Siapa yang dapat masuk universiti, ni pesan abang:
1- Jangan bangga sangat masuk universiti ni. Ianya bukan satu kejayaan, tetapi satu cabaran. Kau kena ingat, universiti bukannya syurga, tetapi ia adalah dunia. Dunia adalah tempat cobaan. Kau tanamkan mentaliti bahawa banyak cabaran yang akan kau tempuhi.
Cabaran yang kau akan hadapi bukannya cabaran dalam bentuk pembelajaran semata-mata. Cabaran pembelajaran ni kat mana-mana pun sama.
2- Pertama, cabaran yang abang maksudkan adalah cabaran kau terus istiqomah dengan kebaikan yang kau dah buat time kat sekolah/matriks dulu.
Abang bukanlah orang yang selayaknya tulis pasal benda ni. Tapi ini adalah hakikat. Tak ramai yang lulus cabaran nak istiqamah ni. Abang sendiri dah lalui. Orang yang abang kenal yang dahulunya punyalah alim, tapi masuk universiti, sifat alim dia tu berubah mendadak.
Istiqamah tak istiqamah ni, memang bergantung sepenuhnya kepada diri kita. Jangan salahkan orang lain nanti. Kat universiti, kau bebas memilih, dan kau bertanggungjawab atas apa yang kau pilih.
3- Cabaran kedua, masa kat universiti ni kau akan dilanda cabaran masa yang sibuk. Bila masa sibuk, kau akan mula mengelat nak sembahyang, baca Quran, puasa sunat, pergi mesjid dan jaga ikhtilat.
Malah, disebabkan kau sibuk, kau akan lupa sekejap kat mak ayah korang. Waktu kau masuk universiti inilah mak ayah kau rasa sedikit sunyi.
Dan disebabkan kau sibuk, kau leka dan terpengaruh dengan kawan-kawan yang kurang baik akhlaknya.
4- Cabaran ketiga, cabaran kewangan. Masuk universiti, kau kena bayar ribu riban yuran. Yuran ni kena bayar setiap 5 bulan je. Kalau habis pun duit ribu riban ni, hanya sekali sahaja habis.
Tapi cabaran kau adalah kau terpaksa melalui hari-hari kau dengan duit. Kau akan rasa cepat susut duit sebab kau nak beli makanan sedap-sedap, beli topup, pergi bershopping dengan kawan, pergi beli barang-barang keperluan kat tempat tinggal dan sebagainya.
Ditambah lagi kau kena beli buku teks subjek, beli buku rujukan, fotostat nota, fotostat assignment, print assignment dan bermacam lagi kehendak yang memerlukan duit.
Akhirnya, kau tak hairan langsung pun lagi kalau duit kau habis RM100 dalam masa 5 hari sahaja.
5- Cabaran keempat, cabaran bersama kawan. Kau akan jumpa kawan baru. Itu sangat best. Kau akan jumpa kawan sekepala dengan kau. Kau akan geng dengan beberapa orang yang agak ngam dengan kau.
Tapi masalahnya, kawan-kawan kat universiti ni dah besar dah. Jadi isu dan krisis yang melanda kau dan kawan-kawan kau lebih besar dan rumit.
Kat sekolah dulu, kau mungkin bergaduh dengan member sebab member tak kejut kau bangun tidur, kawan kau curi makanan dalam loker, kawan kau sindir kau sampai kau nangis dan kawan kau pinggirkan kau.
Tapi kat universiti, kau akan jumpa krisis kawan tak nak bayar hutang, kawan rosakkan barang berharga kau yang harga ribu riban tapi tak nak bayar, kawan panggil geng gengster dia nak belasah kau sebab kau tak sengaja borak dengan awek dia,
Dan lagi sial adalah, kawan kau benci kau, belakang kau dia kutuk sedap punya tapi bila depan kau, dia pura-pura buat baik dan mesra.
6- Cabaran kelima adalah, cabaran hati dan mata. Di universiti, kau akan jumpa perempuan lawa,lelaki sado dan mak nyah yang cantik.
Kau akan cepat tergoda dengan semua ini. Lagipun korang dah semakin besar, jadi kahwin dan nikah ni sudah jadi salah satu misi hidup korang. Dan pencarian makwe dan pakwe biasanya bermula ketika di universiti.
Kalau dulu korang lah orang yang bantah orang bercinta dan couple, tapi time kat universiti, korang pulak yang akan buat benda yang sama. Kalau time sekolah dulu korang jenis penangkap orang dating mengalahkan jabatan agama, time universiti korang pula yang dating.
Ikhtilat korang dah makin lama makin ketepikan. Tepuk tampar, gelak-gelak, bercakap jarak dekat, berdua-dua dalam bilik, semuanya merupakan cabaran yang korang akan hadapi ketika di universiti.
Ini yang korang kena hadapi. Di universiti ini, semuanya pilihan anda. Bukan pilihan orang lain.
7- Cabaran keenam adalah, cabaran persaingan.
Kalau kat sekolah dulu, korang mungkin seorang Ketua Pelajar, atau pendebat terbaik, atau pemain bola sepak negeri, atau atlit harapan sekolah, atau penyanyi nasyid yang hebat.
Tapi kat universiti, semua bakat yang kau ada, orang lain ada. Kat universiti, akan terhimpun orang yang lagi power memimpin daripada kau. Begitu juga terhimpun berpuluh-puluh pendebat terbaik, pemain bola sepak, atlit negeri dan penyanyi nasyid. Bukan sorang dua, tetapi berpuluh-puluh orang yang sama power dengan kau.
Cabaran kau adalah bagaimana kau nak teruskan hidup kau dengan bakat yang ada untok menyaingi orang lain.
Daripada power memimpin, kat universiti kau boleh jadi orang yang kerdil sahaja. Daripada power main bola sepak, kat universiti kau boleh jadi orang yang kaki bangku. Daripada pandai menyanyi, kau akan jadi orang sengau kat universiti.
Abang sarankan, apabila kau masuk universiti, kau kena RAJIN. Rajin apa? Rajin involve join persatuan. Kena rajin join jadi committee event-event besar. Kena rajin masuk kelab-kelab yang sesuai dengan bakat kau.
8- Yang last sekali, cabaran kau dalam universiti adalah kau pegang title sebagai budak universiti. Kau tau tak, walaupun ramai orang yang masuk universiti, tapi orang awam sangat memandang tinggi pada budak universiti.
Jadi, kau kena bertindak sebagai budak universiti. Kau jangan buat benda bukan-bukan seperti bergaduh dengan orang, tak hormat orang tua, pergi disko sampai larut malam, merempit, hisap dadah dan sebagainya.
Kalau kau bukan budak universiti, kau kena tangkap, orang tak berapa nak pandang kau. Tapi disebabkan kau budak universiti, kena tangkap dengan polis pulak, maka orang akan pandang kau sehina-hinanya dan title kau sebagai pelajar universiti tak berguna lagi dah.
Ini satu segi.
Satu lagi segi adalah, apabila kau jadi pelajar universiti, orang expect tinggi pada kau. Oleh itu, pengetahuan am kau kena sangat luas. Kau kena tahu apa isu semasa sekarang. Kau kena kenal nama kabinet parlimen dan ahli-ahli politik Malaysia. Kau kena tahu isu-isu ekonomi.
Kau malas membaca, kau hidup dalam bilik dan kelas sahaja, maka otak kau tak berkembang. Kau hanya belajar subjek yang kau belajar sahaja. Tapi isu semasa kau tak nak ambik tahu.
Kalau macam tu, baik suruh burung kakak tua yang belajar. Burung kakak tua kalau suruh hafal pun, dia boleh hafal. Jadi, kau kakak tua ke, manusia?
9- Abang rasa itu sahajalah yang abang nak nasihatkan. Sekali lagi, abang akui, abang bukanlah orang yang sesuai nak nasihat benda ni. Tapi, abang perlu buat sebab abang sayang adik-adik abang. Abang nak korang bersedia.
Dan abang nak anak bangsa abang bersedia dengan cabaran .
#copypaste
Sunday, 16 August 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment