Saturday, 29 August 2015

“Period dah habis?…” – Suami Tanya

Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata,

“Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak”

Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati.

“Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?”

Aku diam lagi.

“Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku.

“Okay kejap”

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.

“Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

“Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata.

“Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,”

“Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal,”

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?”

Aku mula bertanya.

“Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”.

‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.

Kredit – Cik Atenn Azlan

P.s- peringatan buat diri sendiri juga.

Sunday, 23 August 2015

"Nak kurus!"

Abah terdengar jeritan dari bilik anak gadisnya. Disusuli dengan tangisan sayu. Lantas dia bangun. Menuju ke bilik anaknya. Ketuk pintu bilik anaknya.

"Kenapa ni? Boleh abah masuk?"

Anaknya masih menangis di dalam.

"Tak boleh... Tak boleh..."

Anak gadisnya itu dikuasai emosi. Tak mampu berfikir dengan baik kala itu. Abahnya segera dapat menangkap isi cerita.

"Lelaki yang kamu suka tempoh hari tu, dah tinggalkan kamu ke?"

Raungan makin kuat kedengaran dalam bilik. Si abah masih berdiri di hadapan pintu bilik yang berkunci. Nampak seperti tekaannya tepat pada sasaran. Seketika, si anak mulai berbicara dalam sendu tangisnya.

"Salah ke kalau saya gemuk berisi? Apa hina sangat ke? Saya tak minta pun badan cepat naik macam ni!

Lelaki semua sama saja! Nak yang cantik! Nak yang solid! Nak yang slim!

Yang tak seberapa macam saya ni, tak fikir panjang terus tolak buang macam tak ada harga!"

Abah duduk bersandar di depan pintu anaknya. Dia tahu anaknya itu berada di sebalik pintu sana melalui bayang di bawah pintu.

"Tahu tak, kita tak perlu jadi kurus cantik pun? Yang lebih penting adalah sihat. Agama tak suruh jadi kurus atau jadi terlalu gemuk. Agama suruh jaga kesihatan supaya senang beribadah. Hambakan diri pada Allah."

Anaknya menjawab,

"Tu Allah nak.

Tapi, lelaki tak nak. Lelaki nak yang cantik bergaya slim ramping!"

Abah mendengar luahan si anak. Menjawab kembali,

"Andai badan yang cantik kuruslah yang lelaki itu kejarkan, kenapa nak lagi lelaki begitu?

Kerana sudah jelas, terang bersuluh, hatinya tidak pada hatimu. Cuma bernafsu pada lekuk tubuhmu.

Menyintai seseorang yang tiada perasaan pada kita, ibarat tanam batu dalam tanah dengan harapan ianya bercambah menjadi pokok yang subur. Memang taklah.

Dalam Surah Al-Hujuraat ayat 13, Allah berfirman,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

"Inna akramakaum 'indallahi atqaakum"

Ertinya: "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Bukan siapa yang lebih cantik, siapa lebih kurus, siapa lebih slim, siapa lebih menawan dan menarik hati dan mata yang memandang. Tetapi siapa yang lebih bertakwa antara kamu.

Andai lelaki itu mahukan tubuh slim semata-mata, adakah dia lelaki bertakwa? Jawabnya tidak.

Dia biar kamu sakit, kamu terseksa, kamu sengsara hati, diet sampai tak makan, gastrik jatuh sakit, makan pil itu dan ini yang mudaratkan organ semata-mata untuk kurus seperti kehendaknya, semata-mata demi memenuhi nafsu keinginannya, adakah ini tanda takwa?

Jawabnya tidak. Cuma lelaki bayangan syaitan. Nafsu menguasai dirinya."

Anaknya menangis lagi. Namun, tangisannya kian mereda.

"Tapi abah, saya cintakan dia."

Abahnya cuma tersenyum di balik pintu, seraya berkata.

"Bila benar cinta, dia takkan sanggup buatmu terluka. Andai benar dia mahu kamu terlihat kurus cantik, maka lamarlah dari tangan wali ini. Dari abah. Kemudian, ketika perjalanan menuju nikah atau selepas nikah, dia sendiri yang berikan sokongan, dorongan kepada calon isterinya untuk berubah. Mengurangkan obesiti. Mengurangkan lemak. Dengan bersenam dan sebagainya. Ikutlah apa namanya, diet atkins ke diet gaya kevin ke. Asalkan sihat dan tidak beri tekanan.

Bukan dengan mendera hati dan perasaan. Tapi dengan beri galakan dan sokongan dengan mesra dan memahami jiwa. Dia yang menjadi trainer. Dia yang bersama dalam setiap susah dan rintangan sepanjang proses kuruskan badan.

Dia nak kamu terlihat cantik, dialah yang usahakan sehabis dayanya. Hendak cantik perlukan usaha dan sokongan. Bukannya petik jari atau seru saja, hatta mengarah bagaikan bos. Dia bukan bos sebelum akad.

Abahlah bos kamu sebelum akad."

Suasana sepi seketika. Pintu dibuka. Si anak keluar dari biliknya. Peluk bapanya dengan sendu tangis.

"Abah..sakitnya hati ini.."

Abahnya menenangkan.

"Abah faham. Hidup ini ujian. Dengan ujian inilah yang akan lebih matangkan kamu. Supaya kamu tidak lagi jatuh dalam lubang berbisa yang sama untuk kedua kalinya."

"Lelaki yang 'keras hati' dan kasar pada kamu, tak elok dijadikan suami. Nabi s.a.w. pesan: "Man Yuhramirrifqa, Yuhramil Khaira", "Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut, dia adalah luput dari segala kebaikan." (HR Muslim)

Biarlah tak kurus badan hingga jatuh sakit.

Asalkan tak kurus iman. Hati berpenyakit.

cerita oleh: Muhammad Rusydi

***
Novel tarbiyyah penulis, boleh dapatkan di sini, klik https://goo.gl/On8KtR

Sunday, 16 August 2015

Siapa yang dapat masuk universiti, ni pesan abang:
1- Jangan bangga sangat masuk universiti ni. Ianya bukan satu kejayaan, tetapi satu cabaran. Kau kena ingat, universiti bukannya syurga, tetapi ia adalah dunia. Dunia adalah tempat cobaan. Kau tanamkan mentaliti bahawa banyak cabaran yang akan kau tempuhi.
Cabaran yang kau akan hadapi bukannya cabaran dalam bentuk pembelajaran semata-mata. Cabaran pembelajaran ni kat mana-mana pun sama.
2- Pertama, cabaran yang abang maksudkan adalah cabaran kau terus istiqomah dengan kebaikan yang kau dah buat time kat sekolah/matriks dulu.
Abang bukanlah orang yang selayaknya tulis pasal benda ni. Tapi ini adalah hakikat. Tak ramai yang lulus cabaran nak istiqamah ni. Abang sendiri dah lalui. Orang yang abang kenal yang dahulunya punyalah alim, tapi masuk universiti, sifat alim dia tu berubah mendadak.
Istiqamah tak istiqamah ni, memang bergantung sepenuhnya kepada diri kita. Jangan salahkan orang lain nanti. Kat universiti, kau bebas memilih, dan kau bertanggungjawab atas apa yang kau pilih.
3- Cabaran kedua, masa kat universiti ni kau akan dilanda cabaran masa yang sibuk. Bila masa sibuk, kau akan mula mengelat nak sembahyang, baca Quran, puasa sunat, pergi mesjid dan jaga ikhtilat.
Malah, disebabkan kau sibuk, kau akan lupa sekejap kat mak ayah korang. Waktu kau masuk universiti inilah mak ayah kau rasa sedikit sunyi.
Dan disebabkan kau sibuk, kau leka dan terpengaruh dengan kawan-kawan yang kurang baik akhlaknya.
4- Cabaran ketiga, cabaran kewangan. Masuk universiti, kau kena bayar ribu riban yuran. Yuran ni kena bayar setiap 5 bulan je. Kalau habis pun duit ribu riban ni, hanya sekali sahaja habis.
Tapi cabaran kau adalah kau terpaksa melalui hari-hari kau dengan duit. Kau akan rasa cepat susut duit sebab kau nak beli makanan sedap-sedap, beli topup, pergi bershopping dengan kawan, pergi beli barang-barang keperluan kat tempat tinggal dan sebagainya.
Ditambah lagi kau kena beli buku teks subjek, beli buku rujukan, fotostat nota, fotostat assignment, print assignment dan bermacam lagi kehendak yang memerlukan duit.
Akhirnya, kau tak hairan langsung pun lagi kalau duit kau habis RM100 dalam masa 5 hari sahaja.
5- Cabaran keempat, cabaran bersama kawan. Kau akan jumpa kawan baru. Itu sangat best. Kau akan jumpa kawan sekepala dengan kau. Kau akan geng dengan beberapa orang yang agak ngam dengan kau.
Tapi masalahnya, kawan-kawan kat universiti ni dah besar dah. Jadi isu dan krisis yang melanda kau dan kawan-kawan kau lebih besar dan rumit.
Kat sekolah dulu, kau mungkin bergaduh dengan member sebab member tak kejut kau bangun tidur, kawan kau curi makanan dalam loker, kawan kau sindir kau sampai kau nangis dan kawan kau pinggirkan kau.
Tapi kat universiti, kau akan jumpa krisis kawan tak nak bayar hutang, kawan rosakkan barang berharga kau yang harga ribu riban tapi tak nak bayar, kawan panggil geng gengster dia nak belasah kau sebab kau tak sengaja borak dengan awek dia,
Dan lagi sial adalah, kawan kau benci kau, belakang kau dia kutuk sedap punya tapi bila depan kau, dia pura-pura buat baik dan mesra.
6- Cabaran kelima adalah, cabaran hati dan mata. Di universiti, kau akan jumpa perempuan lawa,lelaki sado dan mak nyah yang cantik.
Kau akan cepat tergoda dengan semua ini. Lagipun korang dah semakin besar, jadi kahwin dan nikah ni sudah jadi salah satu misi hidup korang. Dan pencarian makwe dan pakwe biasanya bermula ketika di universiti.
Kalau dulu korang lah orang yang bantah orang bercinta dan couple, tapi time kat universiti, korang pulak yang akan buat benda yang sama. Kalau time sekolah dulu korang jenis penangkap orang dating mengalahkan jabatan agama, time universiti korang pula yang dating.
Ikhtilat korang dah makin lama makin ketepikan. Tepuk tampar, gelak-gelak, bercakap jarak dekat, berdua-dua dalam bilik, semuanya merupakan cabaran yang korang akan hadapi ketika di universiti.
Ini yang korang kena hadapi. Di universiti ini, semuanya pilihan anda. Bukan pilihan orang lain.
7- Cabaran keenam adalah, cabaran persaingan.
Kalau kat sekolah dulu, korang mungkin seorang Ketua Pelajar, atau pendebat terbaik, atau pemain bola sepak negeri, atau atlit harapan sekolah, atau penyanyi nasyid yang hebat.
Tapi kat universiti, semua bakat yang kau ada, orang lain ada. Kat universiti, akan terhimpun orang yang lagi power memimpin daripada kau. Begitu juga terhimpun berpuluh-puluh pendebat terbaik, pemain bola sepak, atlit negeri dan penyanyi nasyid. Bukan sorang dua, tetapi berpuluh-puluh orang yang sama power dengan kau.
Cabaran kau adalah bagaimana kau nak teruskan hidup kau dengan bakat yang ada untok menyaingi orang lain.
Daripada power memimpin, kat universiti kau boleh jadi orang yang kerdil sahaja. Daripada power main bola sepak, kat universiti kau boleh jadi orang yang kaki bangku. Daripada pandai menyanyi, kau akan jadi orang sengau kat universiti.
Abang sarankan, apabila kau masuk universiti, kau kena RAJIN. Rajin apa? Rajin involve join persatuan. Kena rajin join jadi committee event-event besar. Kena rajin masuk kelab-kelab yang sesuai dengan bakat kau.
8- Yang last sekali, cabaran kau dalam universiti adalah kau pegang title sebagai budak universiti. Kau tau tak, walaupun ramai orang yang masuk universiti, tapi orang awam sangat memandang tinggi pada budak universiti.
Jadi, kau kena bertindak sebagai budak universiti. Kau jangan buat benda bukan-bukan seperti bergaduh dengan orang, tak hormat orang tua, pergi disko sampai larut malam, merempit, hisap dadah dan sebagainya.
Kalau kau bukan budak universiti, kau kena tangkap, orang tak berapa nak pandang kau. Tapi disebabkan kau budak universiti, kena tangkap dengan polis pulak, maka orang akan pandang kau sehina-hinanya dan title kau sebagai pelajar universiti tak berguna lagi dah.
Ini satu segi.
Satu lagi segi adalah, apabila kau jadi pelajar universiti, orang expect tinggi pada kau. Oleh itu, pengetahuan am kau kena sangat luas. Kau kena tahu apa isu semasa sekarang. Kau kena kenal nama kabinet parlimen dan ahli-ahli politik Malaysia. Kau kena tahu isu-isu ekonomi.
Kau malas membaca, kau hidup dalam bilik dan kelas sahaja, maka otak kau tak berkembang. Kau hanya belajar subjek yang kau belajar sahaja. Tapi isu semasa kau tak nak ambik tahu.
Kalau macam tu, baik suruh burung kakak tua yang belajar. Burung kakak tua kalau suruh hafal pun, dia boleh hafal. Jadi, kau kakak tua ke, manusia?
9- Abang rasa itu sahajalah yang abang nak nasihatkan. Sekali lagi, abang akui, abang bukanlah orang yang sesuai nak nasihat benda ni. Tapi, abang perlu buat sebab abang sayang adik-adik abang. Abang nak korang bersedia.
Dan abang nak anak bangsa abang bersedia dengan cabaran .
#copypaste

Friday, 7 August 2015

luahan

assalamualaikum wbt

jujur aku katakan disini, aku seperti sudah mengalah. seperti telah tewas setelah cuba untuk kembali semula. tapi,aku taknak mengalah. kenapa hatiku tak bertindak seperti itu?

aku taktau nak buat apa dah. i feel numb. so dumbfounded on what to do. i want to change but i don't know how to. plus, i don't have that spark in me.

Ya Raheem, indeed You are the most merciful.
Ya Huda, truly You are the one who guides.
Ya Tawwab, You love to forgive your servants.

Please,i plead you my Almighty God, with these powerful name of yours, give me a new heart. with a new iman, forgive me for what my disgusting heart has done to you. Guide me to you.

please. i'm suffocating, ya Allah.

post signature

Sunday, 2 August 2015

Akademik vs Usrah?

' Jom kita pergi usrah nak ? '

' Aku bukan taknak, tapi aku busy la. Banyak assignment. Sume benda ni mengganggu '

Bila diajak pergi dgr talk, pergi majlis ilmu

' Maaf. Aku kene study. Aku kena dapat 4 flat '

Jadi line-up society?

' Sori. Aku taknak pegang apa-apa jawatan. Semua benda tu tak penting. Aku nak fokus belajar. Hadaf aku masuk universiti ni untk belajar '

3K.

Maka lahirlah mahasiswa 3K.

Hidupnya hanya pergi KELAS.
Belajar dan terus belajar.

Pergi ke KAFE bila lapar.
Makan dan terus makan.

Panjat KATIL bila dah mengantuk.
Tidur dan terus tidur.

Yes. Betul.
Kita ke universiti untuk belajar. Tapi jangan lupakan matlamat hidup kita yang lain. Jangan lupakan pengisian kita sebagai hamba Allah..

Belajar itu ibadah, tapi kalau sampai lupa tanggungjawab sebagai muslim , ibadah lagi ke?

Wabak mahasiswa 3K semakin membarah.

Sampai solat pun di hujung waktu sbb study,
Sampai langsung tak melibatkn diri dalam society,
Sampai langsung taknak pergi majlis ilmu lain,
Sampai langsung takde masa untk berukhuwwah.,

Apabila hidup mengejar 4 flat.
Apabila belajar untk kerja.

Hayati keindahan hidup di alam kampus dgn belajar,
berusrah, berukhuwwah, bersociety, menghadiri majlis ilmu, dll.

Belajar belajar jgak,
Tp jgn lupakan matlamat hidup kita yg lebih utama.

Khalifah.

#copypaste #credittoowner