Sunday, 21 February 2016

Bila dengar kawan kita nikah,kita rasa nak nikah.

Bila dalam group whatsapp bincang bab nikah,kita rasa nak nikah

Nikah itu bagus sahabat! Sangat bagus. Akan tetapi perlu ada persiapan yang betul-betul mantap sebelum kita melangkah ke alam pernikahan.

Sebab kenapa perlu ada persediaan yang mantap? 😕

Cuba lihat dunia hari ini. Berapa ramai orang yang nikah awal kemudian 5 tahun dah bercerai?

Berapa banyak kes penceraiaan di Malaysia saban hari?

Berapa peratus statisik kes suami atau isteri yang curang selepas nikah?

Sahabat,
Nikah itu indah! Sangat indah andai sebuah pernikahan itu mampu menghasilkan nilai taqwa dalam diri pasangan suami isteri itu.

Tetapi,dalam kita menempoh alam pernikahan ini ,ada ketika kita diuji. Allah nak lihat sejauh mana ketaqwaan kita pada Dia. Kalau kita belum mempunyai persediaan yang secukupnya,bagaimana kita hendak berdepan dengan ujian itu.

Ramai orang hari ini menganggap bahawa nikah itu indah semuanya. Nikah itu satu permainan.

Oleh itu,kalau ada niat dalam hati kita untuk bernikah awal,persiapkanlah diri kita dahulu. Jaga hubungan kita dengan Allah dulu. Displinkan diri kita dahulu.

Wallahualam

Sahabat HM,

🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎🎎

No comments:

Post a Comment