Sunday, 28 September 2014

"MINDSET"

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama: Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua: Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si Sulung menjawab: “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drp siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si Bongsu yang
keadaannya berbeda jauh.

Si Bongsu sukses
menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahsianya…?”

Si Bongsu menjawab: “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.

Perhatikan...
Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

The choice is yours..! 

Sunday, 21 September 2014

"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara:

1. Percakapan - Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.

2. Diam - Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

3. Pandangan - Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.

4. Gerak - Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.

Semoga ALLAH SWT merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai dzikir, diamnya sebagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai penghambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan." (Kata-Kata Hikmah Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah)

#repost

"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara:

1. Percakapan - Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.

2. Diam - Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

3. Pandangan - Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.

4. Gerak - Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.

Semoga ALLAH SWT merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai dzikir, diamnya sebagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai penghambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan." (Kata-Kata Hikmah Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah)

#repost

Sunday, 14 September 2014

#repost

Aku give up. Selama berbulan aku belajar, sampai sekarang aku rasa 'bodoh', tak pernah belajar. Semakin lama, semakin dekat dengan final. Aku rasa nak quit. Rasa tak mampu nak tanggung tak faham ni.

Kalau dulu aku lah student yang cepat faham subjek. Allah bagi pulak A berderet waktu SPM. Masuk pulak U hebat. Semua golongan pandai je.

Aku masih dengan aku yang lama. Tunggu orang suap. Banyak main. Banyak tidur dalam lecture hall. Aku tahu, aku tak faham. Tapi aku buat jugak.

Bila exam, aku fail Physics! Fail. Tak pernah dalam hayat aku belajar sampai dapat fail. Lagi parah semua orang sekeliling aku lulus. Semua cakap "Alhamdulillah, semua lulus" Ya, aku rasa makin down.

Tapi aku masih aku yang lama. Bila final dah makin dekat sangat. Rasa give up tu makin kronik, makin parah. Mula menyesal dengan masa yang dah aku buang macam tu je.

Tapi, Allah datangkan aku satu demi satu nasihat. "Kalau belajar jangan stress. Nanti tak masuk" Aku tepis. Aku cakap, kau dah faham. Kalau aku berhenti sebab stress, aku tak belajar.

Sehinggalah aku teringat. Tuan segala setiap perkara, setiap kejadian. Iaitu Allah. Aku menangis di tikar sejadah. Aku berserah kepada Allah. Hari itu, aku cuba tinggalkan dunia. Aku mengadu pada Allah je. Aku baca Al Quran. Dengar ayat Al-quran sampai tertidur.

Kemudian aku bangun. Allah buang segala gelisah aku. Alhamdulillah. Allah buang lemah semangat aku. Tapi Allah letakkan satu semangat untuk aku terus usaha. Mana tahu, sedikit lagi usaha penentu masa depan. Kalau aku mengalah sedikit lagi. Tentu, aku gagal. Biar masa belajar itu terasa kurang, asal jangan kurang masa dengan Allah. "Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah yang terbaik"

Give your worries to Allah, and Allah will give you peace.

Sunday, 7 September 2014

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang    sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.          (Renungan kita bersama)
#Sobahul Khair .