Monday, 24 September 2012

Rasulullah itu idola.

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum wbt.

Ya Muhammad,
Akhlakmu elok umpama bulan,
menerangi,
memberi petunjuk manusia akhir zaman.


Baru2 ni, umat Islam telah dikejutkan dengan kontroversi filem 'Innocence of Muslims' yang jelas2 menghina Nabi Muhammad saw, nabi utusan terakhir kita. Filem ini diarahkan oleh Sam Bacile, seorang yahudi anti-islam dan mempunyai jangka masa selama 2 jam tayangan yang disiarkan di panggung wayang sekitar Amerika.

Apa pendapat kalian terhadap perkara ni?

Apa perasaan kalian?


Ku tanyakan pada diri sendiri, apa perasaan aku bila mengetahui perkara ni?

Pertama sekali, aku ni bukanlah di kategori orang yang berilmu. Dan aku masih belum mengenal dengan sejelas2nya peribadi Nabi Muhammad saw yang sering diceritakan sebagai seorang yang sempurna, akhlaknya bagai syurga. Aku juga masih belum menghafal banyak hadith baginda. Dan aku juga tidak mengetahui dengan terperinci segala sirahnya.
Namun, izinkan aku untuk bangkit menentang. izinkan aku untuk membela nabi akhir zaman ini. Izinkan aku untuk menyucikan nama Muhammad saw . Izinkan aku untuk menunjukkan kesetianku sebagai umatnya yang sedang hidup dalam dunia akhir zaman, dunia penuh fitnah. Allahuakbar!


Namun sejujurnya, apa je yang aku dapat melakukan bagi menentang fitnah ini? aku ini cuma seorang hamba biasa, hamba yang banyak lopangnya. Aku bukanlah seorang pemimpin yang mampu menggerakkan rakyat. Jauh sekali di kenali dunia seantero. Cara apa je yang dapat menunjukkan aku protes terhadap penghinaan ini?


Lalu, cara ini sajalah yang mampu kuambil, sesuai dengan kudratku yang sifar kuasa.

Aku share segala post yang melibatkan perkara ini di Facebook. Aku tweet dan retweet segala apa tentang bantahan filem ini di timelineku. semua ini menunjukkan bahawa, aku kisah Ya Rasulullah. Maafkan aku kerana ini sahaja yang mampu aku lakukan. Dan aku juga berdoa, semoga mereka2 yang terlibat dalam filem ini ditimpa laknat Allah dan diberi balasan sehina2nya di dunia dan akhirat. Semoga hamba2 sepertiku juga bangkit membela kesucianmu, ya Rasulullah.

Dan sebagai tambahan, aku menulis post ini. Untuk memberi kesedaran utama kepada diriku sendiri dan kalian para pembaca. Ayuh kita bangkit! Kita buktikan kesalahan deskripsi mereka terhadap baginda dengan mengamalkan sunnah dan mencontohi akhlak mulia nabi Muhamad saw.
LET'S PROVE THEM WRONG. YOU KNOW WE CAN DO IT.

izinkan aku untuk menyelitkan sedikit hadtih yang menunjukkan keperibadian baginda yang rupawan tak terhingga.

Jabir bin Samurah berkata :

'Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, beliau memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang beliau dan bulan silih berganti. Menurutku, beliau lebih indah daripada bulan purnama.' (direkodkan oleh Imam Tirmizi)


Anas bin Malik berkata:

' Rasulullah saw berkata; Aku pernah ditakutkan (dengan pelbagai ancaman kaum musyrik) kerana (menyampaikan agama) Allah. Tidak ada seorang pun yang pernah berasa ditakutkan 
sepertiku. Aku juga pernah disakiti kerana Allah  dan tidak seorang pun yang pernah disakiti seperti aku. Aku dan Bilal pernah tidak memiliki makanan yang layak di makan manusia, selama tiga puluh hari dan tiga puluh malam berturut2. Apa yang ada hanyalah sedikit makanan yang disimpan oleh Bilal di bawah lengannya.'(direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Ibnu Majah)

Anas Bin Malik berkata:

' Pada hari Rasulullah memasuki Madinah, seluruh kota menjadi terang. Pada hari Rasulullah saw wafat, seluruh kota menjadi suram. Dan kami tidak akan membersihkan debu kubur Rasulullah, dari saat kami menguburkan beliau sehingga kami mengingkari hati kami.' (direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Ibnu Majah)


indahnya engkau , Ya Rasulullah :')


So guys, Ayuh kita tunjukkan bahawa kita kisah dan sangat mengambil berat tentang perkara ini.


Allahumma solli ala saiyidina muhammad, wa ala alihi wa sohbihi wa barik wa sallim!


Assalamualaikum wbt.

post signature

Sunday, 16 September 2012

memberi&menjawab salam. susah ke?

                                           

hari ni, aku nak berkongsi benda yang ringan je tapi bermanfaat, iaitu seperti yang tertera di tajuk. aku dapat idea ni masa tengah revise pelajaran Syariah Islamiah tingkatan 4. so siapa2 yang ada buku teks ni, silalah buka muka surat 162 kalau rajin yew..

' Daripada Abu Hurairah ra , Rasulullah saw bersabda : Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk. Kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua. ' (riwayat bukhari muslim)


berdasarkan hadis yang disebut tadi, dapatlah kita simpulkan tentang pada siapa kita nak bagi salam. point hadis ni adalah:

1. yang berkenderaan, bagi salam pada yang berjalan kaki.
2. yang berjalan/berdiri beri salam pada yang duduk
3. yang muda, bagi salam pada yang tua.
4. kumpulan yang sikit, bagi salam kat yang ramai.

nampak macam mudah kan, topik ni. hakikatnya, ada banyak yang perlu kita tahu dengan lebih mendalam.

Hukum memberi salam:
- sunat mua'kad (sangat dituntut)
-kalau seorang dalam kumpulan memberi salam, semua dapat pahala sunat 

Hukum menjawab salam:
                        -fardu ain (wajib) kalau yang beri salam tu seorang diri
                        -fardhu kifayah jika yang menjawabnya adalah ramai/kumpulan.

Pernah tak korang hadapi situasi ni, di mana kawan korang yang bukan islam, ucap salam kat korang? mesti pernah kan... mereka melakukannya untuk menunjukkan keramahan, tapi sebenarnya cara itu salah.  Orang bukan islam tidak sepatutnya beri salam kepada yang islam, kerana ucapan salam itu merupakan identiti yang menunjukkan seseorang tu beragama islam.
tapi, mestilah kita teragak2 kan nak terangkan kat diorang. nak balas salam pun, fikir dua tiga kali sebab nak sedapkan hati diorang.
jangan risau. kita boleh jawab salam kat diorang. Tapi dengan cara yang lain.
   "wa'alaika."
atau
"wa'alaikum."

basically, makna sama je, tapi beza bilangan. 'dan kepada awak/kamu semua juga'


ada hadis yang menyebut:

"  Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda : janganlah kamu mulai salam kepada yahudi dan nasrani...." (riwayat Muslim)

hadis ini mengatakan bahawa Rasulullah saw melarang kita memberi salam kepada yang bukan islam. jadi, ucapan wa'alaika tu hanya berlaku kalau si bukan islam tu yang memberi salam dahulu.




lelaki: pheewiit awek lalu. assalamualaikum cik adik. tak jawab dosa...
perempuan: 'emm nak jawab ke tak. aku tak nak layan dia tapi kalau tak jawab kang berdosa...'

anda2 sekalian mesti pernah rasa experience ni kan... alah, zaman sekarang, biasalah benda ni...

well2, mari kita rujuk hukum ni.

 salam seorang lelaki kepada seorang perempuan atau sebaliknya yang tidak mempunyai hubungan mahram adalah tidak disunatkan kecuali dalam keadaan bebas dari fitnah. harus beri salam jika untuk pendidikan (ex. guru and murid)

-lelaki beri salam pada perempuan remaja; tidak harus menjawabnya.
-perempuan beri salam pada lelaki; makruh jawab.

dalam perbualan tadi tu, nampak sangatlah tujuan bagi salam dia tu salah. so girls, jangan ragu2 untuk tidak menjawab salam mereka kerana kita dapat mengelakkan daripada timbulnya fitnah2 yang tak diingini lagi disukai. weee~~ jangan pulak kita menggatal, jawab salam dengan suara manja. uiiii cannot....



ok, last hadis for this post.

" antara tanda2 kiamat ialah apabila seorang lelaki mengucapkan salam kepada lelaki lain dan dia tidak mengucapkan salam tersebut kecuali orang yang dikenalinya sahaja." (riwayat ahmad)

that's all for today.


(seelok2nya kita menjawab lebih atau sekurang2nya sama)

:)

post signature

Tuesday, 4 September 2012

Puasa Enam Syawal oi oi

                                                             

                                                         
                                                                   




Assalamualaikum warahmatullah :)



Hari ni nak cakap pasal puasa enam.

ehem2,


semua dah puasa enam ke?



*krik krik*


haaa kantoi belum buat lagi (ceh sonang jo eden menuding). tapi aku rasa mesti ada yang dah buat tapi belum cukup enam. dan mesti ada yang dah BERJAYA PUASA ENAM. well, alhamdulillah, mabruk aku ucapkan pada sesiapa yang dah cukup tu. nah kasi gula2.. ok gurau. tapi yang penting, dapat keredhaan Allah dan keberkatanNya pun dah cukup dah :)
 Siapa yang tak buat/ tak lengkap lagi puasa enam, yosh kita lengkapkan!



" Asal kau nak paksa2 aku puasa enam? bukannya benda wajib pun. Lantak aku la weh"



Ya aku tauu.. tak wajib pun. tapi benda tu sunat dan sunnah. Apa salahnya kita berkorban nafsu selama enam hari je. Lagipun,

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

www.iloveislam.com


Wah.. bukan main pemurah lagi Allah swt nak bagi kita pahala. Bayangkan, kalau kita puasa  masa ramadan (well aku rasa semua lulus ni insyaAllah) dan disambung enam hari syawal, dapat pahala setahun. Bayangkan, kita semua bekerja sebulan+enam hari, bos kita kasi gaji setahun. weh, siapa tak nak kot..dapat la cover sikit2 dosa kita yang tak terkira tu :)




" ish, aku tak boleh ah. Raya kita dah lah sebulan. Pesta makan memanjang. sat lagi, rumah terbuka kat sini. lepas tu, open house kat situ. lepas tu, dekat nun sana pulak. banyak dugaan ah"




“Dia (hamba-Ku) meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya demi kerana-Ku”
Hadis riwayat Al-Bukhari.

itulah sebab kita berpuasa enam. demi memupuk nafsu kita. cuba kita niatkan, puasa ini untuk Allah. 'Aku tahan tengok orang makan, sebab Allah. takkanlah aku nak hampakan Allah swt bila aku dah niat dan lakukan puasa ni. Kalau tak, sia2lah amal aku' Bila fikir macam tu, InsyaAllah kita akan rasa bersalah kalau terfikir nak batalkan puasa kita. Lalu, kita pun bertahanlah sampai maghrib, haa kan dah berjaya!





"puasa wajib aku pun belum habis ganti. macam mana nak puasa enam."



masalah ni sering bermain di fikiransemua terutama muslimah uols  kan.. aku faham ;)

Hmmm... banyak perselisihan pendapat daripada para ulama. aku pun masih keliru sebenarnya. tapi sementelah Malaysia pengikut mazhab Syafie, jadi aku ikut pendapat Imam Syafie. Ustazah aku pun suruh camtu. sila klik http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal dan http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html untuk maklumat lebih lanjut.


ok, sekarang

Tips2 puasa enam

-puasa masa hari sekolah/kerja supaya tak adalah rasa dugaan sangat.
-elakkan daripada berdampingan dengan orang yang tengah makan/minum.
-buat sesuatu perkara baik yang mampu merencatkan nafsu kita. cth: baca alQuran, berzikir, melukis, melakukan tugasan dengan khusyuk.
-jangan baca/dengar apa2 yang berkaitan dengan makanan.

hmmm, tu aje kot. lastly, aku cuma nak cakap, janganlah kita ni puasa semata2 tahan lapar. Masukkan banyak perisian baik, dan tinggalkan yang tak baik.

ok lah,

Assalamualaikum warahmatullah :)



post signature