Thursday, 24 July 2014

"Semua benda payah." Desis hati kecil.

Rasa nak..
Meraung sekuat hati.
Menangis berbaldi baldi.

Dulu.
Semua baik baik saja.

But then.

Semuanya berubah.
Semuanya makin payah.
Semuanya perlu bergegas.

Aku LETIH.

Assignment berlambak. Quiz test quiz test. Tambah tambah dah nak dekat final. Tanpa paham konsep setiap subject. Dengan diri yang tak terurus. Hati ni. Sakit. Kosong. Everything is not fine. Fikiran hanya focus soal assignment, revision tutorial, project. Urusan dunia. Semuanya kacau bilau. Huru hara! Letih penat!

Aku fed up. Dan give up.

But then again.

I was looking through the windowsill. While the rain is pouring. Beautiful. Subhanallah. Ah! Malas nak melayan kerja yang berlambak atas meja. Pen di flip 360 darjah. Buku bersepah atas meja. Laptop dibiar habis battery sia sia.

Pandangan dihala ke luar tingkap.

"Mesti ada satu benda atau something lah yang buat kau jadi tak terurus macamni."

Berdesing telinga.

"And why don't you reflect yourself first before assuming others as wrong?"

Hangat.

Pipi hangat dengan cecair jernih.

"Kau sebenarnya jauh dari Allah. Bukan Allah yang menjauh. Tapi kau. Kau yang menjauh. Kau yang letak tembok. Kau sendiri yang put a distance between kau dengan Allah in order to achieve kau punya mission kat dunia. Dunia SEMATA. you know what? Kau tak bersyukur. Lupa diri."

Dushhh.

And yes it's true. Sebabkan masa tak cukup dan terkejar masa nak study sampai tinggal tak baca langsung Quran? Sebabkan ada kelas straight berderet sampai lewatkan waktu solat and sampai kena qada' balik sebab tertinggal? OH! Sebabkan kepala semak dengan assignment and tugasan dari lecturer so lupa and lalai akan tugas sebagai khalifah kat dunia? Sampai lupa? HOW COULD I. ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI. Allahuakbar..

Nangis. Serious.

N/p : don't forget Allah // Farid Sanullah

"You're down and out.. you just can't cope.. You wanna shout you lost all hope.."

Yes..

"On your knees.. begging please.. You turn and pray to find your way.."

Tears..

"Hey.. you make doa.. Allah's there.. whoever you are cos He cares..."

And when He cares..

"Then you forget.. to say thankyou Allah.. you forget to say In shaa Allah.. You forget to say Subhanallah.."

Such ungrateful me..

"Lets flashback lets backtrack.."

Ya Rabbi.

Aku jauh dariMu. Sebabtu hidup aku kelam. Huru hara. Aku lalai. Dah lama tak baca Quran dengan hati. Dah lama tak boleh menangis bila dengar ayatMu. Aku lalai. Lalai sangat..

"Therefore remember Me (Allah), I will remember you. And be thankful to Me (Allah), and do not be ungrateful to Me (Allah)." AlBaqarah [152]

Sticky note ditampal ke board. "Kau daie dan juga mad'u kalau kau nak masuk Syurga. Be a true Muslim. Sejati." Tampal ke board. Sambil sengih.

Allah tengah tengok aku. Allah lihat setiap usaha aku. Malu lah kalau aku sengaja buat buat lupa akan Dia. How could i. Berdoa minta Allah kabulkan permintaan tapi tak pernah nak please Allah sungguh2.

Dear myself,
Tolonglah berubah. In order to achieve Jannah. Seimbangkan urusan dunia dan akhirat. Dunia kita genggam. Akhirat kita peluk ketat ketat. Decide. Nak jadi macam mana.

To live well or hell, we choose.

Senyum. "Aku. Khalifah Allah. Aku. Dai'e dan insha Allah bersedia jadi mad'u"

Forgive and forget all harm that others have caused you. Forgive as many times as you want allah to forgive you. Forgive me too then. Sengaja atau tak sengaja. May Allah bless.

Sunday, 20 July 2014

Very nicely written 

Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jajauhuh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Sunday, 13 July 2014

10 Orang terkaya di malaysia

10 org terkaya di malaysia 2014...

Guess who's number 1??? Jelosnyeeeeee..... huh!!
������������������

10.Datuk Mokhzani Mahathir

-Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b����

9.Puan Seri Lee Kim Hua

-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b

8.Tan Sri Lim Kok Thay

-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b

7.Tan Sri Syed Mokhtar

-memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b

6.Tan Sri Lee Shin Cheng

-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b

5.Tan Sri Quek Leng Chan

-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b

4.Tan Sri Teh Hong Piow

-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b������

3.T Ananda Krishnan

-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b����

2.Tan Sri Robert Kuok

-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b ��������

1. Org yg solat subuh berjemaah

-memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya ������

Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat shalat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Turmudzi, Nasa'i & Ahmad)

Jgn lupa share.. mana tau esok ada kawan2 kita yg baca tergerak hati solat subuh berjemaah lps baca msg ni,  dapat pahala free kat kita.. hehehe.. insyaAllah...

Sunday, 6 July 2014

Nukilan Terakhir Allahyarham D.Sharifah Aini

Sila Baca Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :-                                                          Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.
In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh…….  Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

-alfatihah-