Sunday, 26 June 2016

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Bismillahirahmaanirahim.

🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡

Tawaran miliki hartanah untuk semua:
                       
PERUMAHAN EKSKLUSIF "FIRDAUS RESIDENCY".
INDAH, NYAMAN, AMAN, DAMAI LAGI BARAQAH.

🌈Tersedia 4 JENIS KEDIAMAN UNTUK DIREBUT:
1. Jannatun Na'i'm
2. Jannatul Ma'wa
3. Jannatul Firdaus
4. Jannatun 'Adn
(Semua Jenis tersedia utk milik mutlak anda)

🏞FASILITI & LANDSKAP :
- Sungai Susu Salsabila
- Danau Terindah Al-Kautsar
- Tanpa perlu bayar bil dan cukai pintu bagi semua lot
- Tinjauan tidak Terbatas
- Akses Masuk ke-8 Pintu
- Taman Mainan Anak2 Sholeh/Sholehah
- Taman-taman dipenuhi pohon buah-buahan, nikmat yg tidak pernah putus untuk dinikmati.
- Bonus Bidadari & Bidadara
- Hak milik Abadi Selama2nya
(Free Hold).

🏘SYARAT TEMPAHAN:
1. Taubat & Kembali kepada jalan Nya
2. Berpegang Teguh AgamaNya.
3. Laksanakan Syari'atNya.
4. Rezeki yang Halalan Thaiyibah.

💰DEPOSIT:
- 100% Solat Fardu & Sunat
- 2.5% harta untuk Zakat
- 100% Rajin sedekah & Infaq
- 100% Luangkan waktu utk baca Al-Qu'an & Majlis Ilmu
- Usaha Beramal soleh
- Eratkan Sillaturrahim
- Doakan kedua Orang tua
- Berdakwah
- Jauh diri dari maksiat dan khurafat

Masa sangat Terhad!
Stock Penghuni tidak Terhad!
Dijamin didalam Al-Quran!

Lebihkan ibadah Solat Tahajjud disetiap malam bagi menjamin tempat yang lebih baik.

🕌🕋Kunjungi kami di:
Masjid2, Surau2, Madrasah, Halaqah dan Usrah, Majlis 'ilmu, Majlis Dzikir & Selawat

Inilah sebaik baik kediaman. Tempah sekarang juga, tua atau muda, miskin atau kaya semua layak memohon tanpa syarat!

Mari sama sama kita rebut peluang ini sebelum terlambat, masa semakin singkat.

Kongsi Ya Shbt... 😊👍

Saturday, 18 June 2016

*JAD, SI ANAK YAHUDI...*

Jad adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di era tahun 40-an. Tinggal bersama keluarganya di apartment di sebuah kota di Perancis. Ia lahir dari keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi. Ibunya salah seorang professor di universiti terkemuka di Perancis ketika itu.

Di salah satu sudut 'ground floor' apartment tersebut, ada sebuah kedai kecil serbaneka yang menjadi tempat bagi warga sekitar untuk memenuhi keperluan seharian mereka, termasuk keluarga Jad. Kedai itu milik seorang Turki,  Ibrahim, 67 tahun. Seorang yang sangat sederhana, bukan dari kalangan berpendidikan tinggi.

Jad hampir setiap hari berbelanja di kedai ini. Bila berbelanja, selalu, tanpa pengetahuan Ibrahim, --setidaknya begitu persangkaannya--,  diam-diam ia mengambil sebiji coklat. Sampai suatu hari ia lupa mengambil (i.e mencuri) coklat tersebut.

Ketika melangkah meninggalkan kedai itu, Ibrahim memanggilnya dan berkata, _"Jad, kamu lupa sesuatu, nak."_ Jad memeriksa barangannya. Tetapi, tidak menemui sesuatu yang terlupa.

_"Bukan itu,"_ kata Ibrahim. _"Ini."_ Sambil memegang coklat yang biasa diambil Jad.  Tentu saja Jad terkejut dan ketakutan. Takut bila Ibrahim menyampaikan 'hal memalukan' tersebut kepada orang tuanya.  Reaksinya,  bengong dan pucat.

_"Tidak apa-apa, nak. Mulai hari ini kau boleh mengambil sebiji coklat percuma sebagai hadiah. Tapi,  berjanjilah untuk jujur dan mengatakannya,"_
kata Ibrahim sambil tersenyum.

Sejak hari itu, Jad menjadi sahabat Ibrahim. Ia tidak hanya datang berjumpa Ibrahim untuk berbelanja, tetapi juga menjadi tempat bercerita dan berkongsi masalahnya.

Bila menghadapi suatu masalah,  Ibrahim adalah orang yang pertama diajaknya berbicara. Dan, bila itu terjadi,  Ibrahim tidak pernah langsung menjawabnya, namun selalu menyuruh Jad untuk membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan di sebuah kotak kayu. Ibrahim akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara,  kemudian menjelaskan jawapan dari masalah yang dihadapi Jad.

Hal tersebut berlangsung selama lebih kurang 17 tahun. Sampai satu ketika salah seorang anak Ibrahim mendatangi Jad dan memberikan kotak tersebut kepadanya lalu membawa berita yang sangat menyedihkan Jad yang ketika itu seorang pemuda.  Ibrahim, sahabat sejatinya telah wafat.

Kotak berisi kitab itu diterimanya penuh terharu.

Satu ketika, ia berhadapan dengan satu masalah pelik,  ia mengambil kotak itu dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang sering ia lakukan dengan Ibrahim. Ternyata kitab itu bertuliskan huruf Arab. Ia pun memohon temannya berbangsa Tunisia untuk menjelaskan makna dari 2 halaman yang dipilihnya secara rawak.

Si teman itu pun kemudian membacakan makna tulisan itu.  Sungguh, apa yang disampaikan sahabatnya seakan jawapan khusus bagi masalah yang sedang ia hadapi. Jad lalu bertanya kepada sahabatnya: _"Ini kitab apa..?"_

_*"Al-Qur'an*,  kitab suci Umat Islam."_

Terkejut dan takjub Jad mendengar hal tersebut. Ia langsung bertanya bagaimana syarat untuk menjadi seorang muslim.

Dijawab oleh Si Tunisia : _"Mudah, syahadat dan berusaha menjalankan syariah."_

Hari itu Jad lantas memeluk Islam dan menukar namanya menjadi *Jadullah Al-Qurani*. Dia berjanji untuk mempelajari Al-Quran dengan sebaik-baik dan semampunya.

Tentu saja keluarganya yang beragama Yahudi, terutama ibunya yang profesor, sulit menerima hal tersebut dan berusaha untuk mengembalikan Jad kepada keyakinannya semula.
Si Ibu berjuang dengan pelbagai cara bahkan mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk memberi penjelasan kepada Jad. Ini berlangsung selama 30 tahun. Namun, tidak berhasil.

Pengaruh Ibrahim yang bersahaja, ternyata mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad.

Jadullah pernah berkata,

_"Saya jadi Muslim di tangan seorang lelaki yang justeru tidak pernah berbicara tentang agama.."_
_"Tak pernah berkata" :_
_"kamu Yahudi",_
_"kamu Kafir",_
_"belajarlah agama",_
_"jadilah muslim"._

_"Tapi, ia menyentuh saya dengan *akhlak*, sebaik-baiknya perilaku. Memperkenalkan kepada saya sebaik-baiknya kitab, *Al-Qur'an* "_

Jadullah Al-Qur'ani meninggal dunia pada tahun 2003. Dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim - lebih kurang 30 tahun - ia telah mengislamkan lebih dari *6 juta orang* di Afrika.

Sementara Ibunya pula memeluk Islam pada tahun 2005, pada usia 78 tahun, dua tahun setelah meninggalnya si anak tersayang: *Jadullah Al-Qur'ani.*

*****
Saudara,
Ini kisah benar yang luar biasa yang amat berinspirasi...terutama bagi para pendakwah.

Semoga kita termasuk di kalangan muslim yang bermanfaat kepada orang lain.

Sunday, 12 June 2016

CnP
Rumusan Fisiologi Puasa.
Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Subhanallah, sila share😊👍🏻

Sunday, 5 June 2016

Assalamualaikum wbt

Daripada 'Abdur Rahman bin 'Awf, sabda Nabi SAW :

"  Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab
( mengharapkan redha dan ganjaran ALLAH ), ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya" .
( Diriwayatkan oleh  Al-Nasa'i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi )

let's try our best this ramadhan 💪