Sunday, 30 December 2012

azam next year

assalamualaikum wbt.



kalau nak dikira dengan jari, lusa nak tahun baru dah.

apa persediaan aku?

persediaan untuk sekolah mestilah check semua. uniform,buku, peralatan sekolah-all CHECK. excited jugak nak masuk sekolah. rindu suasana belajar dalam kelas. apatah lagi tahun depan ni tahun terakhir aku kat sekolah. lepaih tu, and we're calling you for freedom~ freedom~ *mood maher zain*



walau apa pun yang berlaku, aku tetap berbangga dengan sekolah aku! :D


persediaan untuk spm? Gulp.
well, frankly speaking about spm, i feel nothing at all right now. memang ler nothing, spm nya lama lagi~~

pebendu muh lama lagi? *bermonolog kejap*

setakat ni, aku dah plan cara2 study for spm, tapi belum terlaksana lagi. sebab plan start tahun depan! heheh

azam 2013?


mestilah ada.

aku nak jadi rajin! rajin dalam segala hal2 yang positif dan yang memberi kebaikan overall!


dan aku jugak nak berubah jadi muslim sejati alias mukmin.
banyak kali dah aku azam sebenarnya nak berhijrah. tapi, entahlah.. dia berhenti separuh jalan.
mungkin ada kesilapan yg aku lakukan sampai Allah tarik balik semangat hijrah tu. aku ni masih tak kuat nak hadapi dugaanNya..
tapi, niat berhijrah masih aku tanam dalam hati, kot2 tetiba Allah yang maha pemberi hidayah cetuskan firework dalam hati aku untuk kembali semula berhijrah. Dan azam aku adalah untuk kekalkan momentum hijrah tu dengan tidak menghilangkan sparksnya. Doaklanlah aku :)


google images

Hidayah bukan datang bergolek2 daripada langit. Hidayah perlu dicari. -twitter-


The man who decided to change on the 12th hour, dies at the 11th. -hlovate-



assalamualaikum wbt

post signature

Thursday, 20 December 2012

mimpi ngeri.

assalamualaikum wbt.


(google images)

tak payah tanya pun aku boleh tau, korang semua mesti dah pernah experience nightmare ni an... tak usah nak menyorok. tak ada benda yang nak dimalukan. eh?

aku tak tau lah apa penyakit aku ni, tapi setiap kali aku terlelap, mimpi mesti muncul punya. kira macam wajibul mimpi setiap kali tidur. kalau tak mimpi, ianya KEAJAIBAN. mimpi yang ada pulak mostly mengarut dan tak mampu dicerna minda logik. tapi bila part layar nightmare yang aku tak suka tu. bangun2 je jantung dup dap dup dap. mata meliar sekeliling. lagi2 kalau mimpi hantu. time tu elok pulak pukul 3 pagi. lampu tak terbukak. aishhh sungguh laaa...

dok flashback balik apa yang baru berlaku dalam mimpi....

jeng jeng jeng.


kalau korang, apa korang buat?

aku?

mestilah bukak lampu. hahaha takdelah rasa seram sangat kalau dah bercahaya. kan kan?


dalam islam ,ada perkara yang boleh dilakukan jika kita bermimpi buruk.

bila dapat mimpi buruk, eloklah berta'awwudz (a'uzubillahi minasyaitanirrajim) dan buat2 meludah di sebelah kiri sebanyak 3 kali. janganlah meludah betul2, kang siapa nak cuci kalau kahak terkeluar landing kat bantal peluk?
 kalau dapat lagi mimpi buruk tu, buat lagi dan tukar posisi lain. kalau asyik2 berulang, eloklah bangun dan ambil wuduk. solat tahajud mintak Allah jauhkan kita daripada gangguan jin dan syaitan. sebab most mimpi buruk ni mainan diorang.

tapi kalau mimpi buruk pasal putus cinta, kekasih cari partner lain ke, tak payah buat kot. tu mimpi buruk emosi je!

http://english2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=641474


ok dah nak tidur. menguap kali ke 6 dah ni.

doakan aku tak mimpi buruk.

assalamualaikum wbt.
post signature

Sunday, 16 December 2012

3 pahala mudah dengan pandangan

assalamualaikum wbt.

pagi tadi, aku turun bawah, hajat nak mengisi perut untuk breakfast.

ibu tengah khusyuk baca buku agama tak silap aku.
ayah, tak angkat muka baca surat khabar.
ain (kakak aku), tak terkedip mata pandang laptop kesayangan yang dipanggilnya sebagai 'baby'.

pergi lah serang makanan yang dah terhidang kat atas meja. buah didahulukan, makanan utama ditunggu sebentar. hehe

tiba2 ayah aku bersuara " Dalam dunia ni, apa tiga benda yang kalau kita tengok je dapat pahala? "

terkejut sebentar. kenapakah tiba2?

"emm..rasa macam pernah dengar.." loading...loading...

"haaa apa dia..?"

loading...loading....


"yang pertama, kaabah."





"yang kedua, mushaf Al-quran."






"yang ketiga, wajah kedua ibu bapa. jadi, bila dah besar, datanglah jenguk2 kami. jangan lupa sebarkan ilmu ni. sebarkanlah walau satu ayat." ayah sambung semula baca surat khabar.




baiklah ayah ..

sebenarnya, babak taklah sejibik seperti yg diceritakan. cuma, ulasan pendek saja. hehe


http://budak-tomato.blogspot.com/

http://angelwearsgucci.blogspot.com/


rasa2 kalau nak check iman kita, jenguklah blog mereka2 ni. memang tersangat sentap. suka sangat cara penyampaian mereka. sangat2 menyedarkan. lega masih ada orang macam ni dalam dunia ni.


assalamualaikum wbt :)


post signature

Sunday, 9 December 2012

kelebihan ayat kursi

assalamualaikum wbt

hari ni share benda ringan je :)

(google images)

-ayat ini dipanggil 'kursi' yang bermaksud 'Tempat Duduk yg Megah Lagi Bermartabat.' maksud tersiratnya, kebesaran Allah swt yang meliputi langit dan bumi.

-ayat kursi dikenali sebagai 'penghulu segala ayat'.



-Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)


-Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

-sesiapa yang membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, Allah swt akan hantar 70000 malaikat untuk menjaga, memohon ampun dan berdoa untuknya.

-“Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

-Jika dibaca dengan khusyuk, ayat kursi mampu membuatkan jin dan syaitan terbakar.

.
-  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
- Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
- Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.




http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/01/kelebihan-fadhilat-ayat-al-kursi/
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/kelebihan-ayat-kursi.html


assalamualaikum wbt :)







post signature