Sunday, 25 November 2012

ungkapan 'be yourself'

assalamualaikum.



somehow,aku rasa ada yang tak kena dengan ungkapan ni.

mari perhatikan situasi ni;

A : weh kenapa kau tak nak pakai tudung, tak pakai baju yang menutup aurat?

B : alah suka hati aku lah. nanti kalau aku pakai pun, tak ikhlas.

A : tapi tutup aurat tu kan wajib.

B : alah, panas lah. lagipun, hati aku tak terbuka lagi. i just want to be myself. tak nak hipokrit.


see? nampak tak ayat be myself tu. aku nak jadi diri sendiri.
tanpa disedari, perkataan tulah yang menyebabkan kita langgar hukum Allah, berbekalkan alasan tak nak jadi hipokrit.

sebenarnya. perkataan 'be myself' tu lah jalan pintas bagi syaitan untuk tipu kita. supaya kita melakukan kemungkaran tanpa disedari. tak nak hipokrit kan..

so, bila kita cakap dengan cikgu, kita guna bahasa kasar. dengan alasan, that's me. aku suka mencarut dengan sesiapa pun. so what?

so, bila kita keluar jalan2, kita pakai seksi2 tak cukup kain. dengan alasan, tak nak hipokrit. lagipun aku tak biasa pakai baju menutup ni.

nampak tak permainan kat situ?
semua tu menunjukkan syaitan dengan jayanya telah menghasut mereka2 dia atas berbuat kemungkaran. menggunakan alasan tersebut untuk mengaburi dosa yang mereka lakukan.

so, before kita nak guna pakai be yourself tu, tanya diri sendiri, betul ke kalau aku jadi diri sendiri, benda ni mendatangkan kebaikan dan tak memudaratkan ?


semua ini berdasarkan pemerhatian yang aku lihat sepanjang hidup aku :)

images are from google


assalamualaikum wbt.


post signature

Sunday, 18 November 2012

Palestine, tomorrow will be free

assalamualaikum wbt.



sekarang ni, seluruh pelosok dunia kecoh dengan serangan zionis di Gaza pada awal muharram yang lalu. mereka sengaja nak provoke umat Islam di tahun yang baru ni.

hasilnya, lihatlah wahai zionis sekalian, mayat manusia bergelimpangan, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Puaskah hati kalian melihat senario itu? seronok eh tengok mayat kanak2 dengan kepala terburai, wanita2 menangis meratapi nasib, bapa dukung anak kecil yang syahid? bahagia?

awatlah buto sangat hangpa ni... kenapa gelap tambah keras sangat hati tu?

yang paling tak boleh tahan, bila orang bukan yahudi support diorang. and then cakap 'its their right' 'they are a true warrior' 'pray for israel'. memang TRUE WARRIOR kan bunuh innocent people mercilessly? diorang ni memang dah dibutakan dengan tipu helah zionis gamaknya.



ok. nuff said about the zionist. its like they'll hear and follow what millions of people who dont support them says.

dalam al-quran, memang banyak sangat surah yang Allah swt sebutkan tentang yahudi ni. Allah swt melaknat mereka dengan sebesar2 laknat.

http://mashoori.wordpress.com/2008/12/31/sikap-yahudi-terhadap-allah-dan-para-nabi/

link ini banyak menceritakan ayat2 Allah swt yang menunjukkan hodohnya akhlak, busuknya hati orang yahudi ni. jadi, jangan sekali2 kita terpedaya dengan kata2 mereka.


ayuh sedaya upaya boikot produk2 ni!





sebelum aku habiskan post ni, izinkan aku yang maksum ni untuk menegur beberapa tindakan rakyat kita terhadap peristiwa ini.

-tidaklah elok kalau kita mencarut2 terhadap israel. kita memang patut mengeji mereka tapi kita still kena tunjukkan image kita sebagai seorang muslim iaitu penuh adap dan sopan. mencarut bukanlah cara yang baik dan ia hanya menunjukkan rupa hati kita sebenarnya.

-bagi rakyat islam malaysia yang tidak kisah dan tak nak ambil peduli pun pasal diorang, cuba bayangkan kalau korang yang berada di situasi mereka. tidur berbantalkan senapang, susah nak mencapai lena. esok pagi, dengar berita ahli keluarga dah meninggal dunia. nak belajar, fikir dua tiga kali takut kena bom tengah jalan. setiap ceruk jalan mesti nampak uniform askar tentera zionis. bunyi tembakan dan letupan bom macam muzik dah bagi diorang sebab dah terlalu biasa dengar.
cuba bayangkan kalau korang mengalami situasi tu? ada rasa macam tak nak kisah lagi ke?

-doa itu senjata mukmin. sematkan mereka dalam doa kita, lengkapkan ibadah wajib dan tambahkan amal sunat. solat subuh berjemaah di surau atau masjid. semua ini menunjukkan kita seorang muslim cemerlang yang mampu mengalahkan yahudi.
(all picture sources are from google)



in sha Allah, suatu hari nanti :')
and don't forget to pray for Syria too. they're still facing crisis.



assalamualaikum wbt.


post signature

Sunday, 11 November 2012

me.

Assalamualaikum wbt.

 subhanallah. cantik kan gambar ni? :')
source from fb/IslamItuIndah

hari ini, ana nak bercakap tentang diri ana.


berdasarkan post2 ana yang lepas, apa pandangan kasar korang terhadap ana?

mesti korang bayangkan,

" eh, baiknya hati budak ni. "

takpun

" sucinya hati budak ni. "

atau 

" mesti stok budak2 beriman. post bukan main elok lagi. "

hmm, i wish i am like what you guys describe me :/


frankly speaking, aku ni bukannya budak yang baik sangat pun. aku bukannya budak tudung labuh full time. budak sekolah agama pun tidak, tapi adalah basic ilmunya sebab pernah masuk sekolah agama dulu. aku selalu sangat buat dosa. aku rasa tak sejam pun lepas tanpa aku buat dosa. aku  manusia yang sifatnya lemah. mudah sangat lupa. dah taubat tak nak buat, pastu buat lagi. and there it goes again and again. aku lemah. Iman aku tak pernah stabil. kalau naik mesti turun. susah sangat menjaga iman ni eh?

kawan2 aku kenal sangat dengan aku ni. tak angelic pun. diorang even shocked bila aku mula2 pakai tudung labuh kat sekolah. and ini dah cukup menunjukkan yang perangai aku ni tak lah baik mana pun.



so kenapa aku post benda2baik je, tak pernah cerita benda2 lagho, pretending like i'm a very good muslimah?


first of all, i'm not pretending. im actually hiding my weaknesses, my aib because Allah says that we have to cover people's aib, apatah lagi kalau aib tu kita punya sendiri kan? so there's no point for me to show off the bad side of me :) Ustaz aku pun cakap, jangan buka aib kita kat orang lain walaupun untuk tujuan pengajaran.

second of all, i'm holding my responsibility as a muslim, which is amar makruf nahi munkar. Mengajak ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kemungkaran. I admit, in real life susah sangat aku nak buat benda ni. mesti rasa macam ada yang tak kena. memandangkan dakwah itu wajib atas setiap muslim, so aku ambil jalan lain, which is spread dakwah through internet. haa ok tak? :D

third of all, inilah objektif, visi dan misi blog aku. untuk post benda2 baik dan mengajak orang ke arah kebenaran :D


oklah. sebagai penutup ada benda yang aku nak share kan :)



Khutbah Terakhir Rasullullah Sall Allah 'Alaihiwasallam

Disampaikan pada 9hb Zulhijjah, Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

http://dazhar53.blogspot.com/p/sampaikan-walau-sepotong-ayat.html


assalamualaikum wbt :)

post signature


Sunday, 4 November 2012

cover your aurah properly :)

Assalamualaikum wbt.


Let's talk about aurat :D

ini basic, tapi masih ramai lagi yang belum amalkan sebaiknya. including me :(

jadi, yok kita berusaha berhijrah ke arah lebih baik! yoshh!

ok, so benda pertama yang kita kena tahu, adalah limit aurat kitaa~




 aurat wanita;




credits to- google image
(sorry kalau gambar tak jelas)

-tudung mesti melebihi dada dan sebaiknya menutup bahu
-kalau tudung jarang, pakailah inner neck. kalau tak, ia masih akan menunjukkan 'dalam' tudung kita bila terkena cahaya matahari.
-baju mesti labuh/menutupi punggung
-baju tidak menampakkan bentuk tubuh badan
-baju tidak jarang. kalau jarang, pakai inner yang longgar supaya tidak nampak bentuk tubuh badan apabila terkena pancaran matahari
-baju menutupi lengan. seelok2nya pakai sarung tangan dalam untuk berjaga2. atapun pakai baju yang bercekak. kalau tak pakai pun takpe, tapi make sure baju cover penuh tangan kita and jaga2 supaya tidak mendedahkan lengan kita.
-memakai seluar yang tidak menunjukkan bentuk kaki dan seeloknya panjang sehingga menutupi buku lali.
-kalau pakai kain, make sure tak ketat, dan tak jarang. kalau jarang, pakailah kain dalam.
-pakai stokin. ramai muslimah yang berat bab ni tapi ingat, kaki pun aurat :)

kesimpulannya, aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.
dan ingat,
pakailah pakaian yang menutup bukan membalut :)


aurat lelaki;


yang ni tak payah ulas panjang, sebab senang je. just cover pusat hingga lutut. aku ada dengar kalau lelaki pakai ketat tu makruh. wallahualam. silalah rujuk pada yang lebih pakar :)

tapi yang eden tak fahamnya, bila lelaki memakai shorts atas lutut. like seriously, bukan main senang lagi korang nak cover aurat, tapi korang still nak dedahkan. tak berapa paham la :/



sedikit tambahan ;

-elakkan memakai pakaian yang bercetak gambar hidup. cth orang, binatang. untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada pakar :)
-dilarang memakai pakaian yang melambangkan agama lain. Rasululullah saw pernah bersabda '“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (hadis sahih)


                       muslimah sekalian, tunjukkanlah akhlak yang baik apabila kita berhijab :)

credits to google images
wahai saudara perempuan sekalian, saya yang perempuan ni pun rasa tak glamour bersanggul tinggi ni :)


#TeamHijrah :)

assalamualaikum wbt.

post signature