Sunday, 24 September 2017

-APA ITU BERKAT-

Al kisah suatu ketika Syaikh Ibrahim bin Adham RA. pernah terlibat dialog dengan salah seorang kafir zindiq(orang yang menolak perkara penting dalam agama) yang tidak percaya akan kewujudan berkat...

Si Zindiq itu berkata , bahwa "Yang namanya berkat itu jelas tidak ada (hanya sekadar mitos)".
Mendengar itu Syaikh Ibrahim lantas menanggapi pernyataannya ;

Syeikh Ibrahim bertanya kepada dia : Pernahkah kau melihat anjing dan kambing...?
Zindiq menjawab : Ya tentu...aku sering melihatnya

Lalu Syeikh Ibrahim bertanya lagi kepadanya : Menurutmu mana di antara keduanya yang lebih banyak membiak dalam melahirkan anak-anaknya..?

Dan si Zindiq menjawab : Pastinya anjing, kerana anjing boleh melahirkan sampai dengan 7 anak anjing sekaligus...
Sedangkan kambing hanya mampu melahirkan setidaknya hanya 3 anak kambing saja.

Kemudian bertanya lagi Syeikh Ibrahim : Cobalah kau perhatikan lagi di sekelilingmu, manakah yang lebih banyak populasinya antara anjing dan kambing...?

Si Zindiq menjawabnya : Aku lihat kambing jauh lebih banyak , bahkan jumlahnya lebih banyak dibandingkan anjing...

Syeikh Ibrahim berkata : Bukankah kambing itu sering disembelih...? Ada yang untuk keperluan hidangan jamuan tamu, sembelihan korban Idul Adha, acara aqiqah, atau jualan istimewa dan hajat lainnya? Namun ajaibnya spesies kambing tidak kunjung pupus dan bahkan jumlahnya justru nampak banyak melebihi anjing...

Dan berkata si zindiq : Iya, iya, betul sekali

Dan berkat lagi Syeikh Ibrahim : Maka begitulah gambaran KEBERKATAN...

Si Zindiq menjawab : Jika tamsilnya begitu, lalu apakah sebabnya kambing yang mendapat berkat, bukan anjing...?

Syaikh Ibrahim menjawabnya lagi dan kemudian menutup dialog itu dengan jawabannya yang cukup menyentap si Zindik ;

‎لأن الأغنام تنوم أول الليل و تصحى قبل الفجر فتدرك وقت الرحمة فتنزل عليها البركة. وأما الكلاب تنبح طول الليل فإذا دَنا وقت الفجر هجست ونامت ويفوت عليها وقت الرحمة فتنزع منها البركة

Kerana kambing lebih memilih tidur awal pada waktu malam tetapi ia selalu bangun sebelum datang waktu fajar maka di saat itulah ia mendapati waktu yang penuh dengan rahmat'Nya, sehingga akhirnya turunlah keberkatan kepadanya.

Berbeza halnya dengan anjing yang ia sibuk menyalak sepanjang malam tetapi ketika di saat menjelang waktu fajar ia malah pergi tidur sampai melepaskan saat-saat turunnya cucuran rahmat'Nya dan ia pun tidak mendapat keberkatan.

Sayyidina Sakhr pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, berkatilah umatku pada masa pagi mereka.” Rasulullah saw " (Tirmizi, Abu Daud)

Sunday, 17 September 2017

Kisah Cinta Aktivis Dakwah

Muslimah ini tak kuasa menyembunyikan rasa bahagia di hati ketika seorang lelaki aktivis datang meminangnya. Dengan menunduk teduh, keduanya berdoa agar mahligai cinta itu sampai ke pelaminan yang suci dan diberkahi.

Sayangnya, bahagia itu tak bertahan lama. Si lelaki yang soleh ini harus mendekam di dalam jeriji besi setelah diceduk oleh rejim zalim negaranya. Lelaki soleh itu, dituduh sebagai sebahagian daripada pemberontak hanya kerana aktif sebagai da’i dalam wadah Ikhwanul Muslimin.

Tak kenal ampun, rejim zalim itu mendekamkan si lelaki di sebuah penjara di kota Qana. Jauh dari Kaherah.

Namun, si akhwat yang sudah dilamar itu tak pernah menyurutkan cintanya. Dia menyusul ke Qana dari Kaherah dengan kenderaan apa pun yang boleh dia tempuh. Atas nama cinta.

Sesampainya di Qana, setelah tertahan beberapa waktu yang bukan sekejap, si Muslimah nan teguh tekadnya ini diberi izin untuk menemui lelaki ang telah meminangnya. Akhirnya…

Si laki-laki nan gagah iman itu, lalu bertutur dengan penuh kesedaran hati. Meski semua tahu, perasaan cintanya hancur lebur, andai tiada iman di dada.

“Aku batalkan pinanganku. Menikahkah dengan ikhwan lain.” tutur lelaki itu. Lirih. Terselip pedih.

Begitulah cinta sejati. Selayak itulah cinta atas nama iman. Sedemikian itulah kasih yang suci, dan sejati.

Ia tak pernah mengekang. Ia mustahil memaksa. Ia tak mungkin melanggar syariat. Meski perasaan tercabik, iman tetap harus di atas cinta. Apa pun alasannya.

Akan tetapi, si Muslimah yang menemukan keteladanan dan jiwa kepemimpinan di dalam diri lelaki yang meminangnya ini tak menggubris. Dia bersikukuh. Dia tetap dalam pendiriannya. Meski menanti tak tentu waktu menjadi satu-satunya pilihan setelah istiqamah dalam iman.

Ya. Muslimah itu menunggu lelaki calon imamnya. Bukan waktu yang sebentar. Wanita itu, lelaki itu, menunggu selama sembilan belas (19) tahun alias 228 bulan.

Si lelaki pejuang bernama Kamal As-Sananiri itu ditangkap pada tahun 1954 dan baru dibebaskan pada tahun 1973. Pada tahun pembebasan itu pula, As-Sananiri lekas menikahi Aminah binti Quthb Ibrahim. Saat dinikahi, wanita pejuang yang merupakan adik kandung Sayyiq Quthb ini sudah berumur lebih dari 50 tahun.

Meski cinta halal nan suci keduanya tak lama, kerana As-Sananiri kembali ditangkap oleh rejim zalim Mesir pada tahun 1981 dan ruhnya menghadap Allah Ta’ala di tahun yang sama, kisah cinta keduanya abadi dalam tinta emas sejarah.

Dan nafas cinta itu tetap harum, justeru setelah As-Sananiri menghadap Allah Ta’ala pada 8 November 1981, insya Allah sebagai syuhada’. Sedangkan Aminah binti Quthb Ibrahim akan terus dikenal oleh umat Islam sebagai wanita pemberani dan pejuang yang produktif menuliskan karya.

Oleh: Pirman Bahagia

Sunday, 3 September 2017

Xkt C. Pah:
*DOA ARAFAH*

_Assalamu'alaikum_:
Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba.

Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, In Syaa Allah:

*01*. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

*02*. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

*03*. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

*04*. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

*05*. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

*06*. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

*07*. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

*08*. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan Rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi RahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

*09*. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

*10*. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

*11*. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

*12*. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keEsaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

*13*. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu SAW.

*14*. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

*15*. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

*16*. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

*17*. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

*18*. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

*19*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

*20*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

*21*. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

*22*. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

*23*. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

*24*. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

*25*. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

*26*. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

*27*. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

*28*. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

*29*. Ya Allah ampuni dan berilah Rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

*30*. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

*31*. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.