Kisah Ajwad
" Sif, nanti pertandingan bola sepak ppd nanti aku jadi keeper kau jadi defend deh. Kita main suka-suka je. "
" Okay Wad, insyaAllah. "
Keesokan harinya, hari jumaat Ajwad balik. Aku tercari-cari kelibat dia. Aku turun solat maghrib. Masa tu aku dan Raimi je masbuk solat maghrib.
Dengar bacaan imam macam lain macam je. Baca macam nak tak nak bukan ke main laju. Siapalah imam tu? Owh, Badri rupanya. Pelik je, biasanya bacaan bukan main tarik je. Dia letih kot.
Habis solat dan doa apa semuanya, aku berbual dengan Raimi. Orang lain senyap je. Aku pelik.
Tetiba Naim tegur aku
" Kau taktau ke Ajwad dah meninggal? "
Aku jawab
" Takyah nak gurau ah pasal mati ni. "
Aku pun pandang semua budak form 5. Semua diam dan nangis.
Aku tanya Naim balik.
" Kau serius ke Im? "
Dia jawab
" Ye la. Tadi ustaz datang bagitau Ajwad dah takde kena langgar dengan kereta. "
Aku terkejut. Betul ke ni?
Kawan aku bangun dan buat pengumuman, yang Ajwad meninggal dan minta semua pelajar sedekahkan al-Fatihah buat Ajwad.
Aku dan Raimi saling berpandangan. Lalu Raimi tunduk nangis. Semua budak form 5 nangis.
Dan aku masih tidak percaya. Sehari suntuk aku tak jumpa dia. Tahu-tahu je dia dah takde.
Aku tunduk. Air mata tumpah. Seakan tidak percaya. Baru sahaja kelmarin aku main futsal dengan dia. Semua pelajar bacakan Yasin untuk arwah.
Air mata deras mengalir tak henti. Aku pergi ke kelas. Seorang diri menangis. Seakan mimpi. Tapi itulah hakikatnya.
Aku kembali ke masjid. Nak bacakan Yasin untuk Ajwad. Tapi tak mampu. Sebak di dada tak mampu kutahan. Semua budak form 5 dah stop nangis. Cuma aku yang masih teresak-esak. Ramai kawan yang memujuk. Aku tak hiraukan. Masa tu aku terbayang wajah Ajwad je.
Lap air mata.
" Aku rindu kau Wad. "
Badan aku lemah. Rasa macam nak pitam je. Aku nak tengok jasad dia. Sir Taqiyuddin datang bawak kitorang pergi hospital. Aku gagahkan diri bangun melangkah ke dalam kereta dipapah oleh kawan.
Sampai je di hospital, kitorang cepat-cepat pergi ke tempat kecemasan. Tanya petugas kat kaunter tapi takde jawapan.
Tetiba satu truck polis datang. Kitorang ternampak satu jasad yang terbujur kaku ditutupi dengan kain putih. Ye, jasad itu ialah Ajwad.
Aku menangis dalam pelukan Afif. Entah kenapa aku rasa lemah. Sungguh aku takde kekuatan.
Lalu jenazah dibawa ke bilik forensik untuk dibedah siasat. Pukul 12 pagi kami masih bersengkang mata. Lalu jenazah dipindahkan di bilik transit bagi memberi peluang ahli keluarga dan saudara melihat jenazah.
Ku lihat wajahnya, tenang air mukanya seolah sedang tidur. Biarpun accident tetapi tiada calar dan darah. Cuma ada kesan lebam pada badannya. Mungkin dengan asbab dia menghafaz al-Quran lantas Allah menjaga jasadnya.
Ustaz Hazman cakap dahi Ajwad lembap dan berpeluh. Itulah tanda orang mati dalam keadaan husnul khatimah.
Aku usap rambut dia. Air mata ku seka. Terlalu banyak kenangan kita bersama. Tetapi hari ini engkau telah bertemu Pencipta.
Dan keesokannya sebelum disolatkan, kami sempat mengucup Ajwad buat kali terakhir. Aku orang yang pertama mengucup pipinya. Aku cuba tahan dari menangis.
Selesai disolatkan dan dikebumikan, sebelum pulang ke sekolah aku termenung di hadapan kuburnya.
Memohon kepada Allah agar Ajwad tenang di sana.
" Berehatlah sahabat. Berehatlah. "
Terbayang wajahnya.
Sehari sebelum dia pergi, dia asyik diam je. Biasanya dia riang je.
Masa kat kompleks sukan tu dia tak banyak cakap pun. Dia tidur sebelah aku. Petang tu dia ada minta dengan aku nak main futsal sekali dengan kitorang. Selepas habis futsal dia balik rumah.
Tu last sekali aku cakap dengan dia :')
Keesokannya dalam kelas Quran, Ustaz Saiful tanya
" Arwah paling rapat dengan siapa? "
Kawan-kawan aku jawab
" Hasif. "
Ustaz tanya
" Enta kan rapat dengan arwah. Apa amalan yang arwah selalu buat sehinggakan Allah memilih Ajwad meninggal pada hari Jumaat? "
Aku jawab
" Ajwad suka belanja orang. "
Jawapan itu secara tak sengaja keluar dari mulut aku sendiri.
AJWAD.
Pernah sekali aku tanya dia,
" Apa maksud nama kau? Cam pelik je nama Ajwad. "
Dia jawab
" Maksud nama Ajwad ialah dermawan dan pemurah. "
Aku setuju dengan jawapan dia.
Kau memang pemurah hati.
Kau memang seorang yang tak berkira.
Selalu belanja aku. Feveret kitorang choki-choki. Dia selalu belanja aku benda tu.
Aku rindu kau. Rindu nak makan choki-choki sekali. Rindu nak ponteng kelas Quran kat belakang asrama. Rindu nak karok dengan kau.
Ajwad seorang yang periang. Dia suka bergurau. Pernah sekali dia bergurau ketika aku takde mood. Aku pun marah dia. Dia cakap
" Alaa, bila lagi nak gurau camni. Tahun depan kita dah berpisah. "
Aku pun layan karenah dia.
Ustaz Saiful kata Ajwad banyak berubah.
Bila ustaz marah dia, dia senyum je.
Bila ustaz kata apa apa, dia senyum je.
Dan senyuman itulah paling aku rindu.
Selalu aku ajak dia jalan-jalan. Dia banyak berkongsi cerita dengan aku.
Pernah sekali ketika aku dengan Ajwad duk termenung. Takde topik nak sembang. Tetiba dia cakap
" Macam mana la nanti kan bila kita dah habis spm, mesti semua dah buat haluan masing-masing. "
Aku merenung panjang.
Ternyata engkau pergi dulu.
...
" Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan.
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati. "
Bila dengar lagu ni, teringat kenangan dengan arwah. Banyak suka duka bersama. Banyak cerita sepanjang lima tahun kami kenal.
Genap seminggu arwah pergi tinggalkan kami.
Ajwad meninggal hari jumaat.
Para ulama' berkata antara tanda seseorang itu mati dalam keadaa Husnul khatimah ialah mati pada hari Jumaat.
Hal ini kerana Rasulullah saw bersabda
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
" Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya dari seksa kubur. "
(HR. Al-Tirmidzi, no. 1043)
.....
Menangis aku dimalam hari.
Bukan kerana menolak takdir Ilahi.
Kehilangan Engkau yang aku kasihi
Kita hanyalah seorang hamba.
Percaya akan ketentuan dan takdir Tuhan.
Pasti ada hikmah di sebalik mehnah.
Ajwad,
Kematian engkau satu kematian yang 'menghidupkan'.
Menghidupkan hati kami yang selalu selesa di usia muda.
Menghidupkan hati kami supaya sedar mati itu tak mengira usia.
Jangan tertipu dengan usia muda.
Mati itu bila-bila masa sahaja.
Kerana syarat bagi mati ialah BERNYAWA.
Tipulah kalah tak rindu.
Dia sahabat terbaik pernah aku ada.
Tetapi Tuhan lebih menyayanginya.
Tunggu aku di syurga sana.
" Ya Allah,
Tempatkan dia di tempat yang mulia.
Tempat yang Engkau janjikan nikmat untuk hambaMu.
Sahabatku,
Akan ku teruskan perjuangan ini.
Walau ku tahu kau tiada di sisi. "
*off phone
Ku seka air mata. Hidup ni kena teruskan. Perjalanan kita masih jauh.
Sahabat,
Damailah engkau di sana.
Berehatlah sahabat.
Berehatlah.
البقاء إلى الله
Muhammad Ajwad bin Aris
31.7.1999 - 1.4.2016
Al-Fatihah.
#repost