Sunday, 30 June 2013

Luahkan hati 3.0

Bismillahirrahmanirrahim.

'Ada orang nampak hina di mata manusia,tapi amat mulia di sisiNya.

Dan Ada orang yang nampak bergaya di mata manusia, tetapi sebenarnya busuk dan buruk di sisiNya'

( quote dari inche gabbana )


Tersentak.
Agak2, kita ni dalam kategori mana?

Aku malu dengan diri aku. Entah berape kali aku ulang ayat ni, aku pun malas nak kira. Aku malu dengan kondisi iman dan aqidah aku. Hanya Allah, Tuhan Sekalian Alam, Maha Mengetahui je tau betapa hati aku ni Sudah dijangkiti penyakit serius.


Sungguh. Aku nak berubah. Niat itu Ada. Tapi kudrat iman dan aqidah aku seperti belum cukup kuat untuk itu. Tolong! Bantulah aku. Sungguh, aku perlukan bantuan manusia sebagai pengantara untuk aku kembali ke jalan yang benar. Aku tak nak kena azabNya!


Aku pinta doa kalian, sesiapa yang baca blog/post ni, doakanlah aku.


Doakanlah aku supaya dibekalkan iman dan aqidah yang mantap, supaya Allah meredhai diriku, supaya hati aku disucikan dengan hidayahNya, supaya aku dapat bertaubat nasuha kepada Allah swt dengan sebenar2 taubat, supaya aku dapat lawan hasutan syaitonirojim, dan semoga Allah swt melihat ku dengan pandangan kasih sayang dan rahmatNya.


Aku ni hina, aku sepatutnya tak layak hidup di bumi Dia.


Terima kasih kerana mendoakan aku. Jazakallahu khair.

post signature

No comments:

Post a Comment