Result telah berada dalam tanganku.
Kecewa. SPM hancus. Lebur.
Aku tak hiraukan rakan-rakan lain, start
motor balik rumah. Perasaan dalam
dada bercampur baur. Antara sedih,
kecewa, marah, rasa terhina, rasa
rendah diri, rasa meluat dengan yang
dapat tinggi, rasa cemburu dengan
yang dapat pujian.
Hati sakit.
Terbayangkan reaksi mak dan ayah di
rumah. Ah. Tak jadi baliklah. Balik pun
hanya akan dimarahi. Hanya dileteri.
Bingit telinga semata.
Ke tasik berdekatan. Sangka aku, tak
ada orang di situ. Park motor tepi tasik.
Duduk tepi tasik. Sambil campak batu-
batu kecil biar melantun di permukaan
air tasik.
Sedang aku duduk melayan perasaan,
sapa seseorang dari belakang. Aku
menoleh. Seorang pakcik tua. Peminta
sedekah. Dengan baju kotor, berbau
hapak busuk. Aku tak ada mood nak
layan.
"Dik, ada 2 ringgit tak?"
Aku diam. Sekali lagi dia cuba
meminta. Kali ini aku berang.
"La, aku tak ada duitlah! Ko tak nampak
ke aku tengah takde mood ni! Dahlah
result SPM aku macam bangang, nak
layan kau pula!"
Pakcik tua itu jadi mangsa keadaan.
Marahku tidak terkawal. Tapi, dia tak
beralih. Duduk pula di sebelahku.
"Tak ada duit, tak mengapa, dik."
Aku diam. Aku sajalah yang beralih.
Getus hati ini. Jelik dengan orang tua
ni. Bangun, duduk atas motor. Ready
nak blah.
"Dulu, pakcik pelajar cemerlang. Antara
yang terbaik SPM di sekolah."
Aku mematikan langkahku. Tidak jadi
pergi.
"Pakcik bangga dengan keputusan
pakcik. Pakcik dapat masuk universiti
yang pakcik mahu. Berjaya hinggalah
habis universiti. Dapat kerja yang baik.
Dapat nikah dengan orang pakcik nak."
Aku diam lagi.
"Tapi, kau tahu apa jadi lepas tu?
Allah tarik semuanya. Suatu hari,
berlaku kemalangan. Pakcik koma dua
bulan. Anak pakcik meninggal. Bila
pakcik sedar, isteri pakcik salahkan
pakcik. Salahkan pakcik yang bawa laju
kereta. Tak dapat terima kenyataan.
Tak lama, isteri pergi tinggalkan
pakcik. Kami berpisah. Pakcik tak
keruan. Hilang pedoman. Kerja pakcik
terjejas. Pergi kerja, tak pergi kerja.
Akhirnya, pakcik kena buang kerja. Dah
10 tahun berlalu. Inilah pakcik
sekarang."
Aku berkerut kening. Seraya bertanya.
"Kenapa tak kerja balik? Bukan tak
boleh apply kerja lain."
Pakcik itu senyum kambing.
"Kerja. Sudah cukup pakcik kerja untuk
manusia.
Sekarang, pakcik nak kerja untuk
Tuhan.
Kau tahu, oleh kerana terlalu selesa
hidup ini terlalu lancar, Allah berikan
segalanya yang diingini dulu, pakcik
tidak ikatkan diri dengan Allah. Pakcik
tak kenal erti syukur. Pakcik cuma
tahu, semua yang pakcik miliki adalah
atas usaha keras pakcik sendiri. Pakcik
deserves kejayaan sebab pakcik berikan
yang terbaik untuk dapatkannya.
Tapi, pakcik lupa.
Lupa kejayaan itu bukan segalanya.
Allah adalah segalanya. Allah berikan
kejayaan bukan untuk Dia kau lupakan.
Tapi, agar semakin Dia kau kenali. Kau
makin cari Dia. Kau makin sujud
menyembah-Nya. Kau semakin sedar
kau tak punya apa-apa. Semua Dia
pinjamkan saja.
Tapi pakcik. Dulu, pakcik tak cari Dia.
Makin berkerjaya, makin sibuk. Masjid
cuma solat Jumaat saja. Balik kerja,
penat. Mana mungkin nak bangun
solat malam? Pakcik cuma fikir, nak
tambah saiz rumah. Nak penuhi
kehendak anak dan isteri tersayang.
Mana ada nak sedekah? Duit memang
berkira.
Kehendak Allah? Pakcik abaikan."
Aku diam.
"Tapi, aku gagal. Bukan berjaya macam
pakcik."
Pakcik tersenyum.
"Gagal itulah yang buat kau jadi
manusia. Jadi hamba. Bermula dari
bawah. Bersifat tanah, tidak bersifat
langit. Kau tahu erti berada di
pandangan orang hina. Kau rasa derita.
Kau tak buta dengan kejayaan
sementara dunia.
Kau sendiri tahu punca kegagalan.
Bukan sebab kau bodoh. Tapi, kau
sendiri sama macam pakcik dulu. Tak
ingat Tuhan.
Kalau kau ingat Allah, kau tak akan
malas. Kau tak akan sanggup guris luka
hati ibu bapa yang berharap.
Kau tahu tak, walaupun kau tak
nampak dengan mata kepala kau
sendiri, mak kau sebenarnya
menitiskan air mata dalam diam kerana
kau?
Gagal kerana tidak berusaha amat
besar bezanya dengan gagal setelah
berusaha.
Dalam kubur, lebih ramai yang
bersedih. Gagal berusaha ketika di
dunia. Berusaha untuk jadi orang yang
beriman."
Aku terkedu. Teringat mak ayah di
rumah. Rasa bersalah menggamit hati.
"Kenapa pakcik jadi pengemis?"
Pakcik senyum.
"Aku dah pernah berjaya depan
manusia. Sekarang, aku nak berjaya
depan Tuhan pula. Jalan hidup kita
berbeza.
Dik, jangan sampai kau kehilangan
segala-galanya seperti pakcik.
Lebih penting, jangan sampai kau
kehilangan perhatian Allah. Tidak Allah
hiraukan lagi. Ada sebabnya Dia uji.
Pasti ada."
Aku sebak. Tak semena aku meluru
mendakap pakcik tua itu. Busuk pun
busuklah. Air mata menitis jua. Minta
maaf dengannya. Aku keluarkan semua
duit dalam wallet, berikan pada pakcik.
Pakcik senyum. Kembalikan semua duit
aku.
"Pakcik cuma nak dua ringgit."
Dia senyum dan berlalu.
Aku hidupkan motor. Berlalu dari situ.
Aku nak balik minta maaf. Aku nak
mulakan hidup baru. Gagal di SPM.
STPM masih ada yg
Gagal terbesar dalam hidup adalah
gagal berusaha. Gagal di dunia adalah
gagal serahkan jiwa dan raga
sepenuhnya pada Dia.
#repost #credittoowner #copypaste
Thursday, 5 March 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment