Sunday, 5 November 2017

*[Hari bersejarah 2 November.]*

2 November 2017 menandakan Deklarasi Balfour telah masuk *tahun ‪ke 100‬.*

Tarikh ini merupakan suatu tarikh yang amat penting kerana Ia merupakan *suatu pengesahan bahawa Zionis mempunyai sokongan dari British untuk berpindah ke tanah suci Palestin, dan menubuhkan negara Yahudi* di sana.

Apa itu *Deklarasi Balfour*? 📜

Deklarasi balfour merupakan perjanjian daripada kerajaan British kepada kaum Yahudi untuk menubuhkan negara mereka di Palestin. Surat ini ditulis oleh Arthur Balfour kepada Rosthchild, ketua kaum Yahudi di Britain ketika itu.

*Bermula dari hari ini (2 November), Yahudi dari seluruh dunia berpindah ke Palestin dan menawannya sedikit demi sedikit sehingga negara Israel diisytiharkan pada 1948.*

85% daripada tanah asal Palestin pda hari ini telahpun dijajah oleh Zionis. Pada hari ini, British dan Yahudi akan menyambut 100 tahun ini secara besar-besaran.

Bersama dengan kempen ini (menukar profile picture, menggunakan hashtag #Balfour100 #MalaysiaBersamaPalestin, menyebarkan fakta tarikh ini) adalah untuk *menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin dan sebagai membantah deklarasi tersebut.*

#Balfour100
#MalaysiaBersamaPalestin