Sunday, 30 June 2013

Luahkan hati 3.0

Bismillahirrahmanirrahim.

'Ada orang nampak hina di mata manusia,tapi amat mulia di sisiNya.

Dan Ada orang yang nampak bergaya di mata manusia, tetapi sebenarnya busuk dan buruk di sisiNya'

( quote dari inche gabbana )


Tersentak.
Agak2, kita ni dalam kategori mana?

Aku malu dengan diri aku. Entah berape kali aku ulang ayat ni, aku pun malas nak kira. Aku malu dengan kondisi iman dan aqidah aku. Hanya Allah, Tuhan Sekalian Alam, Maha Mengetahui je tau betapa hati aku ni Sudah dijangkiti penyakit serius.


Sungguh. Aku nak berubah. Niat itu Ada. Tapi kudrat iman dan aqidah aku seperti belum cukup kuat untuk itu. Tolong! Bantulah aku. Sungguh, aku perlukan bantuan manusia sebagai pengantara untuk aku kembali ke jalan yang benar. Aku tak nak kena azabNya!


Aku pinta doa kalian, sesiapa yang baca blog/post ni, doakanlah aku.


Doakanlah aku supaya dibekalkan iman dan aqidah yang mantap, supaya Allah meredhai diriku, supaya hati aku disucikan dengan hidayahNya, supaya aku dapat bertaubat nasuha kepada Allah swt dengan sebenar2 taubat, supaya aku dapat lawan hasutan syaitonirojim, dan semoga Allah swt melihat ku dengan pandangan kasih sayang dan rahmatNya.


Aku ni hina, aku sepatutnya tak layak hidup di bumi Dia.


Terima kasih kerana mendoakan aku. Jazakallahu khair.

post signature

Sunday, 23 June 2013

Sunday, 16 June 2013

luahan hati 2.0

assalamualaikum wbt.

susahnya nak jaga mata.
susahnya nak kawal nafsu.
sukar lagi nak maintain iman.


 I, like other teenagers, have my own crush. same school jadi senang jugak nak jumpa. yang tak boleh tahannya selalu sangat bertentang mata. pastu bila dah bertentang mata, haa mulalah syeiton buat kerja dia nak cucuk2 feeling aku. daripada rasa biasa je terus rasa macam seghonok (tangan ke bahu,mata ke atas) sikit. Arghh benci~!


'muslimah solehah tidak memandang dan tidak dipandang'


selalu sangat aku ingatkan diri aku kata mutiara ni. kadang2 bila iman kuat boleh ikut lah, tapi kalau iman down alahai~

aku cuba. ya aku cuba untuk lupakan mainan syeitonirojim tu. tapi kadang2 terasa maksiat tu sangat lazat sampai tak dapat nak tinggalkan 'kemanisan' tu. eyyy benci!


aku cuba. ya aku cuba untuk maintainkan peningkatan iman aku. please make du'a for me. I'm quiet lost right now T_T

assalamualaikum wbt
post signature

Sunday, 9 June 2013

assalamaualaikum wbt

there were so many things happened this week that involves my iman. but now, i just don't know what to write. most of them are unfortunately yanqusss T_T like seriously, how can i maintain my iman ?
aku malu.

selalu aku tengok, orang yang tak tutup aurat dengan sempurna tu lagi bagus iman dia dari aku. orang kafir yang tak tahu apa apa pasal islam, tapi akhlak dia mencerminkan budaya islam lebih daripada aku. aku malu sangat.

i make sins a lot. repeatedly. tobat tak nak buat dah, tup tap tup tap masuk gaung dosa yang sama lagi. over and over again. aku terfikir, sampai bila aku nak teruskan 'cycle' ni lagi? kata dah taubat, tapi kenapa buat lagi?
selalu aku cari punca kenapa aku lakukan kembali dosa tu. setiap kali jumpa jawapan, rasa macam tu bukan jawapan yang sebenar. sebab jawapan tu belum cukup kuat untuk menghalang aku berbuat dosa yang sama kembali.


aku ni hina. hati aku diselaputi dosa!

tapi aku tanam dalam hati aku, sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Hidayah, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Lemah Lembut, Allah itu Maha Mengasihani. jadi aku sangat3 mengharapkan rahmat Allah supaya tunjukkan dan kekalkan aku ke jalan yang benar. fi siratul mustaqim.

aku jugak selalu ingatkan diri aku, azab Allah itu maha keras, maha pedih, maha binasa! kalau mati dalam keadaan kufur, nerakalah jawabnya! hidayah itu bukan tiba2! kita kena berusaha untuk kekalkan iman!


but somehow, these things i keep telling myself, just don't work.



aku malu dengan keadaan imanku..
aku malu nak mengaku aku ni insan yang sangat2 teramatlah berdosa kepada Allah swt..

assalamualaikum wbt



aku jugak selalu ingatkan diri aku, bahawasanya azab Al
post signature

Saturday, 1 June 2013

review

assalamaualaikum wbt.

hari ni nak review benda ni :D



this book is veeeery entertaining untuk sesiapa yang ada short masa lapang, and then dia nak isi masa tu dengan benda berfaedah. contoh masa tengah beratur ke, dalam train ke, jam teruk sangat ke (lol) etc.

isi dia tak berat, cuma cakap pasal hadis yang ringan je. yang bestnya, ada ilustrasi/kartun yang terselit lawak sarkastik dekat sebelah page hadis yang basically describe apa yang hadis tu cuba sampaikan.

harga rm17 onleyyyyyyyy ya know?
come on..just buy it!


K assalamualaikum :)

post signature