InstaSave:
KUCING 🐈 dan IKAN 🐟
••••
Hawa : Assalammualaikum.. mak.
Ni ikan yang emak pesan, nak letak kat mana?
Ibu : Seekor letak bawah tudung saji, seekor lagi letak je dalam pinggan atas meja.
Hawa : Baik mak.
Tak lama selepas tu datang seekor kucing makan ikan di atas meja. Si ibu hanya melihat sambil tersenyum.
Datang si Hawa lalu terkejut.
Hawa : Ibu!! Kucing makan ikan atas meja, kenapa ibu tak halau.
Ibu : (sambil tersenyum) Kenapa nak halau?
Hawa : Ye lah, kucing makan ikan yang Hawa beli tu.
Ibu : Biarkan lah, Hawa yang tak tutup ikan tu, bukan salah kucing.
Dia nampak ‘rezeki’ jadi dia makan lah.
Hawa : Ibu yang suruh letak macam tu atas meja, Hawa ikut je..hhmm.
Ibu : Hawa, ibu saja je nak suruh Hawa letak ikan macam tu, kucing tu pun ibu yang bagi masuk.
Hawa : Tapi kenapa?
Ibu : Dalam hidup ni kita dibagi pilihan. Tapi apa pilihan yang kita ambil, itu kita yg tentukan.
Hawa : Hawa tak paham lah ibu.
Ibu : Kucing itu seperti lelaki (sambil melihat kucing yang tengah sibuk makan.. nyum nyum) dan ikan itu pula ibarat Hawa.
Hawa : Hahahaha..
Tapi apa maksud ibu?
Ibu : Hawa beli 2 ekor Ikan, seekor ada bawah tudung saji, elok tak terusik pun oleh kucing, nampak pun tak.
Seekor lagi yang tengah sedap di ratah kucing. Nak marah kucing tu pun tak boleh jugak sebab Hawa yang letak terdedah macam tu. Hawa, Hawa anak ibu selama ini ibu lihat Hawa berpakaian ketat, tudung jarang² pakai.
Hawa sedar tak yang banyak mata lelaki memerhati yang cuba ambil peluang untuk ‘meratah’ Hawa. Andai takdir Hawa seperti ikan yang diratah kucing itu, ibu marah ‘kucing’ yang dah meratah pun tak guna sebab Hawa sendiri tak jaga apa yang sepatutnya Hawa jaga. Masa tu Hawa sesal pun dah tak guna.
Hawa: Ibuuu
Ibu : Ibu tak nak marah anak ibu sebab anak ibu syurga ibu, jadi ibu tunjuk dengan cara ni, ibu harap Hawa paham apa yang ibu nak tunjukkan.
Kita kaum wanita, kalau tak jaga diri dan kehormatan diri, jangan marah kalau ada yang ambil kesempatan sebab kita yang bagi peluang.
Hawa : Ibu.. Maaf kan Hawa sebab buat ibu sedih, mulai hari ini, Hawa akan berubah.
Sebab Hawa nak ke syurga Allah dengan ibu..
Sayang ibu..❤❤
.
#JagaDiriKaumHawa💝🐟
.
لوكيسن دعوه اسلام