Sunday, 28 December 2014

Ustazah FB VS Ustaz Fb

Aliyah(bukan nama sebenar) menlogin fbnya .*** Klikkk** , mouse ditekan dengan tenang. Tetibe ada satu friend request daripada seorang hamba Allah yang bernama Aliff(bukan nama sebenar). Dia begitu tertarik dengan namanya . Laulu dia pun menekan untuk accept sbgai rakannya.Hobi aliyah adalah stalker . Jadi dia stalk Aliff sepuas hatinya serta bab kata orang sekarang bom bom status . Haha. Aliff pun tidak kurang gediknya mengebom bom status aliyah .
Aliff seorang pelajar jurusan agama di universiti . Aliyah pula baru berumur 17 tahun . SPM pada tahun ini . Jadi berterusan la mereka mengebom status masing masing . Aliyah juga rajin copy statys Aliff kerana ayat ayat islamik yang aliff buat buat aliyah tertarik untuk share . dan tibalah masa , suatu hari aliff menghantar chat kepada Alia . Aliff bertanya khabar , beserta nasihat islamik .Tak kurang juga aliyaahh yang mmberi reapon yang baik serta menerima nasihatnya . Mereka saling bertuka tukar no telefon . Aliyah bukan lah seorang yang melayan lelaki . tapi pada kali ini ayat ayat lelaki tersebut,mnarik hati dia . bab kata orang sekarang hati perempuan,ni tisu . pantang bagi ayat dah cair . Setiap waktu solat aliff selalu mengingatkan Aliyyah , tazkirah tak pernah lekang . tidak kurang jugak kekadang aliff membahasakan diri aliyah "zaujah" **muntah**
Aliyah dan Aliff semakin rapat rapat dan rapat . Hilang sudah tazkirah , melayang sudah peringatan solat ,melepas sudah gelaran ana enta berlepas kepada zauj zaujah . _-_
Sedangkan masih belum halal . mereka ambik keputusan untuk berpasangan . ala macam bunyi couple islmaik gituuu . Mereka bahagia sebahagia yang mungkin,.Aliyyah merasakan dunia ini dia yang punya. suatu hari , Aliyyah mendapat tahu yang si Aliff ni seorang yang playboy . memainkan hati perempuan . Bagi harapan sana bagi harapan sini . Dia hanya mempergunakn serbanya jubahnya untuk menarik hati perempuan . Aliyahh jatuh terduduk . Nama aliff sudah famous di univesiti sbg gelarab playboy. Alia terduduk terkaku terdiam .Lalu dia membaling semua barang barang yang diberi oleh Alif. Aliyah terus msg kepada Aliff. dan aliff hanya cakap kita putusssss. Haha
Hati aliyyah seperi dicucuk .dihiris . Dia kembali kepada Allah .
Dah susahkan baru nak ingat Allah . mendekati balik rakan rakn yang mengingatnya tentang Allah
segala nasihat daripada rakanya dia jadikaan smagat . Allah sebagai kekuatan . Hati dia rapuh .
Orang baru putus cinta .
-
Adilah Farahin
Diskusi Agama Kearah Wawasan Akhlak Hebat
(Cerita Sebenar)

Sunday, 21 December 2014

Tajuk : Hidayah.

Aku sarah, umur aku 20 tahun. Aku ada seorang kawan sebaya, namanya rina. Kami dah berkawan sejak di bangku sekolah. Akrab. Macam adik beradik

Kehidupan kami sangat sosial. Kehidpuan kami penuh dengan maksiat. Pakaian kami, seperti kain yang tidak siap dijahit. Terbelah sana sini.

Suatu hari. Kami lepak di salah satu pusat membeli belah di kuala lumpur. Ada seorang makcik yang usha kami atas bawah. Seraya berkata "Adik. Tak manis pakai macam ni, dan gelak kuat kuat. Kita perempuan. Maaf kalau makcik tegur." teguran makcik tu lembut, penuh kasih sayang. Seperti ibu yg menasihati anaknya. Namun ketika itu, aku jahil. Jadi aku cepat melenting bila ditegur. Dengan nada yg agak keras aku kata pada makcik tu "makcik. kami bahagia dengan kehidupan kami. Makcik siapa pulak nk tentukan hidup kami. Kami tak kenal makcik. Lagipun kami belum ready nak tutup tutup ni. Kami masih muda. Banyak lagi masa" makcik tadi tersenyum dan terus berlalu dengan senyuman.

Seminggu berlalu.....

Aku dan rina macam biasa. Kami akan keluar setiap malam untuk melepak. Cuma kali ini aku rasa seperti ada yang tidak kena. Ada rasa yang kurang enak di benak hati.

Selalunya aku yang akan drive. Tapi hari ini rina yang drive. Entah apa yang tak kena, tiba tiba sahaja perut meragam. Aku duduk di sebelah sambil menyalu perut dengan minyak.

Tiba tiba.....

"dummmmmmm.."

Dunia aku gelap. Aku pandang rina yang nyawa nyawa ikan. Masa tu tidak ada rasa apa kecuali Allah. Aku dia moga Allah kirimkan manusia untuk bantu kami.

Rina sudah tidak berdaya. Dan aku ..... terus terpejam.

2 hari kemudian aku sedar . Keluarga menanti ku dengan senyuman. Aku bersuara "Rina?" mereka diam tidak menjawab. Aku tanya lagi, dan aku dapat tau rina meninggal di dalam ambulans. Waktu itu tiada perkataan yang mampu menggambarkan kesedihan ku. Semahunya aku menangis.

Teringat makcik di pusat beli belah tempoh hari. Teringat alasan yg aku beri tempoh hari. "Kami masih muda, banyak lagi masa" sedangkan kematian itu tidak menunggu sama ada kita sedia atau tidak. Sekali lagi aku menangis. Jahilnyaa aku....

Sejak tu aku sedar. Hidayah ini perlu dicari. Bukan ditunnggu. Usaha itu perlu dibuat. Bukan diam membisu.

Satu tamparan hebat buat aku. Kehilangan kawan tersayang. Dan syukur aku diberi peluang kedua.

Sejak hari itu, aku tidak lagi berpakaian seksi. Aku mula belajar mengaji, solat dan tinggalkan dunia jahil ku.

Allah Maha Besar.

Cerita ni spontan mir type waktu ni. Sambil sambil tengok bola. Tajuk hidayah ni mir pilih dan idea ni spotan juga. Maaf andai penulisan ni kurang baik.

Sudah lama tidak menulis. Harini Allah beri Ilham untuk menulis. Khas buat kalian.

Moga bermanfaat.

Nama dan cerita tidak ada kena mengena dengan yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.

Maaf andai tulisan ini menyinggung mana mana pihak. ��

#repost

Sunday, 14 December 2014

HADIS HARI INI: JAWATAN SEBAGAI AMANAH

Daripada Abu Zar RA, katanya : "Ya Rasulullah SAW! Lantiklah aku untuk satu jawatan!" Abu Zar seterusnya berkata: lalu Rasulullah SAW menepuk bahuku dan Baginda SAW bersabda: " Hai Abu Zar! Sesungguhnya engkau ini lemah dan ini perkara amanah. Di akhirat nanti ia akan menghina dan mendukacitakan kecuali orang yang dapat menjalankan dengan penuh kebenaran serta melaksanakn tugas yang dipikul ke atas tengkuknya." - Riwayat Muslim (4823)

Sunday, 7 December 2014

Jangan merajuk.
"Dia suka orang lain. Dia cakap
tak payahlah taruh harapan sebab
dia taknak. Dia anggap hang
kawan ja, tak lebih."
Telefonnya dicampak ke dinding.
Terduduk. Dia memegang
kepalanya. Ada mutiara jernih
mengalir di pipi.
Cintanya yang pertama, wanita
pertama yang dia suka,
menolaknya tanpa memberi
peluang untuk dia buktikan
cintanya. Kejam.
"Woi, kau ni dah kenapa?" tanya
temannya, Anas yang kebetulan
lalu di bilik Khai.
"Kenapa Allah kejam sangat dekat
aku?"
Anas tersenyum. Kenal sangat
dengan sahabatnya yang sorang
ni. Susah jatuh cinta, tapi bila dah
suka, terluka. Pertama kali pula.
"Allah tak kejam."
"Habistu kenapa Dia buat aku
macamni?"
"Apa yang Dia buat?" tanya Anas
seolah-olah tidak mengerti.
"Kau tahu kan yang aku suka
Wardah?"
"Ha. So?"
"Wardah tolak aku. Tolak sampai
jatuh pulak tu. Sakit."
"Hahahahhahahahhahaha. Kelakar
kau ni. Sedih aku tengok."
"Pehal kau gelak?"
"Hanya sebab ni, kau cakap Allah
kejam?"
".............."
Futur.
Kadang manusia boleh hilang
pertimbangan kepada Tuhan,
hanya kerana secebis ujian.
Sedih.
Siapa kita nak cakap Allah kejam?
Kejam?
Udara yang kau sedut, siapa
punya?
Nikmat kesihatan tubuh badan,
siapa punya?
Makanan, rezeki kau dapat, siapa
punya?
Okay bagitahu, apa yang dekat
dunia ni, kau punya?
"Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
hendak kamu dustakan?"
Ayat di atas dipetik daripada
surah ar Rahman, Allah ulang ayat
yang ni sebanyak 31 kali dalam
surah tersebut.
"Takkan sebab cinta yang belum
pasti, yang belum tentu kau
miliki, kau merajuk dengan kerja
Ilahi?"
"........."
"Okay macamni. Umur kau
sekarang 18 tahun. Kalau kau
dapat dia, apa yang kau buat?"
"......."
"Kahwin?"
Terdiam Khai. Tak pernah dia
terfikir.
"Weh kawan, kau yakin ke kau
akan kahwin walaupun bukan
dengan dia?"
"Er?"
"Jadi itu Allah dah tetapkan. Tapi
belum tentu kau akan kahwin."
"Ayat keling apa hang ni?"
"Kalau hang mati sebelum tiba
jodoh, guane?"
Tersentak Khai. Mati? Amalnya
belum cukup.
Cinta itu fitrah.
Jadi landaskannya pada jalan
Allah.
Jangan pernah mengalah, kerana
Syaitan tak pernah mengalah goda
kita dekati zina.
Nak dia? Berdoalah pada Dia.
"Bro, tulang rusuk takkan
tertukar."
Dihadamnya kata-kata Anas. Diam.
Lama.
"Weh."
"Ha?"
"Jangan tinggal aku."
"Ingat derr, hubungan kita dekat
dunia akan putus bila nyawa aku
dah takdak. Selagi ada, adalah
aku."
"Ingat janji kau dulu?"
"Apa?"
"Nanti jangan lupa, lepak sama-
sama dekat Syurga?"
"Haha, ya. Aku ingat."
Anas memusingkan badannya,
membelakangi Khai. Air mata
jernih mengalir di pipinya.
"Takkan nangis? hahaha."
"Mana ada. Gajah masuk mata
ni."
Beringatlah.
Cintakan Pemilik Cinta, baru
cintakan peminjam cinta.
Allah dah tetapkan jodoh kita,
sejak dalam kandungan ibu lagi.
Buatpa kalut kalut peningkan
kepala cari?
"Weh Khai."
"Apa tak guna?"
"Haha lama kau tak panggil aku
macamtu. Em aku nak pesan ni."
"Mende?"
"Nanti bila kau dah masuk
Syurga, dan kau tengok aku
takdak kat sana, tolong. Gapai
tangan aku dekat neraka, pimpin
aku ke SyurgaNya?"
"Kau merepek ape ni?"
"Ya, sahabat yang soleh boleh
bantu sahabatnya. Tolong?"
"Sepatutnya aku yang pesan
dekat kau macamni."
"Sama sama pesan?"
"Haha ya. Sama sama pesan."
Kadang, tanpa kita sedar.
Persahabatan itu lebih indah
daripada percintaan. Ukhwah yang
terbina kerananya, takkan pernah
lekang dek apa pun.
Memori, takkan pernah hilang.
"Jom Khai, aku lapar ni. Cendol
pulut bawah titi jom?"
"Macam biasa?"
"Ya, macam biasa. Aku belanja."
"Haha jom. Dah. Tinggalkan apa
yang Allah tak suka, Allah akan
gantikannya dengan apa yang Dia
redha."
"InsyaAllah. Thanks."
Kawan?
Sampai Syurga.