Saturday, 22 September 2018

*SAH ke SOLAT ?????*
.
*Nak bagi tau .. sebelum SOLAT .. pastikan WUDHU' tu SAH .. terutama nya MUSLIMAT !!!!!*
.
*Hari ni pun masa amik WUDHU' .. ade perasan sorg MUSLIMAT ni .. dia pakai BEDAK .. bila amik WUDHU' .. dia x basuh dulu muka dia .. terus amik WUDHU' je .. lepas amik WUDHU' .. nampak sgt BEDAK masih ade kat muka dia.*
.
*USTAZ SALIM penah bagi tau masa kelas FIQH IBADAH semester lepas .. PEREMPUAN .. kene cakna sebab .. ini berkaitan IBADAH SOLAT kita.*
.
*AIR WUDHU' yg bercampur dgn BEDAK .. akan menjadi AIR MUSTA'MAL .. & AIR MUSTA'MAL tu x boleh buat WUDHU' .. jadi .. WUDHU' TAK SAH !!!!!*

*Sebab lain jugak .. bila x basuh muka dulu sebelum berWUDHU' .. yg pakai KRIM MUKA @ BEDAK .. air tu TAK SAMPAI ke KULIT MUKA sebab dah*
*TERTUTUP dgn lapisan krim @ bedak .. jadi .. ia TAK SAH.*
.
*JANGAN pandang ringan sayang² ku .. jangan dek kerana sayang nak cuci muka sebelum berWUDHU' .. sayang nak tanggalkan make up .. WUDHU' kita TAK SAH !!!!!*
*SOLAT kita TAK DI TERIMA !!!!!*
*Tu .. baru sehar*i ..
*Kalau seminggu ???*
*Sebulan ???*
*Setahun ???*
*Bertahun² pun kita x ubah .. x cakna .. x ke SIA² je* *SOLAT kita tu ?????*
.
*TOLONGlah sampaikn isu ni pada semua .. kalau bole VIRAL .. VIRALkanlah .. sebab saya yakin .. ramai MUSLIMAT yg kurang peka tentang isu ni.*

*FORWARD laa .. hari² kita tengok .. nampak benda yg sama .. betulkanlah apa yg tak betul .. mudah²an kita sama² beroleh manfaat nya inshaa ALLAH .. wallah hu 'alam.*

*Utk muslimin, ayah, abah, papa, dady, walid, abi dan... Suami, hubby, ingatlah, anda sume sleeping partner yg turut share saham dosa ank pmpuan @ istri kerna anda pemimpin mereka yg gagal mengajar ilmu fiqh pd tnggungn anda..*

*Dari group usrah*👆👆👆👆 Sebarkan lah kebaikan walau pun satu ayat..

Sunday, 9 September 2018

*JANGAN SUJUD MELAINKAN IMAM SUJUD LETAK DAHI DI LANTAI DULU BARU KITA MAKMUM BLH GERAKKAN BADAN UNTUK SUJUD *SUNNAH YANG DIABAIKAN*

*Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.*

*Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini:*

عن البراء بن عازب

*كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.*

*daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata :*
*Samiallahu liman hamidah,*
*mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya.*
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ]

*LEPAS BACA TU JANGAN LUPA SEBARKAN KEPADA KAWAN @ GRUP LAIN AGAR LEBIH RAMAI MENDAPAT ILMU, BERPENGETAHUAN & CAKNA.*

Sunday, 5 August 2018

KENAPA BANYAK YANG BERZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN

Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, bukankah zikir bisa membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?"

“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justru malah semakin dekat dengan syaitan?”, lanjut Sang Murid.

Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun bertutur.

“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?”

“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir", jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali menjelaskan, "Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan pelbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang  dan mendekati bahkan bersahabat dengannya. Penyakit-penyakit hati itu ialah :

1. Kesombongan
2. Irihati
3. Dengki
4. Syirik
5. Bersikap/berkata kasar
6. Riya
7. Merasa sholeh
8. Merasa Suci
9. Ghibah(gosib)
10. Marah dan pelbagai penyakit hati lainnya.

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.

Semoga manfaat

Repost credit to owner

Sunday, 1 July 2018

Tiba-tiba saya dapat ilham petang ini.

‘Keluarga yang baik ia dimulai dengan cinta yang halal, dibangun dengan kasih sayang, dipelihara dengan kesetiaan, dibina dgn kesabaran, dijaga dgn kejujuran, dan dihidupkan dgn isi agama.’

By, Da’i Wan.

Sunday, 17 June 2018

Sunday, 20 May 2018

Salam ramadhan.

Jangan lupa niat puasa tiap hari he kawan2.

Sunday, 13 May 2018

Salam semua.

Puasa nak dekat dh? Bersedia ke kita?

Moga iman kita semakin bertambah dalam ramdhan ni aminnn

Sunday, 6 May 2018

Assalamualaikum semua.

Hmmm taktau nak cakap apa.
Haaa Ramadan nak dekat, kan? Semua dh ganti puasa belum?

Moga kita dapat berubah menjadi lebih baik utk ramdhan kali ni. Amin...

Sunday, 11 March 2018

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW  bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.

2.  Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari hartanya walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar.

3.  Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.

4. Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti.

5.  Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Sunday, 25 February 2018

Imam Al Qurtubi menukilkan dalam At Tazkirah Ad Daqqaq, "Sesiapa yang banyak mengingati mati akan dimuliakan dengan tiga perkara :-

1- Segera bertaubat
2- Hati yang merasa cukup
3- Kerajinan untuk beribadah

Sunday, 4 February 2018

CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN (KHUSUF) YANG LENGKAP

Berikut adalah beberapa perkara tentang Solat Sunat Gerhana Bulan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

1. HUKUM SOLAT GERHANA

Hukum menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) ini adalahsunat muakkad.

Ianya boleh ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

2. DALIL TENTANG SOLAT SUNAT GERHANA

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Foto Kredit: ahlesunnatuljamaat.com

3. WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan boleh dilakukan antara waktu bermulanya gerhana sehinggalah selesai fenomena tersebut.

Biasanya ahli falak akan menganggarkan waktu tersebut dengan tepat. Jadi, bolehlah kita bersedia untuk mendirikan solat sunat ini sama ada di rumah atau secara berjemaah.

4. LAFAZ NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 

“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

5. CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

Takbiratul IhramMembaca doa IftitahMembaca surah al-FatihahMembaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)lktidal serta membaca surah al-Fatihah.Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)IktidalSujud dan membaca tasbihDuduk antara dua sujudSujud kembaliBerdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

Membaca surah al-FatihahMembaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)lktidal serta membaca surah al-Fatihah.Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)IktidalSujud dan membaca tasbihDuduk antara dua sujudSujud kembaliMembaca tasyahud akhirMemberi salam

Sunday, 28 January 2018

Status of a Muslim woman in Islam:

When she is a daughter, she opens a door of Jannah for her father.

When she is a wife, she completes half of the Deen for her husband.

When she is a mother, Jannah lies under her feet.

Allahu Akbar! https://t.co/yKAIKusOe3

Saturday, 20 January 2018

*AHLI SYURGA YG TDK SOLAT TAHAJUD*

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_
_"Tapi…"_
_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_
_"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi  kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Tazkirah ... (Utk diri sendiri 😔)
Semoga الله  permudahkan segala urusan kita. Aminnn..

Sunday, 7 January 2018

Upm Falah:
[Utusan Malaysia: Guna 'Fajar Warrior' Kejut Solat Subuh]

Alhamdulillah Program Fajar Sejuta Pemuda Ambang Gema Syukur 2018 telah melabuhkan tirai semalam sekitar jam 10.00pagi waktu tempatan.

Program ini telah menarik perhatian media cetak terkemuka di Malaysia (Utusan Malaysia) untuk membuat liputan mengenai Fajar Sejuta Pemuda.

Pengasas dan Penasihat Utama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) Dr. Hj. Mohd Hizul Azri Md Noor berkata, pelancaran aplikasi Fajar Warrior adalah sebagai platform pertama yang mencetuskan fenomena bagi mengingatkan mengenai solat subuh secara luar biasa di Malaysia.

Apa tunggu lagi? Cepat muat turun aplikasi Fajar Warrior di Google Store!

Ayuh kita menyokong Fajar Sejuta Pemuda #kebangkitanpemuda

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

#fajarsejutapemuda
#fajarwarrior
#kebangkitanpemuda
#tahunbaru
#ambang2018
#yosh
#ydkmm
#masjidasysyakirin
#ambanggemasyukur
#tahunbaru2018
#gemasyukur2018
#terusimarah
#klcc
#bangkitbersama
#malaysianow

Facebook: https://www.facebook.com/FajarSejutaPemuda/
Instagram: https://www.instagram.com/fajarsejutapemuda/
Twitter: @fajar1Mpemuda
Youtube: https://youtu.be/-VovRMRpH4g