Sunday, 16 September 2012

memberi&menjawab salam. susah ke?

                                           

hari ni, aku nak berkongsi benda yang ringan je tapi bermanfaat, iaitu seperti yang tertera di tajuk. aku dapat idea ni masa tengah revise pelajaran Syariah Islamiah tingkatan 4. so siapa2 yang ada buku teks ni, silalah buka muka surat 162 kalau rajin yew..

' Daripada Abu Hurairah ra , Rasulullah saw bersabda : Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk. Kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua. ' (riwayat bukhari muslim)


berdasarkan hadis yang disebut tadi, dapatlah kita simpulkan tentang pada siapa kita nak bagi salam. point hadis ni adalah:

1. yang berkenderaan, bagi salam pada yang berjalan kaki.
2. yang berjalan/berdiri beri salam pada yang duduk
3. yang muda, bagi salam pada yang tua.
4. kumpulan yang sikit, bagi salam kat yang ramai.

nampak macam mudah kan, topik ni. hakikatnya, ada banyak yang perlu kita tahu dengan lebih mendalam.

Hukum memberi salam:
- sunat mua'kad (sangat dituntut)
-kalau seorang dalam kumpulan memberi salam, semua dapat pahala sunat 

Hukum menjawab salam:
                        -fardu ain (wajib) kalau yang beri salam tu seorang diri
                        -fardhu kifayah jika yang menjawabnya adalah ramai/kumpulan.

Pernah tak korang hadapi situasi ni, di mana kawan korang yang bukan islam, ucap salam kat korang? mesti pernah kan... mereka melakukannya untuk menunjukkan keramahan, tapi sebenarnya cara itu salah.  Orang bukan islam tidak sepatutnya beri salam kepada yang islam, kerana ucapan salam itu merupakan identiti yang menunjukkan seseorang tu beragama islam.
tapi, mestilah kita teragak2 kan nak terangkan kat diorang. nak balas salam pun, fikir dua tiga kali sebab nak sedapkan hati diorang.
jangan risau. kita boleh jawab salam kat diorang. Tapi dengan cara yang lain.
   "wa'alaika."
atau
"wa'alaikum."

basically, makna sama je, tapi beza bilangan. 'dan kepada awak/kamu semua juga'


ada hadis yang menyebut:

"  Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda : janganlah kamu mulai salam kepada yahudi dan nasrani...." (riwayat Muslim)

hadis ini mengatakan bahawa Rasulullah saw melarang kita memberi salam kepada yang bukan islam. jadi, ucapan wa'alaika tu hanya berlaku kalau si bukan islam tu yang memberi salam dahulu.




lelaki: pheewiit awek lalu. assalamualaikum cik adik. tak jawab dosa...
perempuan: 'emm nak jawab ke tak. aku tak nak layan dia tapi kalau tak jawab kang berdosa...'

anda2 sekalian mesti pernah rasa experience ni kan... alah, zaman sekarang, biasalah benda ni...

well2, mari kita rujuk hukum ni.

 salam seorang lelaki kepada seorang perempuan atau sebaliknya yang tidak mempunyai hubungan mahram adalah tidak disunatkan kecuali dalam keadaan bebas dari fitnah. harus beri salam jika untuk pendidikan (ex. guru and murid)

-lelaki beri salam pada perempuan remaja; tidak harus menjawabnya.
-perempuan beri salam pada lelaki; makruh jawab.

dalam perbualan tadi tu, nampak sangatlah tujuan bagi salam dia tu salah. so girls, jangan ragu2 untuk tidak menjawab salam mereka kerana kita dapat mengelakkan daripada timbulnya fitnah2 yang tak diingini lagi disukai. weee~~ jangan pulak kita menggatal, jawab salam dengan suara manja. uiiii cannot....



ok, last hadis for this post.

" antara tanda2 kiamat ialah apabila seorang lelaki mengucapkan salam kepada lelaki lain dan dia tidak mengucapkan salam tersebut kecuali orang yang dikenalinya sahaja." (riwayat ahmad)

that's all for today.


(seelok2nya kita menjawab lebih atau sekurang2nya sama)

:)

post signature

No comments:

Post a Comment