampak lengan kita improve pakai sarung tangan. Dari nampak kaki kita improve pakai sarung kaki. Biarkan mereka wahai sahabat. Jangan bencikan mereka kerana memperendahkan kita. Mereka hadir kerana izinnya Allah. Mungkin sedih dan rasa tersisih itu ada. Biarkan. Bangkit dan terus kuat. Allah yang berkehendak untuk kita berhijrah. Teruskanlah kawan. Jangan pandang ke belakang.