Pernah tak berlaku dalam hidup kita situasi yang macam ni 👇🏻
Kita dah buat latihan banyak kali. Kita da hafal step2 nak buat. Bila kita jawab quiz ,dapat full mark! Kita dapat perform dengan baik sekali. Tibe-tibe bila time test,stuck! Tersilap buat. Bukan sebab tak tahu. Tapi tersilap method . Soalan nak guna method lain tapi kita guna method lain. Dan soalan tu kita tinggalkan last sekali baru jawab sebab waktu nak jawab tu,no idea langsung nak jawab apa? And,soalan tu mark dia paling banyak berbanding mark untuk soalan-soalan lain. Rasa-rasa apa perasaan kita,bila kita keluar dewan exam tu baru kita sedar kita buat silap?
Rasa nak nangis? Rasa menyesal? Rasa nak pecah kepala otak bila teringat?
Sampai kita tanya pada diri kita sendiri. "Kenapalah boleh langsung tak sedar?" Seolah-olah kita tak boleh nak terima hakikat yang kita buat silap langsung!
Sakit. Betul! Memang sakit. Tak dinafikan. 💔 tambah bila fikir balik carry mark test lagi tinggi dari quiz kan?
Takpe.. Pujuk hati untuk redha. Kita dah usaha selama ini. Allah nampak usaha kita. Allah tak kejam. Allah bukan saja-Saja nak bagi kita dugaan macam tu. pasti ada hikmahnya! Husnuzhon...
Siapa tahu?
Mungkin Allah nak kita lebih alert time final nanti.
Siapa sangka ?
Allah nak hadiahkan sesuatu yang istimewa buat kita yang kita tak expect pun benda tu berlaku.
Siapa tahu?
Mungkin Selama ni kita kurang meminta kepada Allah dan Allah nak kita lebih banyak meminta kepadaNya.
Siapa tahu?
Mungkin Allah tak nak bagi kita duduk dalam keadaan yang selesa bila tahu mark kita tinggi dan kita tak study sungguh-sungguh untuk final nanti
Siapa sangka?
Mungkin Allah tak nak bagi kita ada perasaan riak dalam diri bila result kita tinggi nanti
Biar sekalipun hanya 1% alasan positive yang ada berbanding 99% alasan negative,ambillah 1% yang positive itu. Insya-Allah hati kita akan tenang,damai,redha dan pasrah.
Ingat! ☝🏻 miracle itu boleh berlaku dengan kekuasaan Allah. Lebih percaya pada driri sendiri ke lecturer ke Allah? Siapa yang pegang hati manusia ? Allah kan? Jadinya,berdoa dan mintalah sebanyaknya pada Allah. Allah akan bantu insya-Allah. Bezanya cepat atau lambat. Yang pasti,Allah tetapkan tolong 😇
Selamat malam sahabat!
🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌
Sahabat HM
#copypaste #credittoowner
No comments:
Post a Comment