CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN (KHUSUF) YANG LENGKAP
Berikut adalah beberapa perkara tentang Solat Sunat Gerhana Bulan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.
1. HUKUM SOLAT GERHANA
Hukum menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) ini adalahsunat muakkad.
Ianya boleh ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.
2. DALIL TENTANG SOLAT SUNAT GERHANA
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Foto Kredit: ahlesunnatuljamaat.com
3. WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Solat Sunat Gerhana Bulan boleh dilakukan antara waktu bermulanya gerhana sehinggalah selesai fenomena tersebut.
Biasanya ahli falak akan menganggarkan waktu tersebut dengan tepat. Jadi, bolehlah kita bersedia untuk mendirikan solat sunat ini sama ada di rumah atau secara berjemaah.
4. LAFAZ NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
5. CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.
Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.
Rakaat Pertama
Takbiratul IhramMembaca doa IftitahMembaca surah al-FatihahMembaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)lktidal serta membaca surah al-Fatihah.Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)IktidalSujud dan membaca tasbihDuduk antara dua sujudSujud kembaliBerdiri untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
Membaca surah al-FatihahMembaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)lktidal serta membaca surah al-Fatihah.Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)IktidalSujud dan membaca tasbihDuduk antara dua sujudSujud kembaliMembaca tasyahud akhirMemberi salam
No comments:
Post a Comment