Sunday, 21 December 2014

Tajuk : Hidayah.

Aku sarah, umur aku 20 tahun. Aku ada seorang kawan sebaya, namanya rina. Kami dah berkawan sejak di bangku sekolah. Akrab. Macam adik beradik

Kehidupan kami sangat sosial. Kehidpuan kami penuh dengan maksiat. Pakaian kami, seperti kain yang tidak siap dijahit. Terbelah sana sini.

Suatu hari. Kami lepak di salah satu pusat membeli belah di kuala lumpur. Ada seorang makcik yang usha kami atas bawah. Seraya berkata "Adik. Tak manis pakai macam ni, dan gelak kuat kuat. Kita perempuan. Maaf kalau makcik tegur." teguran makcik tu lembut, penuh kasih sayang. Seperti ibu yg menasihati anaknya. Namun ketika itu, aku jahil. Jadi aku cepat melenting bila ditegur. Dengan nada yg agak keras aku kata pada makcik tu "makcik. kami bahagia dengan kehidupan kami. Makcik siapa pulak nk tentukan hidup kami. Kami tak kenal makcik. Lagipun kami belum ready nak tutup tutup ni. Kami masih muda. Banyak lagi masa" makcik tadi tersenyum dan terus berlalu dengan senyuman.

Seminggu berlalu.....

Aku dan rina macam biasa. Kami akan keluar setiap malam untuk melepak. Cuma kali ini aku rasa seperti ada yang tidak kena. Ada rasa yang kurang enak di benak hati.

Selalunya aku yang akan drive. Tapi hari ini rina yang drive. Entah apa yang tak kena, tiba tiba sahaja perut meragam. Aku duduk di sebelah sambil menyalu perut dengan minyak.

Tiba tiba.....

"dummmmmmm.."

Dunia aku gelap. Aku pandang rina yang nyawa nyawa ikan. Masa tu tidak ada rasa apa kecuali Allah. Aku dia moga Allah kirimkan manusia untuk bantu kami.

Rina sudah tidak berdaya. Dan aku ..... terus terpejam.

2 hari kemudian aku sedar . Keluarga menanti ku dengan senyuman. Aku bersuara "Rina?" mereka diam tidak menjawab. Aku tanya lagi, dan aku dapat tau rina meninggal di dalam ambulans. Waktu itu tiada perkataan yang mampu menggambarkan kesedihan ku. Semahunya aku menangis.

Teringat makcik di pusat beli belah tempoh hari. Teringat alasan yg aku beri tempoh hari. "Kami masih muda, banyak lagi masa" sedangkan kematian itu tidak menunggu sama ada kita sedia atau tidak. Sekali lagi aku menangis. Jahilnyaa aku....

Sejak tu aku sedar. Hidayah ini perlu dicari. Bukan ditunnggu. Usaha itu perlu dibuat. Bukan diam membisu.

Satu tamparan hebat buat aku. Kehilangan kawan tersayang. Dan syukur aku diberi peluang kedua.

Sejak hari itu, aku tidak lagi berpakaian seksi. Aku mula belajar mengaji, solat dan tinggalkan dunia jahil ku.

Allah Maha Besar.

Cerita ni spontan mir type waktu ni. Sambil sambil tengok bola. Tajuk hidayah ni mir pilih dan idea ni spotan juga. Maaf andai penulisan ni kurang baik.

Sudah lama tidak menulis. Harini Allah beri Ilham untuk menulis. Khas buat kalian.

Moga bermanfaat.

Nama dan cerita tidak ada kena mengena dengan yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.

Maaf andai tulisan ini menyinggung mana mana pihak. ��

#repost

No comments:

Post a Comment