Assalamualaikum warahmatullah :)
Ini bukanlah kali pertama aku mencoret tulisanku pada diari online ni. Tapi, this is the first post aku buat untuk blog keempat aku (yakni blog ni lah). Hehe saya mudah bosan dengan blog. Tapi insyaAllah saya akan kekal dengan blog ini :)
Hmmm... Tujuan aku buat blog ini adalah untuk memberi sedikit nasihat, panduan dan pedoman untuk kita muhasabah diri bersama dan juga meluahkan rasa hati ni sebagai hamba Allah.
Sedikit tentang diri aku:
Aku ni bukanlah pelajar sekolah agama (tapi ex...adakah ia dikira?) Sekarang ni, aku menuntut di sekolah harian biasa...
Fyi, Mula2 aku sekolah kat sekolah biasa, then sekolah agama, then sekolah biasa balik. Tiga kali aku kena adapt dengan suasana baru. Even though kedua2 sekolah harian yang aku pergi adalah sekolah harian yang sama, tapi sebab adanya 'sekolah agama' sebagai perantara, jadi kira tiga kali lah aku kena adapt dengan kehidupan baru.
Hidup aku kat sekolah, sebelum masuk sekolah agama, dan setelah masuk sekolah agama, lain sangat. Kira berubah even tak lah sampai 180 darjah.
Apa yang berubahnya?
Ok... So today I wanna talk about self confidence.
Kenapa self confidence tu penting?jeng jeng jeng *ba dum tsss*
(mood bahasa saya anda- activated)
well, kalau anda tanpa keyakinan, anda biasa2 je. Tapi kalau anda dengan keyakinan, anda adalah manusia SUPER.
Aik? Pehal camtu lak?
Well, baiklah saya akan memberi contoh dan mari kita bandingkan.
Si A adalah seorang penyanyi yang berbakat. Dia taklah kacak, nak kata tinggi pun tak juga, nak kata kurus, kira medium lah. Dia sedar yang dia mempunyai vokal yang luar biasa. Dan dia sangat yakin yang suara dia mampu memukau orang ramai. Sebab tulah dia sertai pertandingan menyanyi. Walaupun kriteria fizikal dia tak melayakkan dia sebagai seorang penyanyi idola, tapi atas keyakinannya yang tinggi, dia dapat menyanyi dengan baik di hadapan para juri. Juri tanya, dia jawab dengan suara confident. Para juri pun terpukau and dia terus layak ke peringkat seterusnya.
Si B ni pulak, rupanya kacak, tinggi, gaya macam model. Suara dia sedap tak kalah dengan A. Tapi, dia terlampau memikirkan perspektif orang lain terhadap dia. Dia sentiasa merasakan ada yang tak kena dengan diri dia. Pakaian out dated la, rambut tak macam kpop la, and so on. Jadi, kerana terlampau obses dengan pandangan oranglain terhadap fizikal dia, dia jadi kurang yakin. Hasilnya, habis lah audition dia, suara yang sedap jadi entah ke mana. Bila naik suara tinggi, asalnya boleh tapi sebab rasa tak yakin tu ada, sumbang jadinya. Bila juri soal itu ini jawabnya perlahan aje. Nanyi pun pandang atas. Memang disqualified lah jawabnyaaa..
Emmm.. So korang boleh lah bezakan bagaimana keyakinan mampu mengubah seseorang. Bila yakin tu berdamping dengan kita, kita akan rasa yang 'aku boleh lakukannya segalanya dengan mudah'. Dan hasilnya, insyaAllah terbaik.
Cuba korang perhatikan orang yang sampaikan speech kat atas pentas. Kita pasti akan tertarik mendengar kata2 orang yang elok percakapannya, ada eye contact dengan penonton dan ada gerak tubuh berbanding dengan orang yang matanya tengok text je, suara pun mendatar , berdiri macam kayu tunggul.
Kalau nak contoh lagi, hapa kau ingat yang motivator kalau cakap slow je, mata pandang sarung kaki, tangan terkuis2 tali leher dapat menarik perhatian penonton yang ingin dirinya dimotivasikan? Aiyoo kita pun lemah semangat menengoknya...
Senang cerita, mudah je nak jadi hebat. Mudah je nak jadi SUPER. Kita cuma kena tambah perasa YAKIN je. Selainnya, tawakkaltu 'alallah :)
Macam mana eh nak rasa yakin terhadap diri?
Senang... Kita tak payah fikirkan pandangan orang lain seperti situasi si B dan sentiasa berfikiran positif macam si A. Dah ada dua ni, ha lengkap ah tu.
So just chill,
Wat lek and wat peace ;)
Assalamuaikum warahmatullah B)