Sunday, 29 November 2015

💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭

❤️KISAH BENAR (ANAK SYURGA)❤️

🌹Santapan rohani di mlm yg damai ini.....

Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pi hak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.

"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.

Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.

Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!

Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.

Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.

Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.

"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.

"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya"
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"

bisik ustaz ke telinganya
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!"
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.

"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?"
Tanya ustaz mengakhir bicara.

Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.

Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam   hatinya sendiri.

Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.

Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa pun sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.

Oleh : Ust Zul Ramli M Razali

Saturday, 21 November 2015

hukum wanita haid duduk dalam masjid :)
بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Ibnu Batoota Owsem:

Setelah 2,3 hari aku ulang ulang kaji dan muzakarah pasal haid dan masjid dengan syaikhul hadis disini,maka disimpulkan disini bahawa secara ijmak soreh(sepakat yang kuat) bahawa:

-wanita yang haid itu haram secara mutlak untuk duduk,lepak2,dalam ruang solat masjid.

-kat koridor,kaki lima dibenarkan,sebab ia dikira luar masjid,melainkan tanah yang diwakafkan untuk niat ruang solat masjid tu diorang buat koridor,maka koridor tu pun dikira masjid dan haram duduk kat situ,tapi kebiasaannya,tanah wakaf masjid hanya dijadikan ruang solat dan ditutup dengan dinding(bangunan masjid),maka koridornya tidak termasuk masjid,so kalau nak dengar ceramah,lepak la kat koridor,atau bilik asing macam bilik untuk kelas fardhu ain,tempat wudu,dapur,dewan dan lain2 asalkan bukan ruang solat masjid yang utama.

-surau dan musollah bukan masjid jadi harus berada dalamnya,tapi lebih baik hindarkan sebab ia tempat suci yang khusus digunakan utk solat,wajib hormati benda suci dalam islam.

-Harus untuk lalu dalam masjid dengan syarat tidak khuatir darah menitis dalam masjid.(perkara ni yang ramai salah faham,diorang fikir zaman dulu haram masuk masjid sebab tak de pad yang baik untuk tahan darah dari menitis dan kononnya sekarang dah ada macam2 pad ini,pad itu,i-pad pun ada,maka kononnya tak haram masuk masjid sebab tak menitis darahnya,ini satu bentuk kejahilan murokkab,sebab wanita haid haram masuk masjid bukan sebab takut menitis,tapi sebab diri mereka sendiri tu yang kotor dan berhadas besar,sama macam haram sentuh quran kalau kita berhadas kecil sebab quran lebih mulia dari masjid,jadi bukan perempuan haid je haram masuk masjid,orang berjunub,laki yang keluar mani dan belum mandi wajib pun haram masuk masjid juga sebab mereka semua BERHADAS BESAR,ayuh mari keluar dari KEJAHILAN!).

Dalilnya:

Quran:

"Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan (jangan dekati masjid) dalam keadaan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi wajib."

(Suran an-Nisa: ayat 43).

Ayat ini muhakamat,bukan mutasyabihat,jadi perintahnya itu solid,tiada khilaf dan tidak boleh timbulkan khilaf,jelas terang dan bersuluh bahawa seseorang yang BERHADAS BESAR haram untuk masuk masjid kecuali LALU sahaja.

Aku check sababun nuzul kitab imam suyuti ayat ni merujuk kepada beberapa sahabat ansar yang pintu rumah mereka di sebalik masjid dan terpaksa masuk masjid untuk masuk ke rumah mereka,so di kalangan mereka ada yang berhadas besar dan takut nak keluar sebab masjid tempat suci,nak mandi wajib,air pulak tak da dalam rumah,jadi allah benarkan mereka lalu dalam masjid untuk pergi amek air untuk mandi wajib.

Dalam tafsir ibn kathir lak dia tulis ayat ni untuk orang junub(keadaan selepas berjimak),tapi orang haid dan nifas juga termasuk sebab sama2 berhadas besar.

Dalam tafsir tanwirul miqbas iaitu tafsir sepupu nabi yang bernama ibn abbas r.a pulak cakap "tempat solat" yang dimaksudkan dalam ayat quran tu memang masjid jadi jangan dekati kalau berhadas besar.

Dalil hadis:

Dalam kitab iqna' dan tahzib(fiqh mazhab syafie) ada diorang bagi hadis riwayat abu daud,dari aisyah yang nabi bersabda " TIDAK HALAL bagi orang berjunub dan wanita haid untuk masuk ke masjid."

Pastu ada lagi hadis sahih riwayat imam muslim yang nabi mintak aisyah r.ha ambil kan sejadah dari masjid(rumah aisyah dan masjid nabawi bekembar).

Tapi aisyah jawab, "inni haaidh" yakni sesungguhnya aku sedang haid..jadi ibunda tercinta kita telah faham hukum bahawa haram masuk masjid kalau haid,sebab tu dia cakap camtu,tapi nabi jawab lebih kurang: "perkara haid tu bukan di tangan(kawalan) kamu" ,ulama hadis tafsirkan ini sebagai nabi suruh pergi amek juga sejadah dalam masjid sebab wanita haid harus lalu dalam masjid(dalil dari ayat quran tadi),bukannya nabi suruh dia pergi duduk dalam masjid lepak2.

Aku lihat pula dalam kitab2 imam yang 4,nak cerita panjang susah,aku buat kesimpulannya iaitu:

1. Imam Hanafi dan ribuan ulamany
a: HARAM masuk masjid kecuali dalam keadaan darurat e.g: tiada air utk mandi.

2. Imam Maliki dan ribuan ulamanya: Org yg junub TIDAK BOLEH masuk, samada berhenti atau lalu saja (masuk dr satu pintu dan keluar dr pintu yg lain). Ada pengecualian bagi yg dalam darurat seperti takut binatang buas, atau orang jahat , dan org yg rumahnya di dalam masjid- dgn syarat hendaklah bertayammum dahulu sbl masuk jika mahu stay lama utk sembunyi,tapi kalau nak lalu je tak perlu,tapi kalau darurat sangat dan tak sempat wudu,boleh terus sembunyi dalam masjid.

3. Imam Syafie: Orang yg junub atau haid BOLEH masuk ke dalam masjid, sekadar LALU. Syaratnya, tidak boleh berhenti atau berpatah balik, dan tidak boleh sampai mengotorkan masjid.

4. Imam Hambali: Orang yg junub atau haidz BOLEH sekadar LALU di dalam masjid, bahkan boleh berpatah balik (dgn syarat tidak mengotorkan), TETAPI TIDAK BOLEH BERHENTI di dalam masjid.

Soalan: tapi ustaz saya cakap boleh masuk dalam masjid lepak dengar ceramah!!!sebab nak menuntut ilmu..guane ustad???

Jawapan: samada yusuf qardawi,dr.maza,tok guru nik aziz,ulama umno,ulama pas,ulama tabligh,ulama sufi atau sapa saja yang cuba pandai2 buat fatwa baru yang khilaf dengan ayat quran dan hadis yang qat'ie serta ijmak yang soreh,maka pendapat mereka tertolak setolak2nya sebab:

1)Mereka ustaz biasa dan bukan mujtahid seperti 4 imam mazhab,dan untuk layak jadi mujtahid imam ahmad rah cakap kena hafal PALING KURANG 400 000 hadis sohih berserta sanadnya kepada nabi,itu minimum dalam bidang hadis SAHAJA,belum lagi puluhan cabang ilmu yang lain seperti usul quran,usul fiqh,ifta,balaghah,mantik,nahu,sorof,bayan dan lain2.Jadi ulama2 zaman sekarang walaupun mereka diagungkan media dan ada ribuan pengikut,tapi hakikatnya mereka bukan mujtahid dan TIDAK LAYAK MENGUTARAKAN KHILAF TERHADAP PERKARA INI.

2)Ijmak soreh dalam 4 mazhab ni sangat kuat,bayangkan dalam mazhab syafie je ada ribu2 ulama,campur lagi 3 mazhab,maka ada ratusan ribu ulama yang bersepakat,dan mereka bukan ulama biasa,tiba2 ada ustad kat universiti yang baca kitab arab tak de baris pun merangkak2 nak khilaf dengan mereka dengan menghalalkan orang haid masuk masjid,maka suruh ustad tu balik jaga anak je..lebih baik diam daripada menyesatkan umat.

MUKTAMAD ! ! !

---------------------------------------------------

Hukum Wanita Haid iktikaf di dalam masjid :-

-> Tetap dihukum HARAM ke atas perempuan yang kedatangan haid masuk ke dalam masjid walaupun dia berkeyakinan darahnya tidak akan menitis ke lantai masjid .

-Kita Furu al-Masa'il , m/s 189- -Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani-

---

-> Perempuan Haid duduk dalam masjid untuk belajar tetap haram kecuali surau@ tempat belajar agama jika dia yakin tidak akan mengotorkan tempat itu.

-Kitab Furu al-Masa'il- Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani

---

-> Wanita yang sedang haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid bukan sebab takut darah tumpah atau tidak tapi wanita itu tidak dibenarkan masuk disebabkan keadaan wanita itu sendiri (keadaan kotor) .

-Kuliah Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki-

---

-> Antara perkara-perkara yang diharamkan ketika haid dan nifas ialah Iktikaf (berhenti) di dalam masjid .

-Buku Indahnya Hidup Bersyariat , m/s 68- -Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab Hamid-

---

-> Perempuan yang haid haram masuk dan duduk di dalam masjid kecuali lalu sahaja . Jangan berhenti di dalam masjid .

-Kuliah Ustaz Azhar Idrus-

Note :: Ijmak Ulama' mengatakan HARAM . Ia adalah ijmak soreh dan bermakna ia ijmak yang tidak boleh kita khilaf

Sunday, 8 November 2015

SYARAT DOA MENJADI MAKBUL

Dikatakan kepada Ibrahim  bin Adham Salah Saorang Wali Allah..Oleh muridnya..Kenapa kami berdoa Kepada Allah namun doa kami tidak dikabulkan?  Padahal Allah Berfirman :

ادعوني أستجب لكم ؟

Berdo'alah kepadaku, niscaya akan kuperkenankan bagimu.

Ibrahim Bin Adham Menjawab : "Kerana hati kalian telah Mati.

Mereka bertanya lagi, apa gerangan yang telah membuat Hati kami mati? 

Ibrahim bin Adham menjawab : "Adalah di sebabkan oleh 8 perkara".

1. Kalian mengenal Allah,  namun kalian tidak mau menunaikan Hak-Nya.

2. Kalian membaca Al-qur'an, namun kalian Tidak mengamalkan nya.

3. Kalian mengaku cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, kemudian kalian Tinggalkan Sunnahnya.

4. Kalian mengaku Takut akan kematian namun kalian tidak mau bersiap diri menghadspinya.

5. Allah berfirman " Sesungguhnya Setan adalah musuh bagi kalian, Oleh itu jadikanlah ia sebagai Musuh"  Tapi kalian malah menyetujuinya dalam melakukan perberbuatan Maksiat.

6. Kalian mengaku Takut akan Api neraka, akan tetapi kalian malah mendorong badan kalian kedalam api neraka.

7. Kalian mengaku cinta Akan Surga namun kalian tidak beramal untuk mempersiapkannya.

8. Bangun tidur, kalian Lupa akan aib-aib kalian sendiri.  Namun sibuk dengan aib orang lain. Sehingga Tuhan kalian menjadi Murka. Bagaimana doa kalian bisa diperkenankan?

Lalu mereka berdoa:-

Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari siksaan neraka.

Ya Tuhan kami, kami telah menzhalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.

Wahai Rabb kami, sungguh kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, Engkau adalah pemberi rahmat yang terbaik. Dalam kebaikan, kelembutan dan keafiatan.
Aamiinn Ya Rabbal Alamin.

(Ihya Ulmuddin Imam al-Ghazali)

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sunday, 1 November 2015

Kita manusia, dan kita ada waktu muda dan bakal ada waktu tua.

Beruntunglah mereka yang waktu mudanya penuh dengan rasa cinta kepada Allah.

Cinta kepada Rabb-nya yang membuatkan getar jantung hatinya ketakutan untuk membuat dosa. Cinta kepada Sang Pencipta dirinya membuatkan iman dalam dadanya tidak redha dengan segala maksiat.

Beruntunglah anda jika begini waktu muda.

Namun, ada sahaja mereka yang ada buruk pada mudanya. Buruk itu subjektif, namun buruk itu bukannya seperti buruknya buah yang tidak terjaga namun buruk itu seburuk-buruknya kerana mengabaikan Allah sebagai Rabb, meninggikan ego dan lupa diri sebagai hamba maka hasilnya bergembira dalam maksiat, redha dengan dosa.

Bersedihlah jika ada waktu muda sebegini, istighfarlah. Berisitighfarlah.

Tahniah sejuta kali tahniah kepada anda jika anda ada jahiliah pada waktu muda anda seperti begitu... Tahniah dan biarlah Malaikat pencatat dosa dan Tuhan pengganjar pahala sahaja yang tahu betapa tingginya cinta Allah kepada mereka yang bertaubat setelah berdosa kepada-Nya.

Langit mungkin ada tujuh lapisan dan ketinggiannya tidak mampu digambarkan namun tingginya cinta Allah kepada hamba-Nya yang bertaubat jauh sama sekali jika ingin dibandingkan dengan tinggi langit itu, rendah tujuh lapisan itu jika ingin dibandingkan juga.

Biarlah muda muda dulu anda lupa Tuhan, anda abaikan Tuhan, anda redha dengan dosa. Muda itu jahiliah, dan jahiliah itu tidak lebih daripada sekadar sejarah.

Ingat, Allah tidak akan pernah sekalipun melihat sejarah jahiliah hamba-Nya yang telah angkat sumpah untuk memberi sepenuh cinta kepada-Nya.

Istighfarlah, jika anda yakin anda ada Tuhan yang maha pengampun.

Anda yakin atau tidak, tidak akan sama sekali mengubah realiti bahawa Allah itu maha pengasih juga maha penyayang maka jangan pernah berhenti mencinta Allah.

Untukmu pendosa, cinta dari-Nya selalu ada.

Aiman Banna
3.00am
130715

#Inspirasee #SebarPelangiInspirasi