Sunday, 28 October 2012

ukhuwah-hubungan

assalamualaikum wbt.


bila nak update, dah tau dah nak buat topik apa. tak macam sebelum ni, punyalah kerah otak nak idea, edit, copy, delete semua. syukur...

let's start :D


ukhuwah datang daripada perkataan arab yang bermaksud saudara, persaudaraan, ikatan etc. perkataan ni lah yang aku tanam kat hati tantang persahabatan aku;

'Ukhuwah fillah, ukhuwah till jannah.'





idea ni aku dapat masa aku masih dekat smapk, zaman homesick aku -,-

ok dah tutup pasal sekolah lama. aku masih tak terbuka lagi nak cerita pasal sekolah lama aku tu. hehe


so, konsep ayat yang berwarna blue itu adalah mencipta ukhuwah kerana Allah. persaudaraan kerana Allah adalah hubungan yang paling mulia dan pasti akan mendapat ganjaran besar disisi Allah swt.

cuba korang bayangkan, kalau ada orang cakap ayat ni dekat korang, apa perasaan korang?

kalau aku, aku rasa terharu, berharga, seronok sangat sebab ada orang nak bersama kita sampai ke syurga (bukan akhir hayat je tau).

lagi satu, ukhuwah fillah menunjukkan orang itu membina hubungan dengan kita kerana Allah, bermakna dia akan menolong kita ke arah kebaikan dan berusaha menjauhkan kita daripada kemungkaran. dia juga akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita. Kawan beginilah yang mampu menyelamatkan kita daripada azabNya. Seronok kan ada kawan macam ni? :D



InsyaAllah, aku dah ada kawan macam ni. dan aku berharap untuk menambah lagi koleksi kawan2 berharga ini :)

memandangkan aku ni bukanlah baik sangat, boleh tergolong dalam orang yang tak stabil lagi iman, so kawan macam ni memang sangat WANTED. anybody? :D



macam mana kalau kita sengaja memutuskan persahabatan dengan saudara seIslam?

benda ni selalu sangat aku alami.

mari kita hayati hadis dan kalamAllah ni.


" Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )



 " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)


 Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim " ( al-Bukhari)






فَهَلۡ عَسَيۡتُمۡ إِن تَوَلَّيۡتُمۡ أَن تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَتُقَطِّعُوٓاْ أَرۡحَامَكُمۡ (٢٢) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ (٢٣

 (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? (22)(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya (23) (surah Muhammad 22-23)


Diriwayatkan daripada abu hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda;

'dibuka pintu2 syurga pada hari isnin dan khamis, setiap orang yang tidak memperseukutukan Allah dengan apa2pun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. dikatakanlah: " tangguhkanlah keduanya sehingga mereka mahu berdamai. tangguhkanlah keduanya sehingga mereka mahu berdamai. tangguhkanlah keduanya sehingga mereka mahu berdamai."' (HR Muslim)


Nauzubillah min zalik. minta dijauhkan .

ok dah maghrib dah. chow dulu.

assalamualaikum wbt :)

post signature

Sunday, 21 October 2012

hujan oh hujan

assalamualaikum wbt.


hari ni hujan lebat, kan?

hmm... hujan pembawa rahmat, jadi kita digalakkan membaca doa hujan.

simple je, sekali pandang dah boleh hafal nih.


(source - google images)

masa hujan antara masa yang mustajab membaca doa. jadi, janganlah mengeluh sangat bila hujan turun. 

Keep calm and just pray :)




post signature

Sunday, 14 October 2012

Cinta.

Assamualaikum wbt.


(panjangnya ekor E)


Cinta. *Ewah excitednya dengar perkataan tu*


hmmm... best ke bercinta?

orang kata cinta itu buta, sebab cinta tak mengenal rupa paras.

orang kata cinta itu subjektif, ikut mata hati kita sendiri.

orang kata cinta macam gula2, manisnya sekejap lepas tu hilang.

banyaknya orang kata. memang senang agaknya kalau nak berfalsafah pasal cinta ni eh.

Tapi, apa kata aku pasal cinta?

Falsafah aku (feeling macam dr. phil)  cinta itu licik. Mampu membuatkan orang jadi separuh gila. mampu buat orang macam kena pukau. Mampu hilangkan nyawa seseorang (fuihh ekstrem) . mampu mencetuskan pergaduhan. Dan macam2 side effects dia.

Tapi yang aku nak tekankan kat sini, cinta itu licik bila kita belum punya ikatan yang sah.
Kerana cinta yang tak halal, kita mengabaikan maruah kita, kita mengorbankan pahala2 kita dan tambahkan kredit dosa, kita ingkar perintah Allah, rasul, ibu bapa, cikgu. Cinta yang tidak sah membuatkan kita buta pada sekeliling dan hanya tertumpu pada kekasih kita. Cinta ini memang licik  sebab kita merasakan bahawa hubungan kita dengan kekasih kita akan kekal selamanya sedangkan jodoh itu bukan kita yang tentukan. punyalah kita berhempas pulas untuk kekalkan hubungan, last2 tak jadi jugak , pasal apa? Sebab Allah dah tentukan jodoh kita sejak kita masih di dalam perut ibu lagi. dan kalau kekasih kita sekarang ni memang Allah kata bukan jodoh kita, sia2 je cinta yang kita semai selama ni.


Peringatan buat orang lain dan terutama diriku sendiri, tak usahlah nak menjalin hubungan tak sah sebab takut tak ada orang nak kat kita bila besar nanti. Allah swt tidak akan memungkiri janjiNya. Jadi tugas kita hanyalah berdoa supaya Allah jauhkan kita daripada cinta maksiat dan sebaliknya berikan kita jodoh yang terbaik, yang match, dan yang paling penting, pasangan yang mampu membawa kita ke arah cintaNya. selain tu, keep calm and just keep doing our responsibilities as a muslim in this world.


Cakap pasal cinta ni, macamlah aku pernah bercinta...

well, i'm currently in a i-don't-have-any-feeling-about-love mode okeyhh. cehwahhh





Assalamualaikum wbt :)


post signature

Sunday, 7 October 2012

Luahan aku.

Assalamualaikum wbt.

Kalian sedar tak, betapa susahnya kita hendak melaksanakan amar makruf nahi munkar? Apatah lagi apabila orang yang ingin ditegur tu, orang yang rapat sangat dengan kita.

Rasulullah saw bersabda;

'Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,
hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.
Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.
Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya),
yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.'

Aku rasa, iman aku ni memang berada di tahap yang lemah. sebab aku hanya mampu membenci kemungkaran tu dalam hati tapi takut untuk meluahkannya. Contohnya, kawan aku bercerita tentang kisahnya dengan boyfriend dia. Betul, aku tak mampu untuk berkata 'Wahai kawanku, sesungguhnya couple itu haram'. Lidah aku kelu. aku takut kalau aku berkata begitu, kawan aku akan memandang serong terhadapku. sebaliknya, aku cuma tersenyum dan mengangguk2. aku sangat ingin untuk menegurnya, tapi aku tak mampu. kerana aku terlampau melihat pandangan orang yang aku tegur dan bukannya pandangan Allah. Aku berniat untuk menegur kerana aku sayangkan mereka bukan kerana aku sengaja nak memperendahkan mereka.

satu lagi sebab kenapa aku tidak berani menegur orang.


" eleh kau tu bukannya perfect sangat pun, tak payah nak nasihat orang sangat lah."

" kau bukannya ustazah, tak payah lah nak tegur aku."

yang ni memang pedih.

Aku ni hamba biasa. Aku bukan nabi yang maksum daripada melakukan sebarang dosa. Kalau nak tunggu kita perfect baru boleh tegur orang, memang takkan adalah orang yang amar makruf nahi munkar dalam dunia ni. Perlu ke aku mendapat title ustazah untuk menegur orang? setahu aku mencegah kemungkaran ni tanggungjawab semua umat Islam bukannya sepcific kepada orang tertentu sahaja.

Hmmm, aku cuma berharap Allah swt kuatkan hatiku dan kalian para pembaca untuk mencegah kemungkaran dengan lebih baik dan bukannya cuma dengan hati.

assalamualaikum wbt 

post signature