Saturday, 29 March 2014

#repost

Wanita itu aurat.
Wanita itu fitnah.
Selangkah dia keluar dari rumah,
Beribu syaitan menghiasinya.
Dia rasa sangat terhina apabila ada lelaki ajnabi memandangnya,
senyum kepadanya,
menegurnya.
Seolah-olah auratnya terdedah.
Seolah-olah dia sedang menabur fitnah.
Sedangkan dia menutup aurat dengan sempurna.
Perintah ALLAH SWT di taatinya.
ALLAH !
Dia itulah wanita solehah peribadinya mulia.
Dia wanita syurga.
"Seindah Hiasan Dunia Ialah Wanita Solehah"
°°
Harta paling berharga bagi seorang suami  ialah isteri solehah.
Anak yang solehah mampu mengeluarkan ibubapanya dari neraka.
°°
ALLAHU!
Mampukah aku?

Saturday, 22 March 2014

Syukur

Bersyukur kepada Allah 
Kisah tentang Kerbau, Kelelawar dan Cacing.
Pada suatu hari, Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Jibril a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan bertanya kepada kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Lalu, Malaikat jibril a.s. segera pergi menemui si kerbau.
Kerbau.
● Di siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di dalam sungai. Malailat Jibril a.s. mendatangi kerbau kemudian bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau, apakah kamu senang dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?"
Si kerbau menjawab, "Masya-Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku seekor kerbau daripada aku dijadikan-Nya seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri." Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelelawar.
Kelelawar.
● Lalu Malaikat Jibril a.s. pergi menemui seekor kelelawar yang siangnya sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian, Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada kelelawar, "Hai kelelawar apakah kamu senang dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelelawar?"
Si kelelawar menjawab, "Masya-Allah, alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang menjadikan aku seekor kelelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya sahaja menggunakan perutnya."
Apabila mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Cacing.
● Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada cacing, "Wahai cacing kecil, apakah kamu senang dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing?"
Si cacing menjawab, "Masya-Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yg menjadikan aku sebagai seekor cacing daripda dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh, ketika mereka mati akan diseksa selama-lamanya.
Pengajaran cerita.
→ Sebagai seorang manusia kita sewajarnya memperbanyakkan amalan kebajikan sebagai bekalan di akhirat.
→ Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Allah tidak ada kehidupan yang kekal melainkan kehidupan akhirat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
→ Umat Islam disaran agar mempernanyakkan amalan kebajikan semasa hidup di dunia untuk mencapai kehidupan yanh bahagia di akhirat.
→ Mengingati akhirat iaitu dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh adalah lebih baik daripada mementingkan kehidupan semata-mata kerana kehidupan akhirat adalah kekal.
Wallahu'alam.

#repost

Sunday, 16 March 2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (THI) - 12 Jdl. Awal 1435H
Tawakkal

‘Tawakal’ (توكُل‎) berasal dari perkataan Arab ‘Wakalah’ yang bererti memilih wakil, mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain.

Menurut Abu Zakaria Ansari, ‘Tawakal’ ialah “Keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain.” Sifat sedemikian berlaku selepas timbulnya rasa percaya kepada orang yang diserahkan urusan tadi. Maksudnya, dia mesti mempunyai sifat amanah (dipercayai) terhadap apa yang diamanahkan dan dia boleh memberikan rasa tenang dan selamat terhadap orang yang memberikan amanah tersebut.

Imam al-Ghazali pula merumuskan definisi ‘Tawakal’ sebagai, “Tawakal ialah menyandarkan kepada Allah سبحانه و تعالى tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.”

PENCERAHAN :
Dalam meletakkan sandaran dan perwakilan sebagai kepercayaan sepenuh hati bagi sesuatu urusan, pastinya diperlukan wakil yang diyakini dan diketahui kredibilitinya dan melengkapi empat sifat, iaitu :

1) Muntahal-Hidayah (kepercayaannya dan diyakini kebenaran),
2) Muntahal-Quwwah (paling kuat atau mempunyai kemampuan),
3) Muntahal-Fashahah (paling lancar dan cukup berpengetahuan),
4) Muntahas-Syafaqah (diyakini paling perihatin dan kasih sayang).

Tiada makhluk yang diciptakan-Nya berupaya memenuhi semua 4 sifat di atas untuk disandarkan kepercayaan. Semua sifat dan kateria di atas hanyalah ada pada Allah SWT sahaja.

Allah berfirman dalam ayat yang dikenali sebagai 'Ayat 1000 Dinar';
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (QS: A th- Thalaaq ayat 2 - 3)

Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Almarhum Syeikh Yathi Fakan, ada menyebutkan dalam bab ‘Saya Mestilah Muslim dari Sudut Akidah’:
Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah.

Sifat ini menepati seruan Allah S.W.T:
"...Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya..." (QS: Ath-Talaq ayat 3)

‘Kenallah Allah Pada Masa Lapang’ dalam buku Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya) pula menyatakan Rasulullah meneruskan pengajaran kepada Ibnu Abbas ra, iaitu:
"Peliharalah Allah nescaya engkau dapati-Nya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah di kala engkau sedang mengalami perkara yang sukar."

KESIMPULAN :
Hati ini mengajak diri untuk bertawakal, berserah diri kepada Allah. Semoga segala usaha dan doa yang telah dipanjatkan kepadaNya dimakbulkan dan dikurniakan keputusan yang diharapkan.

Cuma harus diingatkan usaha yang dilakukan sebelum bertawakkal itu adalah usaha yang bersesuaian, munasabah dan tidak bertentangan dengan syarak. Contoh, mencari barang yang hilang hendaklah dicari dengan bersungguh-sungguh bukan dengan duduk atas tikar, buat aksi dayung guna tongkat, angkat raga dan dua biji buah kelapa ! Sebab nanti yang yang dicari belum tentu dapat yang confirmed hilang ialah akidah dan maruah...
Wallahu a'lam - Doakan isytiqamah Ust Kay.

Sunday, 9 March 2014

Breaking news about MH370

MH370...

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia

#repost

Sunday, 2 March 2014

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at..