Sunday, 28 June 2015

Tarbiah Sentap
.
"Wei Markonah bt Mirinda, kenapa kau buang makanan yang tak habis ni?" Samarinda Bt Pepsikola memandang makanan bertimbun
yang berada di tong sampah. Markonah tersengih.
.
"Alaa.. Tadi aku rasa lapar gila pulak masa kat bazar. Tu aku beli banyak masa kat bazar. Tapi masa buka tadi, aku makan sikit je dah kenyang la pulak.. Dah takde orang nak habiskan, aku buang je la.."
.
Samarinda menganggukkan kepala.
"Laa.. dah la kita banyak buang masa kat Bazar tadi tawaf keliling bazar, lepas tu belinya banyak gila bapak. Tapi tak habis. Bukan setakat buang masa, buang makanan pulak tu.."
Markonah menggaru tali pusatnya yang tak gatal.
.
"Hehe, bukan selalu pun. Setahun sekali je kan Ramadhan.. Huhu.."
.
"Hmm.. oh ya, baru aku tahu kau ni rupanya ahli Ikhwan ea.." Markonah terpinga-pinga.
.
"Aik, bila masa aku jadi ahli Ikhwanul
Muslimin?" Markonah memandang wajah petak Samarinda.
.
"Bukan ikhwanul Muslimin, tapi ikhwaana Shayaathin.." Gulp. Markonah pun berhuhu je.
.
----
Pengajaran,
1. Dah la banyak buang masa, makanan pun nak buang jugak. Buang tebiat ke apa?
2. Betul cakap kawan aku, "Syaitan mungkin dibelenggu, tapi saudara
Syaitan banyak berkeliaran.."
.
# RamadhanTitikPerubahan
# CerpenSentap
#copypaste
credit to owner

No comments:

Post a Comment