Sunday, 10 January 2016

Jujur, bila saya bosan dan saya online instagram, saya akan buka bahagian search dan saya akan scroll gambar-gambar yang ada kat situ.

Dan, bila saya terjumpa gambar-gambar perempuan yang cantik. Lebih-lebih lagi yang pakai purdah @ niqab, saya akan click dan tengok gambar tu. Dalam hati saya mencemburui mereka, ya Allah cantiknya mereka ini. Tapi sayang, mereka mudah didapati dan ditatapi.

Dan, yang paling penting yang awak semua perlu buka mata.

Saya tak baca langsung caption dorang yang panjang-panjang tu. Kalau yang pendek tu, terbaca la jugak.

Tapi kalau dah melebihi satu perenggan dan yang berjela-jela tu, jujur saya tak baca langsung.

Saya hanya akan stalk gambar mereka. Dan juga gambar kawan-kawan mereka.

(Ofkos saya dapat stalk mereka sebab mereka publickan akaun mereka.)

Jadi, buat mereka yg gunakan asbab yang berbunyi "Aku buat semua ni supaya aku dapat beri inspirasi kat wanita kat luar sana untuk berhijrah dan menutup aurat", "Aku kongsikan kata-kata aku supaya mereka tergerak hati untuk kembali ke jalan Allah", hentikanlah menggunakan asbab-asbab itu semua. Sebab sebagai buktinya, saya sendiri tidak pernah membaca caption-caption anda.

Jujur, saya tak pernah baca walau sedramatik, menarik mana pun permulaan ayat anda. Saya tak baca, saya hanya stalk gambar anda. Tudung tu awak pakai mcm mana, baju tu awak beli kat mana, purdah tu awak beli kat mana, mahal ke murah.

Ye, saya perempuan. Dan ianya normal sebab perempuan memang suka akan kecantikan.

The twisting point sekarang ini, cuba bayangkan; kalau saya yang perempuan pun tak termakan dengan caption awak yang awak niatkan utk "henshinkan" orang dengan menggunakan gambar awak tu, cuba bayangkan kalau lelaki yang nafsunya terhadap perempuan itu memang tinggi, awak boleh bayangkan apa yang mereka buat bila mereka nampak gambar awak?

Yelah awak, yang lelaki tu memang semuanya "baca" caption awak dan memang "berhijrah".

Teruskanlah publickan akaun awak tu, upload gambar candid tu. Janganlah nak bash saya pula sebab nnt awak keluarkan semua hadis lagi-lagi bab "kalau takde hadis yang luas maka bla bla bla" tu, nanti kata Islam tak benarkan wanita bersosial la apa la, nanti awak kata setiap orang punya cara dakwah tersendiri la, nanti awak kata macam-macam la, awak ni kan pandai, dan awak memang tengah jaga maruah awak sekarang.

Saya tak perlu risaukan ukhti lagi kan? Sebab saya cuma menegur. Maruah ukhti mewakili maruah seluruh wanita muslim juga.

Dan ukhti, niat tak pernah menghalalkan cara. :)

Saya harap ukhti tak salahkan saya kat akhirat nanti kenapa tak tegur ukhti, sebab sekarang ni saya tengah nak tegurlah ni. Saya takut ukhti salahkan saya sebab saya stalk ukhti, tp saya tak tegur. Ye memang saya tak berani tegur melalui komen, sebab itu akan mengaibkan ukhti dan teguran sebegitu hanya akan menjatuhkan maruah saya sendiri, menghina diri saya sendiri. Jadi saya tegur secara halus ni, tak perlu mention nama-nama ukhti. Saya bukan nak berbalah hujah, saya nak menegur. Saya harap ukthi sedar.

Nak "sentuh" hati seseorang dalam dakwah ni, tak perlu pun followers yg ramai-ramai tu dan yang campur jantina tu.

Ukhti boleh je privatekan akaun dan app hanya perempuan.

Less is more ukhti, yang penting "kualiti" bukan "kuantiti".

Salam sayang, dari sesaudara Islam.

#c/p

No comments:

Post a Comment