Sunday, 19 October 2014

Tajuk : HUBUNGAN NILAI DENGAN TUJUAN

 Tujuan kita utk menjadi hamba Allah dan khalifah,tetapi nilai kita bertentangan.

Diri kita umpama kereta. Apabila kita menetapkan tujuan yang jelas dan menentukan jalan ke arah menujunya,kita memerlukan minyak petrol untuk menggerakkan kenderaan (diri kita). Tanpa bahan api,kita tidak akan sampai ke tempat yang kita tujui. Nilai pada diri kita adalah umpama petrol pada kenderaan. Melainkan setelah kita menpunyai bahan api,barulah kita mampu bergerak mencapai tujuan

 NILAI IALAH KEINGINAN YANG MENYALA-NYALA DALAM DIRI YANG MENYEBABKAN KITA TERDORONG,SANGGUP BERKORBAN DAN RELA MENEMPUH KESUSAHAN DEMI MENCAPAI TUJUAN HIDUP.

Jika tujuan hidup untuk beribadah,maka nilai hidup yanh perlu kita miliki adalah berkorban,ikhas dan sabar. Jika tujuan hidup kita untuk menjadi khalifah,maka nilai yang kita pegang mestilah berani,gigih dan komited. Barulah tujuan itu tercapai. Sebaliknya,jika nilai kita untuk berseronok-seronok,santai dan bersenang-lenang,maka tujuan hidup yang mulia akan terbiar dan terabai.

Apabila kita mempunyai nilai yang sesuai,apa sahaja kesukaran dan rintangan untuk mencapai tujuan akan dapat dihadapi. Seorang nenek yang telah tua dan tidak larat lagi berjalan tiba-tuba sahaja boleh bertenaga dan sanggup merempuh apo yabg sedang marak menyala demi menyelamatkab cucunya yanv terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar. Demikian secebis berita yang pernah dilaporkan di dadA akhbar. Apakah nilai yang menggerakkan nenek tua itu? Ya. Tepat sekali! Kasih sayang!

Wallahualam.
#repost #credittoowner

No comments:

Post a Comment