Sunday, 28 April 2013

past is meant to be past.

assalamualaikum wbt





pernah tak, korang alami pengalaman yang saaaangat menyeronokkan lepastu masih teringat2, masih terbawa2 walaupun dah lama benda tu berlalu? korang fikir macam;

" alangkah indahnya kalau masa dapat diputar kembali..."

"arghhh bosannya hidup ni! kan best kalau hidup pengalaman aku tu terjadi berulang2 kali.."



and then korang rasa sedih... rasa macam malas nak move on sebab pengalaman tu dah tak berlaku. dah lepas.


pernah tak?
HAVE YOU EVER?



well that's currently happening to me right now. tak dapat nak lupakan benda yang dah lepas.

setiap kali terfikir pasal peristiwa tu, rasa hiba.


benda tu dah berlalu.


aku dah takkan lalui peristiwa tu lagi dah.


pesimis tak aku? lol. but it's fact.




sampailah aku terjumpa quote ni.

' THERE ARE FAR BETTER THINGS AHEAD THAN ANY WE LEFT BEHIND'

terbaca quote ni yang dipost oleh kawan instagram ku.


masa tu, hati aku terdetik.

betul jugak. betul jugak apa yang dikata tu.

mungkin pengalaman yang aku lalui tu the best among pengalaman lalu yang lain but that doesn't mean yang aku takkan dapat lagi pengalaman yang best atau lagi best daripada pengalaman lalu aku yang aku rasa terbaik tu.te

lol berbelit jari menaip.

faham kan?


kesimpulannya, think positive. think future. husnuzon.

ingat, Allah akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

kuatkan iman kita.
post signature
wallahualam.
assalamualaikum wbt.


Sunday, 14 April 2013

kosong.

assalamualaikum wbt.


kita hidup ni, untuk apa eh?

untuk berhibur?

untuk berjaya dalam spm semata2?

untuk dapat kerja stabil semata2?

untuk hidup mewah semata2?

untuk bahagia selama2nya tanpa ada sebarang dugaan atau cabaran semata2?



(klik untuk zoom. credit to owner)



" sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah, tuhan sekalian alam "



setiap hari, mesti kita ada baca doa iftitah ni. tapi, kita kurang ambil berat tentang terjemahannya.



inilah tujuan hidup kita.

inilah tujuan hidup aku. sepatutnya.

hanya semata2 kerana Allah swt.


aku... dah jauh...


post signature

Sunday, 7 April 2013

review, proud, blessed

assalamualaikum wbt.


BelogkakMaghiaa

whoaa! kak maria talks about religion! respecto! :)
actually,the main thing yang nak diceghitakan haghi ni adalah review aku terhadap post terbaru kak mariaaa.

well, she kinda open my eyes.
what she highlighted about saying anything that shows how grateful you are to be a muslim other than saying that you are PROUD to be a muslim. pahe dok ni?

proud- bangga.
blessed/grateful/thankful- bersyukur

its two different words, guys. note it.from what i understood, she said yang bila kita cakap yang kita ni bangga menjadi muslim, terasa seperti ada unsur riyak. tapi kalau kita cakap i'm blessed to be a muslim, rasa macam... alhamdulillah, bersyukur sangat jadi muslim! :D


but then, betul ke bila kita cakap kita bangga jadi muslim, itu salah?
no, i don't think so.

ok. mari kita tafsirkan riya'. what is riya' actually?

tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

so i guess terms riya' ni tak ada relation pun dengan saying that kita bangga jadi muslim. ye dok?

let's go to ujub pulak.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

yang ni macam related jugak. contoh macam 'woahh hebat gila aku ni muslim kott. bangga2.' so maybe this is the point yang kak maria cuba sampaikan.kannnnn??

but, what if, what if la kan kalau kita bangga dengan ikhlas untuk menjadi muslim. contoh;
'alhamdullilah, aku sangat bersyukur dan berbangga Allah telah memilih aku menjadi seorang muslim. alhamdulillah...' 
tanpa ada niat pun nak rasa riya or ujub? tapi ayat tu still bunyi pelik eh.
 Wallahualam. biarlah Allah yang menilai kita. tugas kita cuma ikhlas dalam menunaikan amalan untukNya. 

k. aku pun alami kecelaruan minda masa tengah menulis nih. aiyoo fenin2..


oklah, yang penting kita cuba terapkan sifat ikhlas dalam setiap ibadah yang kita lakukan :)
please refer to anyone yang lagi arif dalam bab ni, sebab mungkin aku yang jahil lagi khilaf ni tersalah  beri takrifan. asif jiddan!

assalamualaikum wbt.

rujukan:
http://muslimahberduri.blogspot.com/2011/11/riak-dan-sumah-serta-takbur.html
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9010.0
http://mikaelmuallaf.blogspot.com/2012/02/takbur-ujub-riak.html

post signature