Sunday, 31 December 2017

Salam guys.

Even though this is according to masihi, happy new year ☺ let's tribe to be a better person shall weeee okay tutup salam

Sunday, 24 December 2017

Plan

Assalamualaikum wbt

Today, as always, I learned that Allah swt is always the Planner. And whatever, however detailed you have stratwgised your plan to be, nothing will happen if it is not according to His will. So I learn to change my prayer from asking Him to fulfill my plan that ive been dreaming for into hoping that whatever plan I do will be in accordance to His. Wamakaru wamakarallah, wallahu Khairul makirin.

Sunday, 17 December 2017

Kepada sesiapa antra kita pernah terbayang yg matahari akan terbit dari belah barat mcm yg Nabi Muhammad ckp 1400 tahun yg lalu..

Tp skrg scientists dh thu mcm mana ia berlaku. Scientists dh lama buat kajian trhadap MARS yg mana arah pusingan dia sama mcm Bumi. Tp skrg ni Mars dh berpusing mngikut arah yg berlawanan n matahari terbit d sebelah barat Mars. Ini di namakan sbgai Retrograde Motion dan ianya berlaku di seluruh planet. N Bumi adalah yg seterusnya.!!

Allah berfirman yg apabila matahari terbit dri sebelah barat, pintu KEAMPUNAN akan di tutup. X de lg doa taubat yg akan di terima.. Dh x lama lg dh ianya akan berlaku..!!

Jangan bazirkan masa untk movies,muzik,party dll..luangkan lah lebih bnyk masa dgn membaca n belajar AL-QURAN dan HADIS..SOLAT lima waktu..dan ajarlah ank2 kita tentang Islam..ianya akan menguntungkan kita di dalam KUBUR nnti..

ISLAM ialah agama yg indah dan ALLAH dh permudahkannya untk kita melalui kesayangan kita, NABI MUHAMMAD (salam sejahtera buat baginda)...

Jangan hanya forward kn sahaja pesanan ini..tp fikir sejenak kpd diri kita.. Adakah kita dh buat apa2 dlm kehidupan kita untk KEHIDUPAN SELEPAS MATI...?? Adakah kita dah bersedia untk brjumpa dgn ALLAH pada hari PEMBALASAN???
Ingat.. Kita bersendirian pada hri tersebut..

.. Pernah kita terfikir apa yg akan terjadi kalau kita anggap/layan Quran sebagaimana kita layan ..hp kita...?

.. Bagaimana pula klau kita sentiasa bawaknya ke mana sahaja kita pergi;

Di dlm beg kita ......... & juga di dlm poket kita?

.. Bagaimana pula kalau kita tgk dekat muka surat Quran .. beberapa kali dlm masa sehari ..?

.. Bagaimana jika kita berpatah balik .. ambil Quran tersebut jika kita terlupa nk ambil nye..?

.. Bagaimana jika kita anggap/layan Quran tu mcm kita x boleh hidup tanpanya..?
- Mmg btul, kita x boleh hidup tanpanya..!

.. Bagaimana jika kita hadiahkan Quran kpd ank2 atau kwn2 kita .... sebagai hadiah ..??

.. Bagaimana jika kita membacanya sambil berjalan/bercuti ✈........?

.. Bagaimana jika kita jadikannya sebagai satu kepentingan setiap hari??

Jadikan logo kita :
"Al-Quran ialah sahabat karibku ..."

.. Hanya 7% yg akan forward pesanan ini.

.. Jadilah golongan 7% ini & hantarkannya kpd seramai yg boleh .........

.. Jangan jd lg sebahagian 93% yg x share pesanan ni...

.. Fikir....walau sekali.. Pada hari PEMBALASAN.. Kita akn sedar setiap hari kita baca msg dri kwn......

..Kita share/forward lawak jenaka .. & gossips.....

.. Tapi brp kali kita buka Quran dan baca .. pesanan .. yg disampaikan oleh Allah Subhaana WaTa'aala ☝.

. Secara scientifik terbukti :

..Mendengar ..Quran .. dpt mengurangkan kelaziman sel kanser di dalam badan manusia2 dan  malah memusnahkannya.

..Bersujud lama boleh kuatkan memori ,dan mengelakkan stroke.

.. Syaitan .. berkata :
"Aku tertanya bagaimana  manusia2 .... mengaku bahawa mereka cinta.. kpd Allah ☝dan mengingkari-Nya, dan mereka juga mengaku bahawa mereka benci.. kpd aku.. tetapi mereka patuh kepada aku!"

.. Hanya akan mengambil 60 saat untk manfaatkannye kpd org kesayangan anda, sampaikan lah sebagai peringatan dan pesanan.

.. Amaran ⚠ .
Jangan hantar kemudian.
Hantar sekarang.

Semoga Allah SWT ☝kurniakan kejayaan kpd semua yg membacanya .. dan juga yg menyampaikannya ..... Aamiin..

Sunday, 3 December 2017

Why do I have to face this... Of all the obstacles... Astaghfirullah...

Sunday, 5 November 2017

*[Hari bersejarah 2 November.]*

2 November 2017 menandakan Deklarasi Balfour telah masuk *tahun ‪ke 100‬.*

Tarikh ini merupakan suatu tarikh yang amat penting kerana Ia merupakan *suatu pengesahan bahawa Zionis mempunyai sokongan dari British untuk berpindah ke tanah suci Palestin, dan menubuhkan negara Yahudi* di sana.

Apa itu *Deklarasi Balfour*? 📜

Deklarasi balfour merupakan perjanjian daripada kerajaan British kepada kaum Yahudi untuk menubuhkan negara mereka di Palestin. Surat ini ditulis oleh Arthur Balfour kepada Rosthchild, ketua kaum Yahudi di Britain ketika itu.

*Bermula dari hari ini (2 November), Yahudi dari seluruh dunia berpindah ke Palestin dan menawannya sedikit demi sedikit sehingga negara Israel diisytiharkan pada 1948.*

85% daripada tanah asal Palestin pda hari ini telahpun dijajah oleh Zionis. Pada hari ini, British dan Yahudi akan menyambut 100 tahun ini secara besar-besaran.

Bersama dengan kempen ini (menukar profile picture, menggunakan hashtag #Balfour100 #MalaysiaBersamaPalestin, menyebarkan fakta tarikh ini) adalah untuk *menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin dan sebagai membantah deklarasi tersebut.*

#Balfour100
#MalaysiaBersamaPalestin

Sunday, 29 October 2017

Kisah Cinta Aktivis Dakwah

Muslimah ini tak kuasa menyembunyikan rasa bahagia di hati ketika seorang lelaki aktivis datang meminangnya. Dengan menunduk teduh, keduanya berdoa agar mahligai cinta itu sampai ke pelaminan yang suci dan diberkahi.

Sayangnya, bahagia itu tak bertahan lama. Si lelaki yang soleh ini harus mendekam di dalam jeriji besi setelah diceduk oleh rejim zalim negaranya. Lelaki soleh itu, dituduh sebagai sebahagian daripada pemberontak hanya kerana aktif sebagai da’i dalam wadah Ikhwanul Muslimin.

Tak kenal ampun, rejim zalim itu mendekamkan si lelaki di sebuah penjara di kota Qana. Jauh dari Kaherah.

Namun, si akhwat yang sudah dilamar itu tak pernah menyurutkan cintanya. Dia menyusul ke Qana dari Kaherah dengan kenderaan apa pun yang boleh dia tempuh. Atas nama cinta.

Sesampainya di Qana, setelah tertahan beberapa waktu yang bukan sekejap, si Muslimah nan teguh tekadnya ini diberi izin untuk menemui lelaki ang telah meminangnya. Akhirnya…

Si laki-laki nan gagah iman itu, lalu bertutur dengan penuh kesedaran hati. Meski semua tahu, perasaan cintanya hancur lebur, andai tiada iman di dada.

“Aku batalkan pinanganku. Menikahkah dengan ikhwan lain.” tutur lelaki itu. Lirih. Terselip pedih.

Begitulah cinta sejati. Selayak itulah cinta atas nama iman. Sedemikian itulah kasih yang suci, dan sejati.

Ia tak pernah mengekang. Ia mustahil memaksa. Ia tak mungkin melanggar syariat. Meski perasaan tercabik, iman tetap harus di atas cinta. Apa pun alasannya.

Akan tetapi, si Muslimah yang menemukan keteladanan dan jiwa kepemimpinan di dalam diri lelaki yang meminangnya ini tak menggubris. Dia bersikukuh. Dia tetap dalam pendiriannya. Meski menanti tak tentu waktu menjadi satu-satunya pilihan setelah istiqamah dalam iman.

Ya. Muslimah itu menunggu lelaki calon imamnya. Bukan waktu yang sebentar. Wanita itu, lelaki itu, menunggu selama sembilan belas (19) tahun alias 228 bulan.

Si lelaki pejuang bernama Kamal As-Sananiri itu ditangkap pada tahun 1954 dan baru dibebaskan pada tahun 1973. Pada tahun pembebasan itu pula, As-Sananiri lekas menikahi Aminah binti Quthb Ibrahim. Saat dinikahi, wanita pejuang yang merupakan adik kandung Sayyiq Quthb ini sudah berumur lebih dari 50 tahun.

Meski cinta halal nan suci keduanya tak lama, kerana As-Sananiri kembali ditangkap oleh rejim zalim Mesir pada tahun 1981 dan ruhnya menghadap Allah Ta’ala di tahun yang sama, kisah cinta keduanya abadi dalam tinta emas sejarah.

Dan nafas cinta itu tetap harum, justeru setelah As-Sananiri menghadap Allah Ta’ala pada 8 November 1981, insya Allah sebagai syuhada’. Sedangkan Aminah binti Quthb Ibrahim akan terus dikenal oleh umat Islam sebagai wanita pemberani dan pejuang yang produktif menuliskan karya.

Oleh: Pirman Bahagia

Sunday, 15 October 2017

Let's not try to leave 5 times prayer a day, insyaAllah.

Sunday, 8 October 2017

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذۡكَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا كَانَ لَهُمۡ أَن يَدۡخُلُوهَآ إِلَّا خَآٮِٕفِينَ‌ۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬
“And who are more unjust than those who prevent the name of Allah from being mentioned in His mosques and strive toward their destruction. It is not for them to enter them except in fear. For them in this world is disgrace, and they will have in the Hereafter a great punishment.” ( Surah Al-Baqarah: 114)

Sunday, 1 October 2017

🔰 *Tausiyatul Qulub* 🔰

🍀Bismillah...

🎈"Sungguh manusia merancang dengan penuh *CITA-CITA* , Namun  ingatlah sesungguhnya Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan semesta alam iaitu Allah merancang dengan penuh *CINTA, KASIH & SAYANG*."

🎈Sungguh setiap apa yang dilalui dalam hidup ini adalah *UJIAN*. Susah, senang, kaya, miskin, kekurangan, kelebihan,  sakit bahkan sihat itu merupakan ujian.

(وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

[Surat Muhammad 31]

🎈Kuatkanlah kesabaran, yakinlah bahawa setiap kejadian yang berlaku mampunyai hikmah yang tersendiri. Jika Allah menghendaki ia pasti akan terjadi.

Ketetapan Allah sejak Azali mendahului dan mengatasi perancangan dan usaha manusia.

ما شاء الله كان وما لم يشاء لم يكن
ولا حول قوة إلا بالله

Apa yang Allah kehendaki, pasti akan terjadi,
Apa yang Allah tidak kehendaki,
pasti tidak akan terjadi.
Tiada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah

Sunday, 24 September 2017

-APA ITU BERKAT-

Al kisah suatu ketika Syaikh Ibrahim bin Adham RA. pernah terlibat dialog dengan salah seorang kafir zindiq(orang yang menolak perkara penting dalam agama) yang tidak percaya akan kewujudan berkat...

Si Zindiq itu berkata , bahwa "Yang namanya berkat itu jelas tidak ada (hanya sekadar mitos)".
Mendengar itu Syaikh Ibrahim lantas menanggapi pernyataannya ;

Syeikh Ibrahim bertanya kepada dia : Pernahkah kau melihat anjing dan kambing...?
Zindiq menjawab : Ya tentu...aku sering melihatnya

Lalu Syeikh Ibrahim bertanya lagi kepadanya : Menurutmu mana di antara keduanya yang lebih banyak membiak dalam melahirkan anak-anaknya..?

Dan si Zindiq menjawab : Pastinya anjing, kerana anjing boleh melahirkan sampai dengan 7 anak anjing sekaligus...
Sedangkan kambing hanya mampu melahirkan setidaknya hanya 3 anak kambing saja.

Kemudian bertanya lagi Syeikh Ibrahim : Cobalah kau perhatikan lagi di sekelilingmu, manakah yang lebih banyak populasinya antara anjing dan kambing...?

Si Zindiq menjawabnya : Aku lihat kambing jauh lebih banyak , bahkan jumlahnya lebih banyak dibandingkan anjing...

Syeikh Ibrahim berkata : Bukankah kambing itu sering disembelih...? Ada yang untuk keperluan hidangan jamuan tamu, sembelihan korban Idul Adha, acara aqiqah, atau jualan istimewa dan hajat lainnya? Namun ajaibnya spesies kambing tidak kunjung pupus dan bahkan jumlahnya justru nampak banyak melebihi anjing...

Dan berkata si zindiq : Iya, iya, betul sekali

Dan berkat lagi Syeikh Ibrahim : Maka begitulah gambaran KEBERKATAN...

Si Zindiq menjawab : Jika tamsilnya begitu, lalu apakah sebabnya kambing yang mendapat berkat, bukan anjing...?

Syaikh Ibrahim menjawabnya lagi dan kemudian menutup dialog itu dengan jawabannya yang cukup menyentap si Zindik ;

‎لأن الأغنام تنوم أول الليل و تصحى قبل الفجر فتدرك وقت الرحمة فتنزل عليها البركة. وأما الكلاب تنبح طول الليل فإذا دَنا وقت الفجر هجست ونامت ويفوت عليها وقت الرحمة فتنزع منها البركة

Kerana kambing lebih memilih tidur awal pada waktu malam tetapi ia selalu bangun sebelum datang waktu fajar maka di saat itulah ia mendapati waktu yang penuh dengan rahmat'Nya, sehingga akhirnya turunlah keberkatan kepadanya.

Berbeza halnya dengan anjing yang ia sibuk menyalak sepanjang malam tetapi ketika di saat menjelang waktu fajar ia malah pergi tidur sampai melepaskan saat-saat turunnya cucuran rahmat'Nya dan ia pun tidak mendapat keberkatan.

Sayyidina Sakhr pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, berkatilah umatku pada masa pagi mereka.” Rasulullah saw " (Tirmizi, Abu Daud)

Sunday, 17 September 2017

Kisah Cinta Aktivis Dakwah

Muslimah ini tak kuasa menyembunyikan rasa bahagia di hati ketika seorang lelaki aktivis datang meminangnya. Dengan menunduk teduh, keduanya berdoa agar mahligai cinta itu sampai ke pelaminan yang suci dan diberkahi.

Sayangnya, bahagia itu tak bertahan lama. Si lelaki yang soleh ini harus mendekam di dalam jeriji besi setelah diceduk oleh rejim zalim negaranya. Lelaki soleh itu, dituduh sebagai sebahagian daripada pemberontak hanya kerana aktif sebagai da’i dalam wadah Ikhwanul Muslimin.

Tak kenal ampun, rejim zalim itu mendekamkan si lelaki di sebuah penjara di kota Qana. Jauh dari Kaherah.

Namun, si akhwat yang sudah dilamar itu tak pernah menyurutkan cintanya. Dia menyusul ke Qana dari Kaherah dengan kenderaan apa pun yang boleh dia tempuh. Atas nama cinta.

Sesampainya di Qana, setelah tertahan beberapa waktu yang bukan sekejap, si Muslimah nan teguh tekadnya ini diberi izin untuk menemui lelaki ang telah meminangnya. Akhirnya…

Si laki-laki nan gagah iman itu, lalu bertutur dengan penuh kesedaran hati. Meski semua tahu, perasaan cintanya hancur lebur, andai tiada iman di dada.

“Aku batalkan pinanganku. Menikahkah dengan ikhwan lain.” tutur lelaki itu. Lirih. Terselip pedih.

Begitulah cinta sejati. Selayak itulah cinta atas nama iman. Sedemikian itulah kasih yang suci, dan sejati.

Ia tak pernah mengekang. Ia mustahil memaksa. Ia tak mungkin melanggar syariat. Meski perasaan tercabik, iman tetap harus di atas cinta. Apa pun alasannya.

Akan tetapi, si Muslimah yang menemukan keteladanan dan jiwa kepemimpinan di dalam diri lelaki yang meminangnya ini tak menggubris. Dia bersikukuh. Dia tetap dalam pendiriannya. Meski menanti tak tentu waktu menjadi satu-satunya pilihan setelah istiqamah dalam iman.

Ya. Muslimah itu menunggu lelaki calon imamnya. Bukan waktu yang sebentar. Wanita itu, lelaki itu, menunggu selama sembilan belas (19) tahun alias 228 bulan.

Si lelaki pejuang bernama Kamal As-Sananiri itu ditangkap pada tahun 1954 dan baru dibebaskan pada tahun 1973. Pada tahun pembebasan itu pula, As-Sananiri lekas menikahi Aminah binti Quthb Ibrahim. Saat dinikahi, wanita pejuang yang merupakan adik kandung Sayyiq Quthb ini sudah berumur lebih dari 50 tahun.

Meski cinta halal nan suci keduanya tak lama, kerana As-Sananiri kembali ditangkap oleh rejim zalim Mesir pada tahun 1981 dan ruhnya menghadap Allah Ta’ala di tahun yang sama, kisah cinta keduanya abadi dalam tinta emas sejarah.

Dan nafas cinta itu tetap harum, justeru setelah As-Sananiri menghadap Allah Ta’ala pada 8 November 1981, insya Allah sebagai syuhada’. Sedangkan Aminah binti Quthb Ibrahim akan terus dikenal oleh umat Islam sebagai wanita pemberani dan pejuang yang produktif menuliskan karya.

Oleh: Pirman Bahagia

Sunday, 3 September 2017

Xkt C. Pah:
*DOA ARAFAH*

_Assalamu'alaikum_:
Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba.

Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, In Syaa Allah:

*01*. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

*02*. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

*03*. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

*04*. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

*05*. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

*06*. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

*07*. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

*08*. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan Rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi RahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

*09*. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

*10*. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

*11*. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

*12*. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keEsaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

*13*. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu SAW.

*14*. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

*15*. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

*16*. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

*17*. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

*18*. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

*19*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

*20*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

*21*. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

*22*. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

*23*. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

*24*. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

*25*. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

*26*. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

*27*. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

*28*. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

*29*. Ya Allah ampuni dan berilah Rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

*30*. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

*31*. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Sunday, 30 July 2017

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Moral dari kisah ini

- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
- Bersyukur walaupun sedikit.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
- Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
- Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Wallahualam

Sunday, 16 July 2017

Qotd

"Jika kamu tidak dapat menahan penat lelahnya belajar, bersedialah utk menahan peritnya kejahilan."

Imam as-syafie

Sunday, 2 July 2017

Assalamualaikum guys.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Moga amalan puasa kita diterima dan harap2 istiqamah la walaupun selepas bulan ramadhan ni.

Hopefully dapat puasa enam tahun ni.

Sunday, 18 June 2017

Jom kita Amalkan sesama
6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Sunday, 28 May 2017

Hafizah_Alias:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,

" Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ihtisab , maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu ."
( HR Bukhari no.38 , 1910, 1802 )

Sunday, 21 May 2017

Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:

Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadhan:

1.  Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pd malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita  bersedekah setiap hari selama 84 thn.

2.  Solat 2 rakaat setiap mlm, jika ia jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap mlm,  jika jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 thn.

Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dpt hasil yg lumayan dlm akaun kita.

In Shaa Allah.

Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. JOM MULAKAN SEKARANG !

Sunday, 14 May 2017

* MALAM NISFU SAABAN & KELEBIHAN YANG BERGANDA TAHUN 1438

Maghrib 11.5.2017 bersamaan Khamis malam Jumaat ini akan masuklah 15 Syaaban 1438H iaitu Malam Nisfu Syaaban. Disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan istighfar, berzikir dan membaca Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Apabila melepasi tengah malam maka bangunlah (qiam) untuk menunaikan ibadah-ibadah sunat seperti Sunat Tasbih, Sunat Tahajjud, Sunat Taubat, Sunat Hajat, Sunat Syukur dan lain-lain ibadah seperti membaca al-Quran dan berzikir serta disudahi dengan Sunat Witir.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riwayat lain kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pada malam nisfu Syaaban Allah SWT  mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Justeru, marilah kita bersama-sama untuk menghidupkan malam Nisfu Saaban yang berkebetulan jatuh pada malam Jumaat. Dua malam yang bercantum pada satu masa insyaALLAH keberkatannya berganda. Wallahua’alam

Sunday, 7 May 2017

Hukum Memutuskan Tali Silaturahmi
A. Pendahuluan
Silaturahmi adalah wadah bagi kita agar hubungan kita dengan keluarga dan saudara kita tetap harmonis. Tidak hanya keluarga dan saudara. Dengan silaturahmi juga dapat membuat rizki lapang dan memanjangkan umur kita. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallambersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rizkinya atau dipanjangkan umurnya, maka sambunglah silaturahmi.” (muttafaqun ‘Alaih). Ironisnya, banyak orang yang memutuskan tali silaturahmi sesama muslim. Mereka tidak memikirkan akibat dari memutuskan tali silaturahmi. kita sering mendengar atau melihat sesama saudara sendiri tidak saling menyapa bahkan sampai adu mulut dan adu jotos. Mungkin karena ego mereka yang terlalu tinggi sehingga mereka anti untuk mengalah meminta maaf terlebih dahulu, sehingga kadang pertengkaran mereka sampai ke anak cucu. Banyak yang memutuskan tali silaturahmi sesama muslim,

B. Permasalahan
sebenarnya, bagaimanakah hukum memutuskan tali silaturahmi dalam Islam?

C. Dalil-dalil
Hukum memutuskan tali silaturahmi:

Firma Allah SWT: “Maka apa kiranya jika kamu berkuasa akan membuat kerusakan di bumi dan memutuskan silaturahmi? Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, dan ditulikan telinga mereka dan dibutakan mata mereka.” [QS. Muhammad: 22-23]
Didalam ayat tersebut, Allah melaknat orang-orang yang melakukan pengrusakan di bumi dan orang-orang yang memutuskan silaturahmi. Allah membuat tuli telinga mereka, dan membutakan mata mereka. Yang dimaksud dengan tuli dan buta dalam ayat di atas adalah: Mereka mendengar tentang suatu kebaikan tetapi seperti tidak mendengar, ibaratnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dan Allah membutakan mata hati mereka.

Firman Allah: ” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, yang dengan namaNya kamu meminta-minta, dan peliharalah silaturrahim” [QS. An-NIsa’: 1]
Ibnu Al-Arabi menafsiri ayat di atas bahwa, yang dimaksud dari ayat di atas adalah: “Dan takutlah kepada Allah dalam melakukan dosa terhadapNya, dan takutlah untuk memutuskan tali silaturrahim.”

Hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin  Auf, beliau berkata: ” Pada suatu sore pada hari Arafah, saat kami (para sahabat) duduk mengelilingi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, tiba-tiba Rasulullah allallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: Apabila di dalam majlis ini ada yang memutuskan tali silaturahmi, maka berdirilah, jangan duduk bersama kami.”
Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah bersilaturahmi.” (Muttafaqun ‘Alaih)
Hadits riwayat Abu Hurairah RA, beliau berkata: ” Ada seorang laki-laki yang menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, dan laki-laki itu berkata: Wahai Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, aku mempunyai keluarga , dan ketika aku berbuat baik kepada mereka, mereka berbuat jelek terhadapku. Mereka acuh terhadapku, padahal aku telah bermurah hati kepada mereka. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: Jika demikian, maka seolah-olah kamu memberi makan mereka dengan bara api. Dan pertolongan Allah akan selalu senantiasa menyertaimu selama kamu begitu (berusaha bersilaturahmi).” [HR. Muslim]

D. Kesimpulan
Dari dalil-dalil di atas, dapat disimpulkan bahwa hukum memutuskan tali silaturahmi adalah haram. Bahkan akibat dari memutuskan tali silaturahmi, Allah telah melaknat orang-orang yang memutus tali silaturahmi (dalam Al-qur’an surat Muhammad: 22-23), dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun tidak mau duduk bersama orang yang memutuskan silaturahmi. Bahkan orang yang memutuskan tali silaturahmi tidak bisa masuk surga. Diriwayatkan dari Jaabir bin Muth’imin RA, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: Tidak akan masuk surga orang yang yang memutus. Yang dimaksudkan adalah memutuskan tali silaturahmi.” [HR. Bukhari dan Muslim].

Wallahu A’lam

Demikian sedikit ulasan tentang hukum memutuskan tali silaturahmi dalam Islam, semoga bermanfaat. Mohon share dengan memberikan Like, Tweet, atau memmberikan komentar di bawah ini. Terima kasih

http://hukum-islam.net/hukum-memutuskan-tali-silaturahmi-dalam-menurut-islam-orang-yang-sesama-muslim-akibat/

Sunday, 30 April 2017

*KAPAL KARAM*

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.

Apabila menyedari bahawa hanya dia seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.

Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau di laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya hanya tinggal harapan.

Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.

Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya hangus terbakar. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit.

Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang meninpa. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?"

Petang itu, sedang dia berehat di bawah sebatang pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.

Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu, "Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"

Kapten kapal itu menjawab, "Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan."

*Pengajaran :*
_Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari._

Tuesday, 25 April 2017

Seorang ayah berkata kepada anaknya:
"Tahukah kamu, wahai anakku!
Nak masuk syurga itu percuma....
dan neraka kena bayar"
Jawab anaknya,
"Kenapa nk masuk neraka kena bayar?"
Jawab ayahnya,
....jika berjudi kena bayar
.....jika minum arak kena bayar
......jika merokok kena bayar
.....jika nak pergi ke tempat maksiat kena
bayar
Dan ketahuilah anakku, masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberi modal yang sangat banyak kepada kita...
....jika nak solat, tak perlu bayar
.....jika nak puasa, tak perlu bayar
......jika nak berzikir, tak perlu bayar
.....jika nak beristighfar, tak perlu bayar
Wahai saudaraku menyebarkan mesej ini juga percuma. Tetapi jika ada yang mengamalkan, kita mendapat ganjaran pahala berganda.

Sunday, 16 April 2017

Utk renungan semua yg bergelar anak...

*ANTARA _"KERETA BARU ANAK"_ DAN _"KERUSI RODA ABAH"_*

Seorang rakan fb memaklumkan tentang seorang lelaki tua yg memerlukan kerusi roda kerana kerusi roda yg ada telah lusuh dan rosak.

Saya memandu sendiri menyusuri kampung tepi laut, singgah bertanya di satu warung, akhirnya saya sampai ke rumah tersebut. Rumah kayu yg agak lama, tinggal sepasang suami isteri yg lanjut umur. Bila saya memberi salam, seorang wanita yg mungkin 70an muncul dipintu. Bila saya menerangkan tujuan, dia segara menjemput saya masuk.

Suaminya yg juga dlm lingkungan 70an saya lihat duduk bersila ditilam yg diletak ditengah rumah. Disebelahnya ada sebuah kerusi roda yg telah gugur tempat letak kaki, terkoyak tempat menyandar dan kelihatan berkarat, roda getah telah pecah-pecah.

Setelah bertanya khabar, saya menurunkan kerusi roda yg dibawa dan membawa masuk kedlm rumah. Pakcik itu bersuara, "Cikgu, terima kasihlah kerana walaupun tak kenal saya, tapi masih mahu menolong. "Dia berhenti sejenak, bila dia menyambung kata, saya sudah melihat mata tuanya mula berkaca dg air mata."

Anak-anak hanya tahu membeli dan menukar kereta baru untuk diri mereka sahaja, kerusi roda abah mereka yg dibeli 5 tahun dulu tidak pernah bertukar.

Mereka biar abah mereka meminta pada orang lain" Dia mula sebak. Isterinya yg bersimpuh ditepinya menyapu-nyapu belakang suaminya sambil sebelah tangan lagi menyapu air mata dengan lengan bajunya. Jauh dilubuk hati mereka memendam rasa yang cukup pedih. Air mata turut tergenang.

Esakannya bertali arus membayangkan betapa kesalnya mereka atas tidak pedulinya anak-anak pada keadaan mereka hingga dia tidak boleh meneruskan kata, lalu saya mohon diri sambil berpesan dengan kesabaran. Baru meninggalkan laman rumah orang tua itu, saya ditegur oleh seorang jirannya.

Bila saya memberitahu tujuan saya datang, lelaki itu langsung berkata, "Encik anak-anak dia semua kerja besar di Kuala Lumpur, kereta besar, sepatutnya mereka yg belikan bukan kita.

_" Saya segera membalas,"_ Saya membantu orang tua ini kerana ia memerlukan, jika anaknya tidak pedulikannya, jangan kita juga sedemikian. Yang berjawatan besar, yang berharta itu anaknya, yang miskin dan memerlukan adalah orang tua ini. "Dia terus terdiam.

Saya meninggalkan kampung itu dengan rasa lega bercampur sedih. Kata-kata orang tua itu, 'mereka hanya tahu membeli dan menukar kereta baru untuk diri mereka sahaja....'perlu direnung oleh mereka yg bergelar anak.

Jom kita fikir kita dah berapa kali beli kereta, tukar kereta, upgrade rumah, dapur, ruang tamu, bilik fully aircond, berapa kali dah melancong keluar negara...

Tanyalah pula apakah abah masih bermotor buruk itu juga sejak kita sekolah, basah kuyup hendak ke masjid, rosak di merata jalan. Apakah abah dan emak masih berselipar buruk, berbaju lusuh, kopiah bertaik lalat, pelikatnya bertampong.

Apakah emak ayah masih tidur berkipas angin buruk, menggawang nyamok dan kepanasan, dapor emak penuh berjelaga, tandas diluar rumah dg pintu goyah masih perlu dicurah, rumah berlantai simen dan.... Ingatlah, kita tiba disini dg kemewahan yg dimiliki, adalah dari jerih payah dan air mata serta darah ibu ayah.

Hakikatnya apa yg kita miliki sebenarnya dari pelaburan ibu ayah, jadi mengapa mereka yg menanam tetapi bukan mereka yg menuai, bukan mereka yg memperoleh hasilnya. Terlalu tamaklah seorang anak yg meraup semua hasil dari tanaman ibu ayahnya.

Mengapa tidak dahulukan mereka atau sekurangnya mengangkat taraf hidup mereka. Apa salah membeli motor baru untuk abah, kerusi roda kawalan letrik berbateri, kerusi urut, upgrade bilik tidur, tandas, dapur, belikan pakaian baru dsbnya.

Setiap sen yg dibelanja untuk ibu ayah sebenarnya kembali ke sisi Allah sebagai satu ibadat tanda ketaatan kpd ibubapa, sebagai sedekah jariah.

Saya mengajak anda semua menolehlah kebelakang melihat keadaan hidup ibubapa sebelum membaiki kehidupan sendiri. Berikan kesempatan untuk mereka merasa nikmat hidup setelah begitu lama bergelumang kepayahan membesar dan mendidik kita.

Ingatlah mereka membela kita utk membesarkan, tetapi kita menjaga mereka untuk menanti hari matinya.
Wallahua'lam

Saturday, 8 April 2017

Untuk peringatan bersama: *happened* to my friend

"One day, uber yang awak naik tu dia bawak ke destinasi  salah & masuk selekoh ke bangunan yang tak ada orang? Macam mana, apa yang awak akan buat?"

Tolong ambil kisah ni sebagai pengajaran. So haritu aku nak balik kampung . Hari siang tapi da nak hujan dan memang nak cepat. Haritu juga, usb charger aku rosak . Battery phone kurang jadi macam mana nak travel jauh nnti apa2 jadi kan susah? Jadi aku contact uber ambilkan dari kolej uni ke mall berdekatan. Jadi da tengah otw tu aku tanya boleh tak kalau terus hantarkan ke ktm bukit mertajam. Kiranya aku under uber dari universiti ke mall tu shj. Ini salah aku sebab perjalanan lepas tu atas aku ngan dialah and memang uber tak dipertanggungjawabkanlah sebab tak ada record. (Ingatkan maybe nak tolong lagipun kan kalau bukan under uber keuntungan dapat semua kat dia. Dan memang pernah buat mcm tu beberapa kali).

Jadi selepas beli charger, dia tanya aku, aku reti jalan tak.. aku cakap la tak sbb xkan aku nak tunjuk jalan dan aku bukan orang sini. Jadi dia bukak gps. Dia letak destination ke KTM Bukit Tengah. Aku cakap nak pergi KTM Bukit Mertajam. Dia kan orang penang, jadi dengan yakinnya dia kata yang itu tempat yang sama. Lagi satu yang ni mencrigakan, jalan dari mall tu ke ktm b.m. patut menghala ke arah KL. Tapi dia bawa jalan menghala kedah. Aku tanya dia lagi "rasanya jalan dah bertentangan ni". Dia buat2 yang dia pun tak tahu jalan sangat. Jalan tu mmg da betul2 heading to kedah. Jadi dia uturn.

Lepas dia u-turn. Ok kereta yang dia bawa ni lalu atas roundabout perda. (Highway 2 lapis. Kereta tu dari lapis yg atas) jadi aku nampak bulatan perda di bawah. Separutnya dari bulatan tu mmg tak jauh dah ktm b.m. lagi 1km mcm tu je.

Tengok waze dia : another 20km.

Minta dia berhenti tepi jalan betulkan balik waze. Jadi dia letak ktm b.m. yang betul . Selalunya kalau aku bila orang bawa kereta memang tak hirau sangat jalan yang orang tu ambil dan sibukkann diri dengan scroll social media on  phone . Tapi kali ni tak. Ya dia bawa kereta tu menghala ke KTM B.M. Tetapi dia bawa melepasi destinasi tu. Aku perasan., signboard KTM tapi dia jalan terus je. Sampai dah lepas bangunan2 lain . Yang tinggal cuma jalan, hutan di kiri kanan. Bukit di hadapan.

Dia terus masuk ke selekoh jalan seberang di mana ada bangunan tak berpenghuni. Aku tanya " Ni nak pergi mana ni?"

Dia diam.

Aku call mak aku. "Hello mak, haa ni adik still dalam kereta lagi ni. Apa? Mak ngan ayah da sampai kat stesyen?" " Takk adik bukan apa takut nnti ayah marah dia nak kena tunggu lama2 kt KTM BM tuu" " Haah ni adik naik uber yang adik cakap tadi tu. yang adik da kasi no plate kereta ngan nama tuh .. tapi dia sesat sekarang tak tau la gi mana ni." And guess what?

My mom panic sebab she was never there. Dia dengan ayah dekat KL sana. That was just a lie.

So tengah on the phone tu aku tanya balik dia., kita nak pergi mana ya sekarang? Dia kata dia nak buat selekoh buat u-turn.

Lepas tu, tak pakai GPS tak pakai waze. Laju terus dia sampai ke KTM Bukit Mertajam. And I pay him RM6 (ikot harga uber , tapi mcm saya cakap, itu bukan bawah uber dah cuma bayar ikot harga tu je) Lepas tu kereta tu lesap. Laju sangat.

I was petrified and god knows mcm mana nak tenangkan diri time tu . Macam-macam benda "pelik" yang boleh berlaku waktu crucial tu.

Jadi , saya beritahu ni betul2 jujur sebab nak kita semua beringat especially ladies yang jenis biasa travel sensorang.

Next time you naik uber:-

1. Sebelum pergi mana2 baca ayat qursi. Sebab benda2 ni semua atas izin tuhan kan.
2. Screenshot all information driver tu hantar ke orang yang kamu percaya dan boleh diharap
3. Tolong *jangan naik uber sendirian*
4. Kalau terpaksa pun naik sorang2, on call dengan sesiapa . Sambil on the phone tu mention yang awak dah kasi nama plate no. Kereta dia semua.
5. If you are paranoid like I am now, tgkp gambar kereta tu ws dekat sapa2 for the sake of your safety.
6. Keep track on uber punya gps dan waze dengan jalan yang dia tgh bawa . Do check your own phone jangan letak airplane mode ke apa
7. Jangan dedah semua informasi kata awak bukan orang sini dan sorang2 balik. Jangan.
8. Jangan pakai perkhidmatan dia luar uber. Sebab nanti tak ada record
9. Simpan no. Kecemasan dan no. Polis dan pastikan sentiasa ada kredit

Sekarang ni pun aku dengar da macam2 kes . Pasal kes uber raba customer and ada yang tunjuk kemaluan. Hopefully kita semua takkan experience benda2 tu.

Lastly, I'm not saying jangan naik uber dan semua uber niat tak baik. Ya kita tak patut bersangka buruk tapi kita kena hati2

#viralkan

Sunday, 2 April 2017

Ibundakuuu:
Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.
 
Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...
Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla. 

 Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. 

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya. 

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya. 

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah 
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...

Sunday, 26 March 2017

Just a small sharing

Assalamualaikum wbt

There's a hadith which states that Allah swt will protect those with these three practices;

1. One who is given his blessings, and are thankful for it.

2. One who is able to take action, but decides to forgive

3. One who is in anger, but remains silence/ able to control it.

We as someone who are not solihin nor do we do a lot of Ibadah, we might as well try to practice these deeds which aint that easy by its look.

Wallahualam.
Let's pray that all of us will constantly be guided by him.

Sunday, 19 March 2017

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH KUNCI KEJAYAAN TERBAIK SPM 2016 - Husna Mardhiyyah Mohd  Fauzi
Berita: 16/03/2017

Menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia menjadi ramuan penting bagi pelajar terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 peringkat negeri Terengganu Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang diumumkan hari ini.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman itu mengakui tiada petua khas dalam belajar dan mengulang kaji mengikut apa yang diajar guru nya tetapi tetap membaca sentiasa Al Quran pada waktu pagi setiap hari sebelum menelaah pelajaran.

Mata pelajaran yang beliau mendapat A+ adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah dan Islamiah, dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Husna mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapanya, guru-guru, sekolah Imtiaz, kawan-kawan yang sentiasa membantu, Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang banyak mengadakan kem-kem akademik sebelum ini.

‘Saya juga seperti pelajar lain mengulang kaji pelajaran seperti biasa tetapi saya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah bagi mendapat keberkatan dalam hidup termasuk dalam pelajaran’.

‘Jaga hubungan dengan Allah kerana Allah tak nak bagi ilmu masuk dalam kepala kita memang ia tak masuk jadi yang paling utama sebelum kita belajar kita kena berdoa mintak dengan Allah dan cuma Allah yang boleh bagi ilham waktu kita jawap periksa dan semuanya hanya dengan izin Allah’.

‘Yakin dengan Allah dan jaga hubungan adab dengan mak ayah, jaga hubungan dengan guru-guru untuk dapat keberkatan jaga adab dengan mereka yang bagi ilmu kat kita, dan jaga adab dengan kawan-kawan serta kaum kerabat’.

‘Allah ada kata kalau kita dalam hidup ini dua perkara yang paling penting Hablum Minallah wa hablum minannas jadi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang paling penting’.

‘Waktu pagi kita perlu utamakan baca Al Quran dulu biar dapat keberkatan dan cari redha Allah dan kemudian baru baca buku akademik’.

‘Saya tak sangka dapat result cemerlang saya cuma doa kalau Allah nak bagi memang Allah bagi yang penting yakin dengan kekuasaan Allah’.

‘Saya duduk asrama dan jangan lupa ingat ke mak ayah, telefon mereka dan mintak maaf zahir batin dan mintak restu semua sebab kalau mak ayah tak redha Allah tak redha dan kalau Allah tak redha macam mana nak bagi kita kejayaan kan’ katanya selepas menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin di JPNT pagi tadi.

Sunday, 5 March 2017

3 MAC: PERINGATAN KEJATUHAN KHILAFAH

Gambar yang menimbulkan seribu rasa sebak dan sayu: para pembesar dan askar Turki memberi tabik hormat terakhir kepada Khalifah Islam ke-101, Abdülmecid II (Abdul Majid II) yang meninggalkan istana selepas parlimen Republik Turki memansuhkan Khilafah Uthmaniyyah dan mengeluarkan perintah buang negeri kepada Bani Uthmaniyyah (House of Osman) pada 3 Mac 1924.

Pada asalnya, Mustafa Kemal Ataturk cuma memansuhkan Kesultanan Uthmaniyyah pada 1 November 1922. Khalifah dikekalkan sebagai ketua agama secara simbolik. Namun, selagi Khilafah wujud, selagi itulah imperialis tidak akan redha. Malah, ekoran daripada penguasaan British ke atas Istanbul, berlaku Gerakan Khilafat di India (jajahan British) di mana pemimpin-pemimpin Islam (Maulana Shaukat Ali dan Maulana Muhammad Ali Jauhar) dan Hindu (Mahatma Gandhi) bergabung untuk mendesak British mengembalikan kedudukan Khalifah. Orang Islam dan Hindu bersatu membela Khilafah? "Wow, unthinkable!"

Gerakan tersebut telah digagalkan oleh British dengan mempermainkan sentimen agama dan memecah belahkan orang Islam dan orang Hindu. Namun ia tetap memberi impak besar ke atas Ataturk, membuatnya lagi nekad untuk memansuhkan Khilafah supaya tiada yang dapat menghalang projek sekularisasinya.

Hilang Khilafah, hilanglah simbol perpaduan umat Islam yang boleh mempertahankan hakimiyya ("God’s sovereignty") dan ummah. Prinsip politik umat Islam kini digantikan dengan siyadah ("people’s sovereignty") dan qawmiyya (nasionalisme). Apabila umat Islam tidak dapat bertindak secara kolektif, tanah dan kekayaan dirobek oleh imperialis dengan begitu mudah sekali. Hari ini Saudi bergabung dengan Mesir menentang Syria, esok hari Mesir bergabung dengan Syria menentang Saudi, lusa pula Turki bergabung dengan Saudi menentang Mesir. Seronok imperialis tengok kita bergaduh.

Kejatuhan Khilafah bukan kesalahan Ataturk seorang, bukan kesalahan Sharif Hussein seorang, bukan kesalahan Ibn Saud seorang. Ia adalah hasil daripada generasi yang mindanya telah ditawan oleh gagasan-gagasan imperialis. Khilafah telah “hilang” pada tahun 1908 apabila golongan cendekiawan dan aktivis "Young Turk" memberontak dan menuntut demokrasi berparlimen, padahal mereka belum bersedia lagi. Kerana mereka memusuhi sistem Khilafah, mereka berpandangan bahawa orang Islam hanya dapat “maju” melalui modenisme dan sekularisme.

Setahun kemudian (1909), golongan ultra-sekularis-nasionalis di bawah "Committee of Union and Progress" (CUP) merampas kuasa dan menguasai parlimen. Tahun 1913, pemimpin utama CUP iaitu Talaat Pasha, Enver Pasha dan Djemal Pasha ("Tiga Pasha") mengosongkan kuasa politik Khalifah/Sultan Mehmed V. Mereka membawa Uthmaniyyah ke ambang kehancuran dengan melibatkan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, memaksa Sheikhul Islam mengisytiharkan jihad, meskipun ditentang kuat oleh Khalifah.

Pada 13 November 1918, Istanbul ditawan oleh tentera pakatan British, Perancis, Itali dan Greece. Buat kali pertama kota Istanbul dikuasai oleh kuasa asing selepas ia ditakluk oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453. Uthmaniyyah dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Sevres yang akan membuat Uthmaniyyah hilang hampir semua wilayah jajahannya. Pada saat itu, Mustafa Kemal muncul sebagai "penyelamat" Bangsa Turki dengan "memerangi" British dan "merunding semula" Perjanjian itu menjadi Perjanjian Lausanne yang memelihara keutuhan wilayah Turki. Dengan adanya prestij yang tinggi ini, Mustafa Kemal, seorang bekas ahli CUP, melancarkan projek sekularisasi untuk membina sebuah negara bangsa Turki yang moden.

Kejatuhan Khilafah ialah tragedi besar, namun tindakan melulu menghidupkan semula Khilafah tanpa strategi juga akan membawa fitnah yang lebih besar. Apabila berita kemansuhan Khilafah sampai ke Kurdistan di timur Turki, ulama-ulama tempatan mengisytiharkan jihad dan melancarkan pemberontakan terhadap Ataturk. Mereka mengajak seorang alim besar bernama Said Nursi untuk menyertai mereka.

Namun Said Nursi sedar, tumbangnya seorang Ataturk, akan bangkit lagi 10 orang Ataturk, akar pokok masalahnya ialah kehilangan pedoman orang Islam dalam menghadapi arus pemodenan. Untuk menegakkan semula Khilafah, terlebih dahulu kita perlu mengembalikan Khilafah dalam diri kita sendiri. Jadi, Said Nursi menolak keganasan dan berjihad dengan pen. Beliau mengarang Risalah An-Nur yang bertujuan memelihara pemahaman Islam yang murni dalam masyarakat Turki yang telah disekularkan. Beliau dikurung, dipenjara, diseksa oleh rejim Ataturk sehingga akhir hayat. Tapi boleh nampak usaha beliau telah membuai hasil di Turki hari ini.

Khilafah dari segi politik telah hilang, namun khilafah dalam diri belum dan tidak akan hilang. Setiap manusia diciptakan oleh Allah sebagai”Khalifah fil-Ard”, khalifah di muka bumi. 3 Mac, tarikh yang menyayat hati ini, mari kita mengambil pelajaran dan menghayati makna di sebalik KHALIFAH.
  
#KhutbahAlternatif #RenunganJumaat

Bacaan lanjut:
Firas Alkhateeb (2014), Lost Islamic History
Abd al-Qadim Zallum (2002), How the Khilafah was Destroyed

🌺ayman rashdan wong

Sunday, 19 February 2017



Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, 5 February 2017

*PENTING (!!!)*
🚿🚿     🚿🚿     🚿🚿      🚿🚿

*CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL*

Hendak, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bererti cara kita itu betul.

Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian yang sulit dijangkau.

Selain untuk menjaga kesehatan juga penting untuk memastikan amal ibadah kita seharian di terima.

*Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?*

Banyak orang merasa diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Sayidina Abu Bakar r.a pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba tiba tersentak dengan suatu benda bergerak gerak dari dalam kain kafan lelaki itu.

Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya.

Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.

Tetapi ular itu tiba tiba berkata kata, katanya :

*”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”*

Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang tidak ambil peduli dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

*Jadi bagai mana kita bersihkan dengan cara yang betul?*

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih. Ada caranya…

*Lelaki :*
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.

Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

*Kaum wanita pula :*
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicucikan bahagian dalam dengan memasukan sedikit  jari tengah dan diputar putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata mata.

kerana hanya dengan menyiram air saja  tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

*SANGAT PENTING*

  Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk *memasukan satu jari kedalam dubur,*

Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur sambil siram dengan air hingga terasa najis benar benar telah hilang dan bersih.

*Betul atau tidak cara kita selama ini?*

Kalau yang tak betul mari sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan NERAKA untuk mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).

*Rasulullah SAW bersabda :*

*"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walau pun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.*

Wallahu a'lam...

🚿🚿     🚿🚿     🚿🚿      🚿🚿       
: لا حياء في الدين
tidak ada kata malu dalam urusan yang berkaitan agama

Sunday, 29 January 2017

Wonderful to read👍👍

A man married a beautiful girl. He loved her very much. One day she developed a skin disease. Slowly she started to lose her beauty. It so happened that one day her husband left for a tour. While returning he met with an accident and lost his eyesight. However their married life continued as usual. But as days passed she lost her beauty gradually. Blind husband did not know this and there  was not any difference in their married life. He continued to love her and she also loved him very much.
One day she died. Her death brought him great sorrow.
He finished all her last rites and wanted to leave that town.
A man from behind called and said, now how will you be able to walk all alone? All these days your wife used to help you.
He replied, I am not blind. I was acting,  because if she knew l could see her ugliness it would have pained her more than her disease. So I pretended to be blind. She was a very good wife. I only wanted to keep her happy.

Moral:- *Some times it is good for us to act blind and ignore one another's short comings, in order to be happy*

*No matter how many times the teeth bite the tongue, they still stay together in one mouth. That's the spirit of FORGIVENESS. Even though the eyes don't see each other, they see things together, blink simultaneously and cry together. That's UNITY." May Allah SWT grant us all the spirit of forgiveness and togetherness*.

1. _''Alone I can 'Say' but together we can 'talk'._
  2. _"Alone I can 'Enjoy' but together we can celebrate_

  3.  _'Alone I can 'Smile' but together we can 'Laugh'._

   *That's the BEAUTY of Human Relations. We are nothing without each other*
  STAY CONNECTED

            *QUOTE OF THE DAY*
_The razor blade is sharp but can't cut a tree; the axe is strong but can't cut the hair._
   *MORALS*; *Everyone is important according to his/her unique purpose,Never look down on anyone unless you are admiring their shoes*.

Sunday, 22 January 2017

Jika engkau melihat seekor semut terjatuh  di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.

Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju syurga.

Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2 mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kuburmu.

_*JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU BERBUAT KEBAIKAN SAMA SEKALI, MAKA TAHANLAH TANGAN DAN LISANMU DARI MENYAKITI....SETIDAKNYA ITU MENJADI SEDEKAH UNTUK DIRIMU.*_

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:
رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ
“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar karena niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil karena niat pelakunya”

Jangan pernah meremehkan kebaikan, bisa jadi seseorang itu masuk surga bukan karena puasa sunnahnya, bukan karena panjang shalat malamnya tapi bisa jadi karena akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda

« لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ ».
“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya)bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum".

Sunday, 15 January 2017

Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk naikkan followers dan buat post viral.

Free jer nak bagi ni. Rasa berdosa simpan sorang sorang.
.
.

Beberapa hari sebelum Nasi Ayam Umi viral melampau dan followers saya naik kepada 20 000 dalam masa seminggu.

Saya study pasal surah AL WAQIAH.

Selepas saya ditegur Allah melalui seorang Pak Cik Jaga klinik yang selalu saya bawa anak follow up.

Semasa pak cik itu tegur saya sebelum balik,

"Nak.. Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye".

[Eh pak cik ni.. Dalam ramai ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pak cik ni!

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Waqiah.

Oh... Surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang ambil tahu. Kot kot ada benda lain yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surat pembuka pintu rezeki.

Saya pun baca balik... Tak ada pun macam ada unsur unsur rezeki di situ. Jadi, macamana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian saya tenangkan fikiran. Tarik nafas... Hembus.

Kemudian rasa semacam dapat azimat.

Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan pesan dengan orang lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA ADALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga!

Yes! Kita kena berpesan pesan antara satu sama lain! Kalau dah tau, jangan simpan seorang seorang.

Jika mahu buat baik, jangan buat seorang seorang! Ajak orang lain sekali.

Nak masuk syurga juga.. Jangan selfish! Ajak kawan kawan lain!

Yes! Mesejnya adalah BERPESAN PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia adalah hari Kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat!

Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh puluh ribu.

Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selepas pintu terbuka, bermacam macam rezeki datang.

Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Sudah ada website sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing.

Allah... Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati hati mereka untuk membantu.

Allahuakbar.

Nota : Saya doakan mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya

#amazingAlwaqiah
#copy&paste

Sunday, 1 January 2017

❓Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"❓
Jawapan ustaz ringkas ja,
tapi agak menyentap jiwa :
"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."
Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.
Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?
Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.
Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.
Biarlah Allah menghakimi.
Biarlah dia ditanya di hadapan Allah kelak.
Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.
Kita akan lebih tenang.
Insyaa Allah.

*💐HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kpd ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DGN SAYA.*
*ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN*💐
Selamat menyambut thn baru 2017
Selamat tinggal 2016.