Tuesday, 4 September 2012

Puasa Enam Syawal oi oi

                                                             

                                                         
                                                                   




Assalamualaikum warahmatullah :)



Hari ni nak cakap pasal puasa enam.

ehem2,


semua dah puasa enam ke?



*krik krik*


haaa kantoi belum buat lagi (ceh sonang jo eden menuding). tapi aku rasa mesti ada yang dah buat tapi belum cukup enam. dan mesti ada yang dah BERJAYA PUASA ENAM. well, alhamdulillah, mabruk aku ucapkan pada sesiapa yang dah cukup tu. nah kasi gula2.. ok gurau. tapi yang penting, dapat keredhaan Allah dan keberkatanNya pun dah cukup dah :)
 Siapa yang tak buat/ tak lengkap lagi puasa enam, yosh kita lengkapkan!



" Asal kau nak paksa2 aku puasa enam? bukannya benda wajib pun. Lantak aku la weh"



Ya aku tauu.. tak wajib pun. tapi benda tu sunat dan sunnah. Apa salahnya kita berkorban nafsu selama enam hari je. Lagipun,

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).

www.iloveislam.com


Wah.. bukan main pemurah lagi Allah swt nak bagi kita pahala. Bayangkan, kalau kita puasa  masa ramadan (well aku rasa semua lulus ni insyaAllah) dan disambung enam hari syawal, dapat pahala setahun. Bayangkan, kita semua bekerja sebulan+enam hari, bos kita kasi gaji setahun. weh, siapa tak nak kot..dapat la cover sikit2 dosa kita yang tak terkira tu :)




" ish, aku tak boleh ah. Raya kita dah lah sebulan. Pesta makan memanjang. sat lagi, rumah terbuka kat sini. lepas tu, open house kat situ. lepas tu, dekat nun sana pulak. banyak dugaan ah"




“Dia (hamba-Ku) meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya demi kerana-Ku”
Hadis riwayat Al-Bukhari.

itulah sebab kita berpuasa enam. demi memupuk nafsu kita. cuba kita niatkan, puasa ini untuk Allah. 'Aku tahan tengok orang makan, sebab Allah. takkanlah aku nak hampakan Allah swt bila aku dah niat dan lakukan puasa ni. Kalau tak, sia2lah amal aku' Bila fikir macam tu, InsyaAllah kita akan rasa bersalah kalau terfikir nak batalkan puasa kita. Lalu, kita pun bertahanlah sampai maghrib, haa kan dah berjaya!





"puasa wajib aku pun belum habis ganti. macam mana nak puasa enam."



masalah ni sering bermain di fikiransemua terutama muslimah uols  kan.. aku faham ;)

Hmmm... banyak perselisihan pendapat daripada para ulama. aku pun masih keliru sebenarnya. tapi sementelah Malaysia pengikut mazhab Syafie, jadi aku ikut pendapat Imam Syafie. Ustazah aku pun suruh camtu. sila klik http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal dan http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html untuk maklumat lebih lanjut.


ok, sekarang

Tips2 puasa enam

-puasa masa hari sekolah/kerja supaya tak adalah rasa dugaan sangat.
-elakkan daripada berdampingan dengan orang yang tengah makan/minum.
-buat sesuatu perkara baik yang mampu merencatkan nafsu kita. cth: baca alQuran, berzikir, melukis, melakukan tugasan dengan khusyuk.
-jangan baca/dengar apa2 yang berkaitan dengan makanan.

hmmm, tu aje kot. lastly, aku cuma nak cakap, janganlah kita ni puasa semata2 tahan lapar. Masukkan banyak perisian baik, dan tinggalkan yang tak baik.

ok lah,

Assalamualaikum warahmatullah :)



post signature

No comments:

Post a Comment