Aku give up. Selama berbulan aku belajar, sampai sekarang aku rasa 'bodoh', tak pernah belajar. Semakin lama, semakin dekat dengan final. Aku rasa nak quit. Rasa tak mampu nak tanggung tak faham ni.
Kalau dulu aku lah student yang cepat faham subjek. Allah bagi pulak A berderet waktu SPM. Masuk pulak U hebat. Semua golongan pandai je.
Aku masih dengan aku yang lama. Tunggu orang suap. Banyak main. Banyak tidur dalam lecture hall. Aku tahu, aku tak faham. Tapi aku buat jugak.
Bila exam, aku fail Physics! Fail. Tak pernah dalam hayat aku belajar sampai dapat fail. Lagi parah semua orang sekeliling aku lulus. Semua cakap "Alhamdulillah, semua lulus" Ya, aku rasa makin down.
Tapi aku masih aku yang lama. Bila final dah makin dekat sangat. Rasa give up tu makin kronik, makin parah. Mula menyesal dengan masa yang dah aku buang macam tu je.
Tapi, Allah datangkan aku satu demi satu nasihat. "Kalau belajar jangan stress. Nanti tak masuk" Aku tepis. Aku cakap, kau dah faham. Kalau aku berhenti sebab stress, aku tak belajar.
Sehinggalah aku teringat. Tuan segala setiap perkara, setiap kejadian. Iaitu Allah. Aku menangis di tikar sejadah. Aku berserah kepada Allah. Hari itu, aku cuba tinggalkan dunia. Aku mengadu pada Allah je. Aku baca Al Quran. Dengar ayat Al-quran sampai tertidur.
Kemudian aku bangun. Allah buang segala gelisah aku. Alhamdulillah. Allah buang lemah semangat aku. Tapi Allah letakkan satu semangat untuk aku terus usaha. Mana tahu, sedikit lagi usaha penentu masa depan. Kalau aku mengalah sedikit lagi. Tentu, aku gagal. Biar masa belajar itu terasa kurang, asal jangan kurang masa dengan Allah. "Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah yang terbaik"
Give your worries to Allah, and Allah will give you peace.
No comments:
Post a Comment