Saturday, 8 April 2017

Untuk peringatan bersama: *happened* to my friend

"One day, uber yang awak naik tu dia bawak ke destinasi  salah & masuk selekoh ke bangunan yang tak ada orang? Macam mana, apa yang awak akan buat?"

Tolong ambil kisah ni sebagai pengajaran. So haritu aku nak balik kampung . Hari siang tapi da nak hujan dan memang nak cepat. Haritu juga, usb charger aku rosak . Battery phone kurang jadi macam mana nak travel jauh nnti apa2 jadi kan susah? Jadi aku contact uber ambilkan dari kolej uni ke mall berdekatan. Jadi da tengah otw tu aku tanya boleh tak kalau terus hantarkan ke ktm bukit mertajam. Kiranya aku under uber dari universiti ke mall tu shj. Ini salah aku sebab perjalanan lepas tu atas aku ngan dialah and memang uber tak dipertanggungjawabkanlah sebab tak ada record. (Ingatkan maybe nak tolong lagipun kan kalau bukan under uber keuntungan dapat semua kat dia. Dan memang pernah buat mcm tu beberapa kali).

Jadi selepas beli charger, dia tanya aku, aku reti jalan tak.. aku cakap la tak sbb xkan aku nak tunjuk jalan dan aku bukan orang sini. Jadi dia bukak gps. Dia letak destination ke KTM Bukit Tengah. Aku cakap nak pergi KTM Bukit Mertajam. Dia kan orang penang, jadi dengan yakinnya dia kata yang itu tempat yang sama. Lagi satu yang ni mencrigakan, jalan dari mall tu ke ktm b.m. patut menghala ke arah KL. Tapi dia bawa jalan menghala kedah. Aku tanya dia lagi "rasanya jalan dah bertentangan ni". Dia buat2 yang dia pun tak tahu jalan sangat. Jalan tu mmg da betul2 heading to kedah. Jadi dia uturn.

Lepas dia u-turn. Ok kereta yang dia bawa ni lalu atas roundabout perda. (Highway 2 lapis. Kereta tu dari lapis yg atas) jadi aku nampak bulatan perda di bawah. Separutnya dari bulatan tu mmg tak jauh dah ktm b.m. lagi 1km mcm tu je.

Tengok waze dia : another 20km.

Minta dia berhenti tepi jalan betulkan balik waze. Jadi dia letak ktm b.m. yang betul . Selalunya kalau aku bila orang bawa kereta memang tak hirau sangat jalan yang orang tu ambil dan sibukkann diri dengan scroll social media on  phone . Tapi kali ni tak. Ya dia bawa kereta tu menghala ke KTM B.M. Tetapi dia bawa melepasi destinasi tu. Aku perasan., signboard KTM tapi dia jalan terus je. Sampai dah lepas bangunan2 lain . Yang tinggal cuma jalan, hutan di kiri kanan. Bukit di hadapan.

Dia terus masuk ke selekoh jalan seberang di mana ada bangunan tak berpenghuni. Aku tanya " Ni nak pergi mana ni?"

Dia diam.

Aku call mak aku. "Hello mak, haa ni adik still dalam kereta lagi ni. Apa? Mak ngan ayah da sampai kat stesyen?" " Takk adik bukan apa takut nnti ayah marah dia nak kena tunggu lama2 kt KTM BM tuu" " Haah ni adik naik uber yang adik cakap tadi tu. yang adik da kasi no plate kereta ngan nama tuh .. tapi dia sesat sekarang tak tau la gi mana ni." And guess what?

My mom panic sebab she was never there. Dia dengan ayah dekat KL sana. That was just a lie.

So tengah on the phone tu aku tanya balik dia., kita nak pergi mana ya sekarang? Dia kata dia nak buat selekoh buat u-turn.

Lepas tu, tak pakai GPS tak pakai waze. Laju terus dia sampai ke KTM Bukit Mertajam. And I pay him RM6 (ikot harga uber , tapi mcm saya cakap, itu bukan bawah uber dah cuma bayar ikot harga tu je) Lepas tu kereta tu lesap. Laju sangat.

I was petrified and god knows mcm mana nak tenangkan diri time tu . Macam-macam benda "pelik" yang boleh berlaku waktu crucial tu.

Jadi , saya beritahu ni betul2 jujur sebab nak kita semua beringat especially ladies yang jenis biasa travel sensorang.

Next time you naik uber:-

1. Sebelum pergi mana2 baca ayat qursi. Sebab benda2 ni semua atas izin tuhan kan.
2. Screenshot all information driver tu hantar ke orang yang kamu percaya dan boleh diharap
3. Tolong *jangan naik uber sendirian*
4. Kalau terpaksa pun naik sorang2, on call dengan sesiapa . Sambil on the phone tu mention yang awak dah kasi nama plate no. Kereta dia semua.
5. If you are paranoid like I am now, tgkp gambar kereta tu ws dekat sapa2 for the sake of your safety.
6. Keep track on uber punya gps dan waze dengan jalan yang dia tgh bawa . Do check your own phone jangan letak airplane mode ke apa
7. Jangan dedah semua informasi kata awak bukan orang sini dan sorang2 balik. Jangan.
8. Jangan pakai perkhidmatan dia luar uber. Sebab nanti tak ada record
9. Simpan no. Kecemasan dan no. Polis dan pastikan sentiasa ada kredit

Sekarang ni pun aku dengar da macam2 kes . Pasal kes uber raba customer and ada yang tunjuk kemaluan. Hopefully kita semua takkan experience benda2 tu.

Lastly, I'm not saying jangan naik uber dan semua uber niat tak baik. Ya kita tak patut bersangka buruk tapi kita kena hati2

#viralkan

No comments:

Post a Comment