sekarang ni pukul 5.19. masa mengundi officially tamat.
dup dap dup dap ba dummm tssssss bunyi jantungku. siapakah yang bakal memimpin negara kita selepas ini?
sementara menunggu keputusan ni, aku nak kongsikan ciri2 pemimpin yang berwibawa (pada perspektifku).
pentingkan agama
inilah ciri2 pertama yang perlu kita selidiki dalam diri seorang pemimpin, kerana sesungguhnya orang yang mendahulukan agama dalam setiap pekara hidupnya, dia ialah orang yang berjaya. orang yang kuat agamanya, pasti akan memateri prinsip 'mengajak ke arah kebaikan, menghindar keburukan' dalam setiap tindak tanduk hidupnya. memperjuangkan agama Allah adalah misinya. mengikut akhlak Rasulullah saw adalah bimbingannya.Islam sentiasa mendahulukan kebaikan dalam setiap perkara dalam hidup. jadi, apabila dia dahulukan islam, dia dahulukan kebaikan! pemimpin yang mencontohi kepimipinan khulafa' ar rasyidin, itulah yang kita mahukan!
sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap tindakan
everytime dia buat sesuatu, dia akan fikir dahulu rakyatnya. adakah apa yang dia buat akan memberi kesan yang baik kepada rakyat atau sebaliknya, adakah apa yang dia lakukan bermanfaat demi kemaslahatan rakyat atau bermanfaat utuk dia je ke etc.
dia berjuang sehabis baik! ikhlas demi berkhidmat kepada rakyatnya.
pemimpin yang jujur, berani kerana benar, diplomasi, adil, amanah
sifat2 ni penting untuk seorang pemimpin. apabila berlaku penyelewengan/penyalahgunaan kuasa, dia lantang bersuara! walaupun perbuatan tu hanya akan merugikan dia, tapi dia berani kerana benar! dia takut menipu kerana Allah! sentiasa jujur dalam tutur bicaranya, lunak telinga mendengarnya serta mengamalkan sikap diplomasi setiap masa. bila menang, dia perhebatkan kepimpinannya. bila kalah, dia redha dan rilek aja.
sebab dia tahu, pasti ada sebab kenapa Allah merancang sebegitu rupa.
• Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. (Shahih Muslim No.3428)
sabda nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sohihnya :
قال الرسول : خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم …….
Maksudnya : Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu cinta dan mereka mencintaimu, mereka sentiasa menghubungi kamu dan kamu sentiasa menghubungi mereka. Dan sejahat-jahat pemimpin kamu ialah mereka yang kamu benci dan mereka pula membencimu, mereka yang kamu kutuk dan mereka pula mengutuk kamu…
haruslah diingatkan, bukan ni je ciri2 pemimpin berwibawa. aku cuma higlightkan aspek utama :)
kalau aku ditanya, siapa pemimpin yang paling kau sanjungi? aku akan jawab;
Tuan Guru Nik Aziz, without any doubt.
bagi aku, dia menepati semua ciri2 yang aku listkan kat atas :)
semoga beliau dipanjangkan umur dan terus diberi rahmat dan redha Ilahi.
dan semoga orang yang menghina dia mendapat hidayah, ataupun mendapat laknat Allah nak senang cerita.
assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment