Kalian sedar tak, betapa susahnya kita hendak melaksanakan amar makruf nahi munkar? Apatah lagi apabila orang yang ingin ditegur tu, orang yang rapat sangat dengan kita.
Rasulullah saw bersabda;
'Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,
hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.
Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.
Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya),
yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.'
Aku rasa, iman aku ni memang berada di tahap yang lemah. sebab aku hanya mampu membenci kemungkaran tu dalam hati tapi takut untuk meluahkannya. Contohnya, kawan aku bercerita tentang kisahnya dengan boyfriend dia. Betul, aku tak mampu untuk berkata 'Wahai kawanku, sesungguhnya couple itu haram'. Lidah aku kelu. aku takut kalau aku berkata begitu, kawan aku akan memandang serong terhadapku. sebaliknya, aku cuma tersenyum dan mengangguk2. aku sangat ingin untuk menegurnya, tapi aku tak mampu. kerana aku terlampau melihat pandangan orang yang aku tegur dan bukannya pandangan Allah. Aku berniat untuk menegur kerana aku sayangkan mereka bukan kerana aku sengaja nak memperendahkan mereka.
satu lagi sebab kenapa aku tidak berani menegur orang.
" eleh kau tu bukannya perfect sangat pun, tak payah nak nasihat orang sangat lah."
" kau bukannya ustazah, tak payah lah nak tegur aku."
yang ni memang pedih.
Aku ni hamba biasa. Aku bukan nabi yang maksum daripada melakukan sebarang dosa. Kalau nak tunggu kita perfect baru boleh tegur orang, memang takkan adalah orang yang amar makruf nahi munkar dalam dunia ni. Perlu ke aku mendapat title ustazah untuk menegur orang? setahu aku mencegah kemungkaran ni tanggungjawab semua umat Islam bukannya sepcific kepada orang tertentu sahaja.
Hmmm, aku cuma berharap Allah swt kuatkan hatiku dan kalian para pembaca untuk mencegah kemungkaran dengan lebih baik dan bukannya cuma dengan hati.
assalamualaikum wbt
Insya Allah, kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan urusan kita. Manusia ni kan sentiasa memerlukan nasihat. Pilihla kata-kata yg baik dan lembut. Apatah lagi perempuan. Bila dia hadapi mslh dgn boyfriend, itulah waktu terbaik utk kita nasihat secara halus. Memang sukar tetapi apakan daya. InsyaAllah :) Selamat berusaha saudaraku.
ReplyDeleteok terima kasih atas nasihat. saya akan cuba praktikkan insyaAllah :)
ReplyDelete