Soalan : Ustaz..kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?
.
JAWABNYA:
1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.
2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)
3. Waktu ini, jin syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.
Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).
4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - Ilmu Perubatan Islam
5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.
Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.
6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.
7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.
8. Ikuti sunnah, pasti berkah.
Siapa baca sampai habis untung :)
Kalau share lagi untung. Pahala berterusan seperti sungai, siapa tak nak :)
___________
Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:
"Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah."
Sunday, 28 February 2016
Sunday, 21 February 2016
Bila dengar kawan kita nikah,kita rasa nak nikah.
Bila dalam group whatsapp bincang bab nikah,kita rasa nak nikah
Nikah itu bagus sahabat! Sangat bagus. Akan tetapi perlu ada persiapan yang betul-betul mantap sebelum kita melangkah ke alam pernikahan.
Sebab kenapa perlu ada persediaan yang mantap? 😕
Cuba lihat dunia hari ini. Berapa ramai orang yang nikah awal kemudian 5 tahun dah bercerai?
Berapa banyak kes penceraiaan di Malaysia saban hari?
Berapa peratus statisik kes suami atau isteri yang curang selepas nikah?
Sahabat,
Nikah itu indah! Sangat indah andai sebuah pernikahan itu mampu menghasilkan nilai taqwa dalam diri pasangan suami isteri itu.
Tetapi,dalam kita menempoh alam pernikahan ini ,ada ketika kita diuji. Allah nak lihat sejauh mana ketaqwaan kita pada Dia. Kalau kita belum mempunyai persediaan yang secukupnya,bagaimana kita hendak berdepan dengan ujian itu.
Ramai orang hari ini menganggap bahawa nikah itu indah semuanya. Nikah itu satu permainan.
Oleh itu,kalau ada niat dalam hati kita untuk bernikah awal,persiapkanlah diri kita dahulu. Jaga hubungan kita dengan Allah dulu. Displinkan diri kita dahulu.
Wallahualam
Sahabat HM,
🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎
Saturday, 13 February 2016
Assalamualaikum sahabat!
Pernah dalam hidup kita,kita melangkah ke depan ada ketikanya kita tersilap langkah. Tapi kita tak boleh nak patah balik ke masa lalu untuk betulkan keadaan.
Apa yang kita boleh buat? 😔
Cari solution untuk betulkan balik jalan itu. Ambil kisah yang lalu sebagai satu pengajaran untuk diri supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Sabar atas ujian Allah. Allah tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan kita 😉
Sentiasa pesan pada diri. Setiap ujian yang Allah bagi terselit 1001 hikmah di dalamnya. Lihatlah dengan mata hati. Insya-Allah kita akan nampak hikmahnya. 😊
Ada ketika dalam kita melangkah ke depan,ada orang di sekeliling kita yang bercakap tentang kita. Kita buat baik ke buat jahat ke orang tetap akan bercakap. 👄
Kalau hidup kita,asyik memikirkan apa yang orang akan cakap,apa persepsi orang terhadap kita,kita akan dapat maju ke hadapan. 🙅🏻
Sebab kenapa?
Sebab manusia ni kalau kita baik ke jahat ke tetap akan ada orang yang bercakap. So,abaikan apa orang nak cakap. Terus melangkah ke hadapan as long as jalan yang kita ambil tu Allah redha. 😊
Wallahualam.
Salam dhuha
☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️☀️
#copypaste
Friday, 5 February 2016
Kisah Ulat & Daun Hijau
.
Telah 2 musim hujan berlalu sehingga di mana-mana tampak pepohonan menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaunan yang menghijau bergoyang-goyang di terpa angin.
”Apa kabar daun hijau” katanya..
Tersentak daun hijau menoleh kearah suara yang datang. ”Ohh.. kamu ulat, badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?” tanya daun hijau.
”Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku, bolehkan engkau membantuku sahabat?” kata ulat kecil.
”Tentu.. tentu, dekatlah kemari, ’daun hijau berpikir‘ Jika aku memberikan sedikit saja daunku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya saja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah..”
Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekali pun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah di sapu orang dan dibakar.
apa yang berarti di kehidupan kita sehingga kita enggan berkorban sedikit saja bagi sesama?
Nah, akhirnya semua yang ada akan mati bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran.
Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak melupakan kepentingan diri sendiri.
Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi orang lain memang tidak mudah, tetapi indah.
Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun sebenarnya itu tidak mempengaruhi kehidupan kita, kita akan tetap hijau. Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.
Bagi daun hijau berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum karena pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya karena menyadari bahwa ia tidak akan selamanya tinggal menjadi daun hijau, suatu hari ia akan kering dan jatuh.
Demikianlah kehidupan kita, hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran, dan kerendahan hati.
Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi kita. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara, mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.
Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi.