Sunday, 31 March 2013

waswas

assalamualaikum wbt

sifat ragu2 itu, datang daripada syaitan.

especially dalam ibadah, mesti ada je benda yang rasa was was. rakaat ke berapa lah, mandi wajib sah ke tak, dah boleh solat ke tak.

semua tu syaitonirrajim punya kerja lah tu!

a'udzubillahi minas syaitanirrajim....

pernah dengar, kalau was was dalam sesuatu perkara, baca surah an nas. sebab?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)


Surah An-Nas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)



surah an nas ada mention pasal penyakit was was, hasutan semua ni. tak percaya, tu ha atas tu dah di bold kan perkataan waswas yang secaranya aslinya bahasa arab dan translate melayu pun bunyi sama. Allah swt memang dah sebut dalam al-quran pasal penyakit ragu2 ni. so, insyaAllah boleh diamalkan dikala dalam keraguan. Wallahu'alam. mohon rujuk pakar ilmu agama untuk pengetahuan yang lebih jelas. yang penting, kita kena yakin!

http://uripsantoso.wordpress.com/2012/08/03/mengatasi-waswas-dalam-kehidupan-sehari-hari/  (link ni memang cerita lengkap pasal waswas)

http://ustazlove.com/blog/2011/12/soal-jawab-penyakit-was-was-yang-kronik/#axzz2P7VLm66y

http://manzcaldin.blogspot.com/2011/03/penyakit-was-wasragu-ragu-dalam-islam.html

http://alhafiz.net/soaljawabagama/assalamualaikum-tuan-puan-saya-berumur-18-tahun-ingin-bertanya-tentang-was-was-dalam-solat-saya-sentiasa-was-was-atau-ragu2-seperti-saya-takut-terkeluar-air-mani-terkentut-pkran-sangka-buruk-baha/


link2 di atas ada membincangkan tentang bab ini. mohon baca link2 tersebut untuk luaskan ilmu pengetahuan kita.


assalamuaalaikum wbt :)

post signature

Sunday, 24 March 2013

....

assalamualaikum wbt

kenapa manusia mesti procrastinate?

kenapa manusia ni pelupa?

kenapa manusia selalu buat same mistakes all over again?

kenapa manusia ni alpa?


jawapan dia semua ada dalam al-quran.


permasalahannya, kita ambil pengajaran ke daripada apa yang kita baca?

kita amalkan ke apa yang kita faham?










renung2kanlah....


assalamualaikum wbt
post signature

Sunday, 17 March 2013

doa penerang hati

assalamualaikum wbt






 رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى (٢٨


Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku; (28)
 (taha   : 25-28)

doakan aku untuk pertandingan debat esok :)


assalamualaikum wbt

Sunday, 10 March 2013

kecelaruan emosi

assalamualaikum wbt



ehem ehem. tengah cari mood nih.

bismillah.

hari ni nak cerita benda personal. tentang diri aku sendiri.



kadang2, aku benci betul la dengan diri sendiri. asyik2 buat same mistakes all over again.
niat nak berubah, tapi? heh.


manusia ni memang alpa, mudah lupa.


aku teringin jugak nak berada dalam bulatan gembira (usrah), saling ingat mengingati kerana Allah. berada dalam tarbiyah islamiah sentiasa. tapi...

mana nak cari?

aku sekolah dekat sekolah biasa. sosial. susah nak cari stok beragama .

sampai kadang2 aku pun jadi hanyut, terjerumus dengan arus situasi ni.

ataupun sebenarnya memang ada pelajar yang benar2 beriman, atau yang berhajat seperti aku ? cuma aku yang tak sedar?cukup luaskah pemandangan dan penilaian aku terhadap pelajar2 sekolah aku? ataupun aku terlalu sombong? terus membuat penilaian tanpa melihat sekeliling?

Ramai. aku dah lali bila orang cakap aku ni sombong. even kawan rapat aku pun kata camtu bila mula2 kenal aku. tapi, aku tak suka dengar benda tu.

But then, apa tindakan aku?

apa yang aku lakukan untuk tunjukkan kepada semua yang aku tidak sombong?
aku ada lakukan sesuatu ke?

TAK! aku tak lakukan apa2!

aku benci diri aku, yang nak berubah, tapi tak usaha ke arah tu!

aku benci  diri aku, no, aku benci sifat aku yang nak orang ubah persepsi tentang aku, yet aku tak buat apa2 untuk itu! arghhhhhhh *serabut*




*tarik nafas gaya pak anjang*


ekceli, aku tidaklah sombong mana. once orang tu dah cakap banyak sikit dengan aku, baru dia tau betapa banyak berkata2 betul aku ni. mulut kadang2 takde butang off.

kebanyakan orang luar sana judge aku based on facial expression. aku tak tau lah, tapi kalau masa aku tengah  blank pun, riak muka aku seakan tengah marah. tegas. sombong.
 Ini fakta. terbukti bila aku tengok diri sendiri kat cermin.

i should smile moreeeeeeee.. lagipun sunnah kot!

woii susah sangat ke nak senyum?!! *marah diri sendiri*



nampak tak kecelaruan pemikiran yang rumit tahap aiskrim potong ni?


aku nak berubah. tapi.......




btw, ada satu teka teki.


benda apa yang ringan di lidah, tapi berat di timbangan amal kebaikan kat akhirat?


jawapannya...(jangan terkezut sebab ini benar)








kalimah " Subhanallahu wa bi hamdihi, subhanallahil azim ". 
( Maha Suci Allah,dan segala puja dan puji untukNya, Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Agung)
* tau daripada ceramah ust. khuzairi *
haaa awesome kan? moh amalkan!

assalamualaikum wbt

post signature

Sunday, 3 March 2013

spm......

assalamualaikum wbt

spm is approaching.


(google)

tup tap tup tap, sekarang dah masuk awal bulan tiga. dalam sembilan bulan lagi, aku nak kena perang spm dah. tu belum tolak cuti2 yang diberikan negaraku yang pemurah ni.

cepatnya masa berlalu, hanya Allah je yang tahu.




preparation aku? gulp.

kalau nak kira peratus tu, aku rasa baru pending 2%.

gulp.




Ya Allah, aku rasa kalau aku tak dapat straight a's sebab aku tak study awal2, memang ah weh. memang ah.
(google)

kalau sebab lain, contoh tengah sakit masa exam ke, dah study betul2 tapi still tak score ke, tu boleh lagi.
kalau aku memang betul2 dah usaha, tapi masih tak dapat, insyaAllah itu aku faham.
tapi kalau sebab tak study awal2, aku rasa aku akan frust.



frust dengan diri sendiri sebab aku sia2kan masa lapang aku, kat benda sia2!

macam yang aku tengah buat sekarang ni. procrastinate.


tolonglah kawan2, kepada sesiapa yang baca post ni, tolonglah doakan aku.

doakan aku untuk diberi semangat belajar sementara masa masih ada.
doakan aku untuk niat belajar kerana Allah.
doakan aku untuk redha dengan keputusan yang bakal aku terima nanti.

dan jangan lupa doakan kawan2 seperjuangan yang lain. mungkin kebanyakan mereka sama situasinya macam aku!


insyaAllah, aku juga sedang dalam usaha melawan sifat kemalasan yang merajai diri kala ini.


yosh! yosh! spm fighting!

assalamualaikum wbt.
post signature