Saturday, 31 May 2014

#repost

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Ahad, 3 S'ban 1435H)
Anak Perempuan

Sungguh menjadi suatu kebanggaan, sekiranya anda di lahirkan sebagai seorang muslimah kerana Islam telah mengangkat martabat kedudukan wanita begitu tinggi dan mulia. Bukan lagi sebagai barang hadiah atau dilihat hanya sebagai objek seks oleh orang lelaki pada zaman Jahiliyyah dahulu. Malah ibu bapa ketika itu merasa aib jika memperolehi anak perempuan dan bertindak menanamnya hidup-hidup.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu.
Pernah Ust Kay terdengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin.

Setelah dimaklumkan jururawat bertugas yang si ibu dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suara si ayah sedikit mengeluh, “Oh.. anak perempuan lagi…” Ust Kay yang mendengar, sedikit ralat, seolah-olah si bapa kecewa dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah SWT.

uk.Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.”
(HR : Ahmad dan Al-Hakim)

Malah, rahmat Allah ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (HR : Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memeliha
ra anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(HR : Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi harapan pemuda...eh ! Pemudi tiang negara.uk.

Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. Tengok-tengokkan anak-anak perempuan kita;

Jangan pakaiannya ketat, sendat, padat dan melekat.
Singkat sampai nampak pusat,
Jantan mana yang tidak terpikat,
Melihat pemandangan yang begitu hebat,
Mula-mula jauh lama-lama dekat,
Akhirnya berlaku perbuatan maksiat,
Bila nafas tersekat-sekat,
Lupa Allah, Rasul dan Malaikat,
Lupa emak bapak agama dan adat,
Akhirnya berlakulah perbuatan terlaknat,
Mengalirlah benih jantan keparat,
Anak dara yang kempis menjadi bulat,
Akhirnya bayi yang comel yang cukup sifat,
Dibuang merata tempat...

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata-kata orang tua,? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan. Memang agak melampau perbandingannya itu. Kemungkinan ini ada benarnya, bila kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan
terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Sebagaimana firman Allah SWT ;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Al-Ahzab : 59)

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. uk.Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar di akhirat nanti.

KESIMPULAN :
Berbanggalah anda jika anda seorang Anak Perempuan atau mempunyai Anak Perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh menjadi asbab kepada anda dimasukkan kedalam syurga Allah SWT. Insya Allah !
Wallahu a’lam - Ust Kay 'Wali Limo' bukan Wali Songo. Ukay's

Saturday, 24 May 2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Sabtu, 24 Rejab 1435H)
Ketawa, Menangis, Ketawa, Menangis, Ketawa, Menangis...

Ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja. Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita.

PENCERAHAN :
Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
1. Air Mata Basal (untuk melembapkan mata).
2. Air Mata Refleks (seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).
3. Air Mata Emosi (bila ada perubahan emosi).

Sebenarnya menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan. Saidina Umar Al-Khattab r.a, Khalid Al-Walid dan para sahabat yang lain merupakan panglima dan pahlawan tentera yang gagah berani di medan perang di siang hari tapi hamba Allah yang paling banyak menangis pada waktu malamnya.

Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau bila kecewa, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan. Jadi jika anda sedih, menangislah..! Sebab, kita akan merasa lebih tenang, insya Allah !

Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah kejiwaan. Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa. Antara manfaat ketawa yang lain ialah;
1. Merangsang mood baik (feel good factor !)
2. Meningkatkan daya ketahanan badan.
3. Memperbaiki fungsi otak untuk saling berhubung.
4. Melegakan perasaan yang duka lara.
5. Membuatkan kita berasa lebih selesa.

Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah. Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa. Hilanglah stress hahaha...!

TETAPI... Salah satu asbab kita akan dicampak ke dalam api neraka Allah ialah banyak gelak ketawa. Simple, tapi kesannya cukup dahsyat. Orang yang ingat Akhirat tiada ruang untuk ketawa sebenarnya. Imam Hasan Al-Basri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."

Hasan Al-Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa, lalu ditanya: "Hai anak, apakah engkau sudah menyeberang titian sirat?" Jawabnya: "Belum." "Apakah engkau pasti engkau akan masuk syurga atau neraka?" Jawabnya: "Belum." "Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?" Sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi...

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat. Firman Allah SWT ;

وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ

"... Kenapa kamu tertawa, dan kamu tidak mahu menangis?" (menyesali kesalahan serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu) (QS. An-Najm :60)

KESIMPULAN :
Hari ini, masyarakat kita banyak disogokkan dengan program-program lawak jenaka. Tidak ada program lawak sebenarnya yang mampu mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis penuh keinsafan. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa dan terus tertawa hingga lupa matlamat sebenar penciptaan mereka...
Wallahu a'lam - Orang yang menang, yang banyak menangis ! Ukay's.

Saturday, 17 May 2014

Sekeping hati...

HATI-HATI DENGAN HATI

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

ألا وإن في الجسد مضغة، إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب.

Maksudnya : ketahuilah sesungguhnya pada sesuatu jasad itu ada seketul daging, jika baik seketul daging, tersebut maka baiklah seluruh jasad itu, jika rosak seketul daging tersebut maka risaklah seluruh jasad itu. ketahuilah bahawasanya ia adalah HATI.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berkata Asy-Syaikh Muhammad bin Salih Rahimahullah ketika memberi penerangan tentang hadis tersebut :

"WAJIB bagi seseorang untuk mengambil berat tentang hatinya lebih daripada mengambil berat tentang perbuatan zahirnya, kerana perbuatan zahir bermula dengan HATI(NIAT), dan hatilah yang akan diuji pada seseorang itu hari kiamat kelak.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala :

أفلا يعلم إذا بعثر ما في القبور. وحصل ما في الصدور.

Maksudnya : tidakkah kamu ketahui apabila dibingkarkankan semua yang ada di kubur, dan dikumpulkan dan didedahkan semua yang ada didada mereka(HATI).

(surah Al-'Adiyat:9-10)

FirmanNya lagi:

إنه على رجعه لقادر. يوم تبلى السرائر.

Maksudnya :sesunggunya Dia berkuasa untuk menghidupkannya kembali(selepas mati), hari dimana dibentangkankan perkara-perkara yang tersembunyi(di dalam HATI).

(surah At-Thariq:8-9)"

(Syarah Al-Arba'in An-Nawawiyah oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Salih Rahimahullah)

HATI-HATI dengan HATI, mudah-mudahan Allah Taala membantu kita untuk berhati-hati dengan HATI kita.

#repost

Saturday, 10 May 2014

BERPADA DENGAN QANAAH

Renungilah dialog Rasulullah SAW dgn Abu Zar ini.

Rasulullah SAW : Wahai Abu Zar,adakah engkau memandang bahawa banyaknya harta itulah d sebut kaya?

Abu Zar : betul.

Rasulullah SAW : Adakah engkau memandang bahawa sedikitnya harta itu bererti fakir?

Abu Zar: betul.

Lantas baginda SAW bersabda yg bermaksud :"Sesungguhnya yg d nmakan kaya (ghani) adalah kaya hati (hati yg selalu berasa cukup). Sedangkn fakir adalah fakirnya hati (hati yg sllu berasa x puas)"
[Riwayat Ibnu Hibban]

Hati yg berasa puas dengan apa2 yg ada adalah hati yg qanaah. Qanaah bukan bererti kita malad atau acuh x acuh dlm mencari rezeki,tetapi berasa cukup terhadap apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Hati mereka x tercalar pun oleh rasa bimbang,kecewa dan marah sekalipun rezeki yg mereka miliki x seberapa. Inilah d katakan qanaah. Dan itulah kaya yg sebenarnya.

Rasulullah SAW menggambarkan keadaan org yh bersifat qanaah inu melalui sabdanya yg bermaksud :"Sesiapa daripada kamu yg berasa aman d rumahnya,sihat tubuh badannya dan memiliki makanan utk hari itu,maka seakan2 telah d kumpulkan untuknya dunia berserts isinya."
[Riwayat at-Tarmizi]

Mengapa ada sebahagian org mampu berasa qanaah dan sebahagiannya x walaupun harta mereka sama?

**Hal ini kerana qanaah bukan soal luaran,tetapi soal dalaman. Qanaah bergantung pada soal iman;sejauh mana kita percaya dan yakin soal rezeki Allah dan cara Allah memberikannya kepada manusia.

Wallahualam.
#repost #sharingiscaring

Sunday, 4 May 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.   

Note:  Boleh juga semak dlm kitab yg muktabar.

#repost #credittoowner